Friday, June 27, 2014

[Ribiu buku] Rage Rage Rage




Buku ini terbitan Dubook Press. Sebuah buku antologi kemarahan setiap barisan penulis Dubook Press. Ada 12 cerita kesemuanya dari 12 orang penulis yang dikenali sebagai Dubook Setiakawan. Kita ambik pon penting saja. Nak tahu jalan citer sebenar kena lah beli buku.  

1. "Nila Setitik" oleh penulis Lady Noe (perempuanjomblo.blogspot.com). Antara isi nya mengenai cara berak tak betul dan penggunaan gajet terhadap anak-anak.
  • Agak mengundang gaduh juga kalau sibuk cakap budak-budak tak elok main gadjet, tapi yang tua boleh pula main dari malam sampai ke pagi berganti siang sampai ke senja.

2. "Footie Rage" oleh penulis Lucius Maximus aka penulis bolasepak feveret saya di blog Sokernet.
  • Hal bola sepak Malaysia ni aku dah 'rage' lama dah. Dari dulu lagi. 
  • Cuma apa yang pasti, sia-sia saja kita dijajah atau dinaungi jika satu haram pun tidak ada sukan British yang kitawarisi dan boleh dibangga.
  • Tapi sekarang kita tahu. Tahu betapa bolesepak Jepun berubah dari pasukan kilang menjadi sukan bertaraf Piala Dunia. Tahu betapa bolesepak Malaysia makin hari semakin bangang, macam Selangor dan misi 33 mereka.
  • Tanya diri sendiri, agak-agak 20 tahun dulu pernahkah Samsung atau LG menghabiskan duit buat iklan tentang anak muda bernama Park yang bermain untuk kelab bolasepak di Eropah?

3. "Apa Masalah Kau Dengan Budaya Indie Sebenarnya?" oleh penulis Zul Fikri Zamir. 2 bukunya dah beli tapi belom sempat baca.

  • Tapi itu dahulu. Ketika penulis, sasterawan ini dekat di hati kita, seolah-olah mereka ini mewakili kita, menulis tentang kesusah-payahan hidup, mewakili kita, orang-orang biasa.
  • Hari ini, suasana sungguh berbeza. Kelompok elit sastera (seperti yang mereka sendiri gelarkan?) ini adalah penyokong kuat kerajaan. Mereka bergayut di dagu pemimpin politik atas nama duit. Mereka bahkan tidak lagi menulis tentang kesusah-payahan hidup ini, seolah-olah kita semua sedang menikmati Malaysia Utopia ala Wawasan 2020 rekaan Dr. Mahathir.
  • Lebih ironi, mana mungkin golongan ini, yang saban hari berbual mengenai sastera, mengenai Bahasa melayu tertinggi, mengenai akhlak, mengenai tanggungjawab dalam menulis, mengenai kasta penulis, mampu bersuara mengenai pemimpin yang zalim, mengenai korupsi, mengenai rasuah dalam pentadbiran kerajaan tatkala janggut dan dagu mereka terikat dengan poket para menteri
  • Di mana kau, orang sastera, sasterawan, karyawan elitis, ketika masyarakat bergelumang dengan masalah hidup seharian? Di mana kau ketika kaum buruh ditindas? Di mana kau ketika orang miskin mencari makanan untuk anak kecilnya di sekitar Mesjid Jamek, kau masih bergelak ketawa, mencicip sirap emas bersama isteri pemimpin di istana kuda?

4. "Tahyul dan Bahlol" oleh penulis Jarr Nadjmuddean. Penulis ini berkebolehan melihat 
hantu dan genre  tulisan beliau ialah mengenai citer hantu, serem yang membawa kepada 
tahyul lagi bahlol. 
  • Kau ada anak dan kau besarkan dia dengan ilmu pengetahuan, cukup ilmu agama. Tapi kau momokkan anak kau dengan perkara tahyul yang akau sebutkan awal tadi. Sekarang siapa yang bodoh?
  • Yang dah ditanam dalam kepala otak kita dari kecil sampai ke tua takutkan hantu dan takutkan setan. Sampai lupa nak ajar anak takutkan Yang Maha Pencipta.
  • Aku cukup pantang dan marah bila ibubapa ajar anak dengan menakut-nakutkan diorang dengan benda-benda tahyul. Itu lah petunjuk macam mana anak itu bakal membesar nanti. 
    • (Peh marah sungguh abang ni. Sila beli buku untuk ketahui amarah selanjutnya. Ada ketika  anak-anak ni tak makan saman. Seperti anak-anak saya 2 dan 3 tahun. Kita suruh tido  dia  tetap nak main lompat-lompat atas katil. Kita kata jangan buat tu, eh dia tetap buat. Akhir sekali nak bagi berhenti semua terpaksa cakap, "Kang mama panggil Tanah Kubur kang baru tau. Tok Janggut ni amek budak dua  ni." 
    •  Barulah masing-masing menikus dan ikut arahan. Memang sebolehnya mengelak untuk      sebut hantu atau momok kat anak. Mujur depa respek kat Tanah Kubur sebagai ajen serem. Hehehe)


