Tuesday, April 22, 2014

Kisah demam kaki, tangan dan mulut (HFMD)


Begini kisahnya.

Baru-baru ni kedua anak saya, Maryam dan Yusuf, telah terkena jangkitan kaki dan mulut atau dalam bahse omputehnya hand, foot and mouth disease (HFMD).

Mula-mula Maryam (kakak) yang kena.

Ambil dari taska, cikgu cakap badan dia panas. Belah pagi cikgu cakap ok tak demam. Menjelang petang demam panas. Saya rasa dahi dan leher dia, memang panas betul. Kalau cek suhu guna thermometer mau cecah 38-39 darjah ni. Ekceli masa mandi pagi nak pergi taska dah rasa badan terlebih panas dari kebiasaan. Mandikan lama sikit dari biasa dan hantar ke taska. Hopefully demam tak berterusan lah.

Tapi demam jugak belah petang.

Satu lagi masalah timbul. Nak singgah klinik dulu di USJ atau terus balik ke Datuk Keramat. Hati berat kata nak balik terus sebab time 4.30 petang hiway NKVE belom jem sangat. Tapi risau jugak suhu dah tinggi. Aduhai macam mana nak buat ni.

Dalam hati berdoa supaya Maryam dapat bertahan, dan jalan raya tak jem.

Penghawa dingin kereta bukak tahap maksima dan cakap kat Maryam tahan sekejap. (Yang ni belajar dengan hospital. Demam duduk dalam bilik ekon).

Maryam dah mula tak selasa dan dah masuk intro nak menangis. Saya gosok-gosok belakang badan dia menggunakan tapak tangan saya yang sejuk dek ekon yang maksima dengan harapan suhu berkurang sikit. 

Alhamdulillah, tiada jem dan selamat sampai rumah. Sampai rumah terus bagi ubat demam yang telah sedia ada dirumah.

Keesokkan hari, suhu demam tak susut jugak.
 



Tahun lepas Maryam ke Prince Court kerana HFMD. Entah le asek terkena sakit ni je


Bawak ke klinik. Suhu nak cecah 40 darjah. Dokter masuk ubat bontot dan juga bagi antibiotik. Dokter cakap tak payah cek darah dulu. Tunggu lepas 3 hari. Antibiotik akan menjalankan tugas dalam masa 3 hari dan lepas 3 hari kalau panas tak surut baru cek darah.

Balik rumah.

Belah malam baru perasan ada bintik-bintik pink di tapak kaki dan tangan Maryam. Cek tengok tepi-tepi mulut pon ada bintik-bintik merah.

Ok sah terkena virus kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Disebabkan ini bukan kali pertama Maryam kena, maka saya tidak panik. Sedikit sebanyak ilmu mengenai cara-cara untuk menangani HFMD dah ada di dada.

Jeram kepala dengan air asam jawa dan kemudian spray mulut dengan ubat ulcer. Bagi makan aiskrim. Mujur dia nak makan.



Ubat spray ulcer untuk kanak-kanak. Orang dewasa pon boleh pakai



Ubat demam dan antiobiotik terus bagi ke Maryam mengikut arahan dokter.

Lepas kakak sembuh, berjangkit ke adik pulak.

Termenung sekejap. Nak bawak pergi klinik atau hospital??

Kakak baru nak sembuh.

Fikir punya fikir, lapan lagi, pergi hospital terus. Packing baju mak dan anak macam konfem akan bermalam di hospital. Huhu. Stendby je. Kalau boleh memang nak suruh dokter tahan kat wad. Kuarantin di hospital.

Hospital pilihan ialah Prince Court Medical Center, sebab dekat dengan rumah dan sebab ada medikel kad. 

Yusuf pon belom pernah guna lagi medikel kad yang power ni sejak 2012.



Medikel kad power


Lepas Isyak bertolak ke Prince Court. Register masuk, dokter cek. Pok pek pok pek dokter bukan pakar pada masa itu sahkan demam HMFD.

"Macam mana puan, kalau nak kuarantin kat rumah kita boleh keluarkan surat."

"Kuarantin kat sini je la dokter."

"Ok tunggu sekejap Puan, kita akan uruskan untuk admit ya."

"Ok baik dokter."

Lebih kurang jam 10.30 malam kami sudah berada di dalam bilik wad kami. Sebuah bilik single untuk mak dan anak menginap untuk lebih kurang 3 hari 3 malam di sini.

(Pengalaman sebelum ni Maryam pon 3 hari 3 malam dok kat Prince Court akibat HMFD)

Dipendekkan citer apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, semasa 3 hari Yusuf berada di Pirnce Court, cuma 2 kali diberi ubat demam dan tiada langsung pemberian antibiotik. Penggunaan penghawa dingin di tahap maksima.

Bila saya perlahankan ekon, nanti misi masuk kuatkan ekon. 


Tido bersyahadah hehe



Saya yang moskel ni tanya ke misi, 

"Misi, takde bagi antibiotik ke? Sebab kalau saya pergi klinik mesti dokter kat klinik bagi antibiotik."

"Oh kita kat sini tak galakkan bagi antibiotik. Bila pesakit betul-betul perlu baru kita akan bagi. Rasanya Kementerian Kesihatan dah keluarkan notis tak galakkan bagi antibiotik kat budak-budak."

Lebih kurang gitu jawapan misi.

Kalau anak kena demam panas dan mempunyai medikel kad, segeralah bawak ke hospital swasta berhampiran.

Bila lagi nak guna medikel kad power tu kan dan menginap di hospital ada-ada. Hehe

Bila masuk ke hospital, hospital akan lapurkan ke Kementerian Kesihatan. Untuk kes HFMD.

Kementerian Kesihatan pula akan telefon ibubapa dan menanya macam-macam soalan.

Sabo je la. 

Untuk pengetahuan, segala kos hospital saya tak keluar satu sen pon. Semua dibiaya oleh Takaful.

*Itu yang pak encik suka tuuu..*

Terima kasih Takaful :)

Alhamdulillah.

Bacaan berkaitan : 




2 comments:

  1. teringin juga nak guna kad ni..tp tiap kali anak2 demam g klinik je,malas nak warded susah asben nak keje la..itu la..next time kena buat jugala hihi..maaf tanya..yg plan tuk anak tu byr berap ye bulan2? kalau rm120 boleh ke enrol prince court?

    ReplyDelete
  2. Azy, yang anak saya RM150 sebulan. Kalau dah ada kad tu boleh je masuk prince court. Cuba lah, tak cuba tak tau...hehehe

    ReplyDelete