Semalam ternampak "oats for rice" ni di kedai 99. Terus beli sebab nak try selepas terpengaruh dengan iklan di tibi.
Akhirnya jumpa jugak cara mudah, jimat masa, tak terasa sangat oat tu masa makan dan boleh makan oat setiap hari macam makan nasik.
Dalam pek tu bukan siap ada beras yach. Cuma oat saja. Bila masak nasik campurkan sikit oat di dalam beras yang di tanak menjadi nasi.
Ikut suka la taruk oat banyak mana. Janji paras kolestrol kita dapat berkurangan dengan makan oat setiap hari.
Sayangi la jantung anda.
Berikut saya kopipes artikel mengenai makanan yang patut di makan untuk menurunkan paras kolesterol dari blog seorang dokter.
Oat dan
makanan tinggi serat
Makanan tinggi serat seperti buah buahan dan oat mampu menghalang penyerapan kolesterol jahat LDL di usus kecil. BIla LDL kurang di serap, paras kolesterol akan rendah dalam darah. Seeloknya ambik 10 gram oat atau serat sehari. Satu setengah oat, bersamaan dgn 6 gram fiber, tambah lagi sebiji dua pisang atau epal..sudah mencukupi
Makanan tinggi serat seperti buah buahan dan oat mampu menghalang penyerapan kolesterol jahat LDL di usus kecil. BIla LDL kurang di serap, paras kolesterol akan rendah dalam darah. Seeloknya ambik 10 gram oat atau serat sehari. Satu setengah oat, bersamaan dgn 6 gram fiber, tambah lagi sebiji dua pisang atau epal..sudah mencukupi
Ikan dan Omega-3
Ikan ada kandungan omega 3 yang tinggi,
antara yang paling tinggi ialah ikan salmon, mackerel, tuna dan sardine. Ikan
tempatan seperti ikan termenung, ikan jaket, ikan kembong saya rasa tinggi jugak. Cuma
kurang kajian yang di buat je.
Omega 3 dalam ikan akan kurangkan LDL dalam
darah, tingkat HDL- kolesterol baik dan kurangkan paras triglyseride- sejenis
lemak yang tak elok dan boleh menyumbat salur darah.
Kekacang
Lagi
sekali kacang orang putih yang glamer - walnut, almond, hazel semua mmpu
turunkan kolesterol. Pistachio pun boleh. Saya rasa kacang tempatan macam
kacang tanah, butir jambu golok pun mampu.
Kekacang ni tinggi kalori, jadi makan sikit
sudah lah dalam 1.5 aun. Timbang lah sendiri banyak mana. Lepas tu jangan lah
pulak makan kacang tambah garam ke campur gula ke..tak guna lah makan kacang
kalu macam tu
Minyak Zaiton
Minyak zaiton dara sangat bagus. Memang yang
dara ni orang cari dan terbaik lah. Minyak zaiton ni mampu turunkan LDL dan tinggikan HDL. Biasernya minyak zaiton
digunakan untuk dressing tapi nak mudah amalkan minum sesudu minyak zaiton
setiap hari. Minyak zaiton tak digalakan untuk
menggoreng sebab ianya sensitif kepada kepanasan. Khasiat hilang. Lagi
satu mahal kan minyak ni, mampu ke nak guna utk menggoreng.
Sayur sayuran
Selain serat yang ada dalam sayuran, ada
bahan yang lebih penting yang boleh menurunkan paras kolesterol. Bahan dalam
sayuran dan tumbuhan hijau ni ialah stanol dan sterol. Kandungan nya dalam
sayuran hanya sedikit. Jadi adakah kena mengunyah 5 kilo kangkung
sehari? Kambing sangat kan. Mujur lah ada orang yang jumpa cara untuk
perkuatkan makanan seharian kita dengan stenol ni. Antara makanan yang di
perkuat stenok ialah margerin, yoghut dan jus buah buahan. Banyak lagi. Kalau
pi shopping grocery, baca lah ingredient tu dan carilah makaan yang diperkuat
stenol.
Walaupun begitu, mengamalkan cara hidup sihat, senaman yang
regular, pola makanan yang teratur juga memainkan peranan masing masing.
Selepas baca sebuah buku "Kenapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit" saya berasa amat bersalah dan berdosa terhadap diri sendiri sebab main bedal makan aja sebelum-sebelum ni ikut napsu sehingga menjejaskan nikmat kesihatan yang Allah beri pinjam.
Segala nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita akan dipersoalkan kelak.
"Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, berkenaan segala nikmat (yang kamu sudah nikmatinya)"
Surah At-Takasur, ayat 8
Segala nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita akan dipersoalkan kelak.
"Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, berkenaan segala nikmat (yang kamu sudah nikmatinya)"
Surah At-Takasur, ayat 8
Bagaimana kita menggunakan nikmat-nikmat tersebut?
Lepas ni akan amalkan gaya pemakanan sihat gaya Rasulullah dan kekanda tamau tamak-tamak lagi.
Lepas ni akan amalkan gaya pemakanan sihat gaya Rasulullah dan kekanda tamau tamak-tamak lagi.
Insya Allah.
No comments:
Post a Comment