5. "Do Re Mi Fa So La Tidoq" oleh penulis Amirul Bozu. Buku penulis ni saya belom pernah beli lagi. Boleh beli "Kechai" lepas ni. Dah jatuh hati dengan penulisan beliau. Beliau punya 'rage' mengenai muzik. 
  • Jika memandu kereta sendirian, saya lebih gemar mendengar pilihan lagu dari CD yang dibeli. Selain dapat mengelak dari mendengar lagu-lagu sampah, saya juga dapat terhindar dari mendengar iklan-iklan jelek yang berjela, celoteh syok sendiri dan lawak hambar dari DJ yang entah mana-mana datang. Lagu sampah, iklan hambar dan DJ syok sendiri adalah threesome kepada sebuah kecelakaan.
  • Sebagai seorang pecinta seni muzik, saya marah, memang marah dan harus marah. Gila apa orang Malaysia boleh dengar lagu Sixth Sense yang vocal penyanyinya keluar dari hidung? Gila apa orang Malaysia perabih kredit telefon mengundi peserta Akademi Fantasia yang semua orang tahu peserta dia keluar nanti bukan jadi penyanyi tapi penyampai radio dan berita sukan? Gila apa orang Malaysia boleh tersenyum dengar lagu juara Masterchef Malaysia, Chocolate Cake keluar radio sambil bagi motivasi?
  • Menurut pemerhatian peribadi serta kajian tak bertauliah saya, rosaknya industri muzik Malaysia masa kni di atas kelemahan 5 sebab utamanya iaitu ekonomi, budaya, teknologi maklumat, sistem dan pendidikan.
                  
    (Dapatkan buku untuk baca 5 sebab utama itu. Syiok baca )

6. "Sehelai Jubah Putih dan Eskalator Dubai Airport" oleh penulis Libyaman. Kisah mengenai orang Melayu yang taksub dengan Arab (dari segi bahasa, pakaian, makanan) * Dia tulis Arab…*
  • Sebenarnya sejak zaman Atuk dan Wan gua pergi Mekah lagi, orang Melayu sudah taksub dengan pakaian orang Arab ni. Memakai pakaian bangsa Arab, lu akan kelihatan sangat suci. Lu akan kelihatan sangat Islam. Itu juga pandangan gua sebelum gua kenal dengan bangsa Arab.
  • Kalau zaman gua sekolah dulu, bercakap dengan ganti nama "ana" dan "enta" akan dilihat sopan dan beradab, berbanding berbahasa menggunakan kau dan aku. Walaupun ia membawa makna yang serupa.
  • Tiba pula zaman "Arabisasi" dengan semua perkataan Arab dimelayukan. Sampai suatu ketika, sangat kurang sopan untuk kita menyebut "babi" tapi lebih mulia jika sebut "khinzir". Walaupun keduanya binatang yang sama dan haram dimakan. Peliknya, jarang pula kita dengar apabila memaki hamun, orang Melayu menukarkan perkataan "babi" dengan "khinzir", kalau tidak, alangkah bersopannya bunyi maki hamun mereka. 

7. "Renyai" oleh penulis Petak Daud. Kisah gadis bernama Lina dan pelajar kampus .
  • Para pelajar yang masing-masing sudah besar akal, pandai menentu baik bebal, telah menyuarakan sesuatu yang bukan untuk kepentingan mereka. Ianya soal masyarakat.
  • Pelajar telah pandai menentukan sikap penduduk, sudah pandai menegur perkara yang lebih  berat dan di anggap tidak patut diteruskan

8. "Internet, Tahi Ayam dan Teori Konspirasi" oleh penulis Syahid Abdullah

  • Internet bukan lagi budaya. Internet bukan lagi keperluan, Internet bukan lagi kehendak. Sememangnya dari masa ke semasa Internet perlahan-lahan menjadi agama dan pegangan hidup. Sudah ada golongan yang tidak boleh meneruskan hidup tanpa sambungan internet.
  • Pada mulanya, laman social media ini hanyalah untuk berhubung dengan rakan-rakan yang jauh, diulang kembali; bercinta dan mencari cinta dan berubah menjadi runag untuk tampil hebat dan menganggap orang lain adalah tahi ayam.
  • Lagi bagus jika para cendekiwan internet ini berlumba-lumba mengkaji masalah kemiskinan bandar dan mencari jalan keluar daripada sibuk mencari bukti wujudnya anasir jahat Yahudi dalam lagu Lady Gaga dan Katy Perry.

