Buku ini pun sedap dibaca.
Kalau suka baca blog dia , baca lah juga buku ini. Entri dari blog ke buku.
Biasa baca buku Dubook Press dari penulis lelaki. Kali ini dari penulis wanita dan apa yang ditulis dapat dirasa sebagai pembaca wanita yang mempunyai naluri kewanitaan :)
Ada 62 topik kesemuanya. Kesemuanya menarik.
Antara yang menarik perhatian saya ialah topik :
1. Revolusi Janda Dalam Masyarakat Konservatif.
"Tapi apa pon tanggapan masyarakat, betapa warna warninya persepsi yang diberi, janda-janda ni semua hanya ada satu pendirian di hati iaitu, mereka tidak pernah sedikit pon, nak jadi janda."
[Tah la apa masalah dorang ni dengan janda. Teringat masa hadir kursus kawin dulu, Ustaz kata hantaran kawin untuk janda (lelebih janda yang ada anak) sepatutnya lebih tinggi dari anak dara sebab janda ada anak dah tentu boleh beranak. ]
2. Anak Perempuan Yang Beranak Perempuan
"Aku percaya perempuan yang tidak ada anak perempuan ni tak faham perasaan perempuan secara menyeluruh. Bagi aku mereka hanya faham perempuan berdasarkan skop yang terlalu kecil; iaitu diri sendiri. Penat jerih membesarkan anak perempuan mengajar itu ini, menangani emosi anak itu sendiri, menangani perubahan fizikal dan mental, itu semua tidak ada, dan apabila anak lelakinya berkahwin dan menyakiti isteri sendiri, aku tak rasa ibu begini mengerti perasaan menantu perempuannya itu."
3. Pendidikan Awal Seks
"Mak, macam mana orang kahwin boleh ada baby?"
"Entahlah" jawab mak aku steady
"Orang mula-mula kawin ni kena buat satu rumah kecik dalam rumah, pastu letak patung, sembah-sembah, malam-malam patung jadi baby ek?" aku buat hipotesis sendiri
Mak aku masih tenang menjawab, "Ha ah"
4. Perbualan Mak dan Anak
Aku baring mengular atas katil mak.
"Mak kalau Deknoe mati dulu mak sedih tak?"
"Mak mana yang tak sedih kalau hilang anak?" Mak tanya balik
"Tapi Mak dah tua. Mak dah kuat nak terima semua benda-benda sedih. (Bla bla bla...) Mak ada ramai anak lagi"
"Seelok-eloknya, biar Mak pergi dulu. Sebab nanti kalau kau mati, Mak yang hidup ni susah hati. Bukan Mak sedih sebab kau mati. Sebab mati itu benda pasti. Mak sedih kenangkan nasib kau kat SANA. Kalau kau mati dulu, kalu tengok lah diri kau, dah lah tak pernah pakai tudung. Sembahyang pon tinggal-tinggal. Tu belom kira dosa lain.."
[Allah hai. Saya pernah berdoa juga tentang perkara ini. Kalau boleh biar saya mati dulu dari Mak. Sebab kalau saya mati dulu Mak ada anak-anak lain, manakala kalau Mak mati dulu saya dah takde Mak lain. Tapi tak pernah terfikir pulak bab-bab dosa yang menggunung. Sedap je doa nak mati dulu huhu. Dan kalau boleh saya nak mati sewaktu bujang sebab masa bujang tak ada tanggungan. Bila saya mati nanti suami tak jadi duda dan anak-anak tak jadi yatim. Dulu-dulu punya doa lah. ]
*Do mati dulu. Minah mati dulu* (dialog DoReMi) hehe
5. Selama Menjadi Perempuan Mengandung Yang Naik LRT
"Selama aku mengandung kali kedua dan pulang dari pejabat dengan kemudahan LRT, seingat aku, yang offer aku tempat duduk semuanya lelaki. Yang perempuan buat bodoh."
[Perkara-perkara macam ni sebenarnya akan kena kat diri kita balik. Jadi bertimbangrasalah sedikit sedara sedari.]
6. Beginilah Adanya
"Sekelip mata, hanya dengan satu lafaz akad keramat seorang lelaki asing yang hadir entah dari mana, memadam hampir seluruh hak seorang wanita terhadap anaknya sendiri. Aku dapat membayangkan, betapa pedihnya hati seorang ibu yang terpaksa; memang terpaksa, mintak izin orang lain ke atas anak perempuannya sendiri"
[Paling menyentuh hati, perasaan, peparu dan limpa. Dia, saya dan juga ibu yang lain akan merasainya satu hari nanti, bila anak pompuan kami dah berkahwin. Insya Allah]
6. Beginilah Adanya
"Sekelip mata, hanya dengan satu lafaz akad keramat seorang lelaki asing yang hadir entah dari mana, memadam hampir seluruh hak seorang wanita terhadap anaknya sendiri. Aku dapat membayangkan, betapa pedihnya hati seorang ibu yang terpaksa; memang terpaksa, mintak izin orang lain ke atas anak perempuannya sendiri"
[Paling menyentuh hati, perasaan, peparu dan limpa. Dia, saya dan juga ibu yang lain akan merasainya satu hari nanti, bila anak pompuan kami dah berkahwin. Insya Allah]
Selanjutnya dapatkan la buku ini segera di pasaran sebelum kehabisanlullazi.
Semenjak dah kerja dan ada anak mmg kurang sgt membaca kan?? sibuk bukan alasan.. harap saya pun dapat manage masa mcm zura.. berita semua tgk dlm internet jer.. adehhh.. bila nk start nih.. fuhhh!!
ReplyDeleteTak pe buat slow2 insya allah...ada jalannyaaaa...hehehe
ReplyDeletesalam... unnie! masih aktif! hahahah good!
ReplyDelete