9. "Memang Dia lah Dubook Sakti Itu" oleh penulis Firdaus Ahmad aka Takafulman. Sudah 3 buku beliau saya beli dan baca. Dari KLCC ke Tanjung Malim, Dari Tanjung Malim ke KLCC dan buku For All, For Life PruBSN.
  • Kagum aku kepada Imam Zul semakin mendalam bila dia kupas isu Kerajaan Malaysia mengecam Syiah baru-baru ini. Imam Zul menjelaskan betapa menghukum, bermusuh, membalas balas kekerasan tidak akan membawa umat Islam ke mana-mana selain ke jurang  kebinasaan.
  • Tidak malukah kita terhegeh-hegeh mengatakan agama kita yang paling hebat sedang kita sendiri hidup merempat dan sering ditinggalkan?
  • Takdir Allah sangat hebat, aku tidak berpeluang menyediakan segalanya ketika hidup, namun Berjaya melangsaikan semuanya setelah mati.
  • Aku tersenyum, Pidomat si celaka. Memang dialah rupanya Dubook Sakti itu. 
 (Sebuah kisah yang konpius. 2 kali ulang baca kisah ni sebab melibatkan alam ghaib dan      alam nyata. Peh)


10. "Rusuh dan Rusuk" oleh penulis Hasrul Rizwan
  • Tanah-tanah yang cerdik. Tanah yang dikumpul Tuhan dan diciptakannya manusia menjadi Khalifah di muka bumi
  • Sekali rusuh dan hanya sekali itu sahaja cukup untuk membuatkan Iblis  terhenyak dimakan laknat Allah.
  • Derhaka yang dahulunya sifat Iblis kini meresap ke dalam rongga-rongga manusia yang rongak. Marah membenihkan rusuh dan melahirkan musuh

11. "Hari Isnin Saya Di Alamanda" oleh penulis Stam Mustapha
  • Bukan aku benci semua orang gomen, mak bapak dan semua adik beradik aku juga penjawat awam, Cuma mungkin orang gomen di Alamanda, kerana mungkin mereka ada rasa mereka sedikit istimewa, the special one, the special breed, sebab mereka penjawat awam yang bekerja di PUTRAJAYA. Ada semacam satu pride di situ, kot. Pundek ah. 
  • Lebih-lebih lagi bila aku terpaksa berdepan dengan 'mentaliti kerajaan'. Kerja gomen ni bagus, senang nak buat loan, susah kena buang kerja, hidup terjamin”
  • Yang paling best, boleh rebel dan kutuk kerajaan sesuka hati. Baru terasa hidup bermakna dan 'hidup'.

12. "Hamba Abdi Zaman Moden" oleh Mutalib Uthman. Penerbit buku feveret. Hehe

  • Begini ceritanya. Kau tinggal di KL dengan gaji RM2,000. Kau bangun seawall 5 pagi untuk pergi kerja. Subuh masuk pukul berapa kau tak peduli, sebab kau takut kau lambat pergi kerja. Takut bos marah. Ya, kau lebih takutkan bos dari Tuhan.
  • Dah lah bila kau duduk kat jawatan Eksekutif kau tak boleh claim OT. Itu lagi satu macibai.
  • Negara kita sudah lama merdeka. Tapi benarkah kau betul-betul MERDEKA? Rasai degup jantung kau, adalah masih berdegup atau sudah bertukar menjadi bunyi mesin?

Sekian. Selamat membeli, membaca, tersenyum dan berfikir :)

5 comments:

  1. macam best je buku ni... nak kena beli nih...

    btw salam ramadhan...

    ReplyDelete
  2. Memang best. Ya beli lah

    Salam Ramdhan juga :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:10 AM

    salam Ramadhan..waiem ialah blog fovourite saya.x kering gusi membacanya..tahniah..

    ReplyDelete
  4. SALAM

    walau lama tak hapdet blog..sesekali mesti jenguk sini dan baca previous post..x tahu lah..kenapa sy sgt suka gaya ulasan dan tulisan sis..hehe

    kena jugalah cr buku ni.
    moga terus aktif post best2..
    terpaut dr review drama korea hinggalah ke ilmu kekeluargaan..dunia dan ukhrawi..

    ReplyDelete