Thursday, April 11, 2013

Kisah Nabi Musa dan doa


Berikut merupakan sedikit ribu dari episode Tanyalah Ustaz yang ke udara pada hari Jumaat 5 April 2013.

Sabtu dan Ahad tak boleh nak fokus sebab anak-anak kacau daun. Pagi-pagi dah buat hal.

Kat fesbuk ambe cuma ringkaskan saja. Yang ni versi panjang lebo sikit.

Ustaz yang bertugas ialah Ustaz Sharhan Shafie atau we ols panggil Ustaz S.

Ada lah dalam satu program Tanyalah Ustaz jugak, Ustaz Sarhan cakap ada orang komen dia penipu lah, itu lah, ini lah sebab dia kan terer bab ilmu perubatan Islam.

Komen tu berbunyi, "Ustaz S penipu bla bla bla..."

Sejak daripada itu saya dan emak saya panggil Ustaz Sarhan dengan panggilan Ustaz S. Boleh kan Ustaz. Bukan apa teringat akan komen yang agak lucu itu hehe

Topik pada hari tu ialah "Mukjizat Al-Quran" dan Ustaz bercerita mengenai kisah Nabi Musa dan Firaun dan melalui kisah-kisah  itu ada ayat-ayat Quran yang diturunkan yang mana bagus untuk kita amalkan dalam kehidupan seharian kita.

Bila baca doa / ayat itu kita boleh bayangkan kejadian yang telah berlaku untuk kita lebih hayati maksud di sebalik ayat itu.

Untuk rujukan saya jugak, untuk kegunaan di kemudian hari. Kalau lupa  boleh baca balik. Al-maklum, Melayu kan mudah lupa. Hihihi.

1. Bagi anak yang lambat bercakap

Boleh amalkan surah Al-Qasas, ayat 34 :


+ Kisah di sebalik ayat.

Nabi Musa lidah nya cacat sewaktu kecil.

Sewaktu Nabi Musa kecil Firaun punya gerak hati mengatakan anak angkatnya yakni Nabi Musa lah lelaki yang diperkatakan oleh tukang tiliknya yang bakal menewaskan Firaun. Firaun tidak puas hati lantas di adakan satu ujian kepandaian.

Firaun telah meletak 2 benda dan suruh Nabi Musa merangkak ke arah 2 benda itu.

Satu ialah emas / susu, dan satu lagi ialah bara api.

Nabi Musa lantas merangkak ke arah emas/susu. Semakin hampir ke emas / susu, malaikat telah alihkan perhatian Nabi Musa supaya pergi ke arah bara api. Jika tidak Nabi Musa akan dibunuh oleh Firaun. Lantas Nabi Musa pegi menuju ke arah bara api dan makan bara api itu. Bila makan bara api itu, itu yang membuatkan lidahnya cacat.

Bila pegi berdakwah Nabi Musa bawa sepupunya Nabi Harun sebab Nabi Harun petah berbicara seperti yang dinyatakan di dalam Surah Al-Qasas, ayat 34 itu. 

Nota diri :

Selama ini saya hanya tahu Nabi Musa hanya pegang bara api itu saja.  Kena selalu dengar kisah-kisah Nabi sampai katam la ni. Astaghfirullahaladzim.

2. Bagi menggagalkan sihir

Boleh amalkan surah Al-Araf, ayat 120 – 122




+ Kisah di sebalik ayat.

Satu hari Nabi Musa telah dicabar untuk menunjukkan kehebatan nya oleh Firaun. Firaun telah mengarahkan ahli-ahli sihirnya yang power lagi termasyur untuk menunjukkan kehebatan sihir mereka di hadapan nabi Musa.

Ahli-ahli sihir Firaun telah mencampakkan tongkat mereka dan tongkat itu dengan majik nya telah bertukar menjadi ular yang berbisa.

Nabi Musa mula cuak dan nerves.

"Jangan takut. Kita lawan. Campakkan pula tongkat mu" Allah berkata kepada Nabi Musa.

Nabi Musa pun mencampakkan tongkat beliau dan tongkat nya itu telah bertukau menjadi ulau yang lebih besau dan berbisa dan kemudian memakan ke semua ulau-ulau ahli sihir Firaun itu.

Ahli-ahli sihir Firaun terkedu seketika. Terkedu dengan kehebatan Nabi Musa.

"Ku pikirkan aku sudah cukup power. Tapi ada yang lagi power rut rupanya" kata hati ahli sihir Firaun.

Lantas ahli-ahli sihir Firaun sujud kepada Nabi Musa sejurus selepas kejadian itu dan beriman dengan Tuhan Musa dan Harun seperti yang terkandung dalam surah Al-Araf, ayat 120-122

3.  Bagi memudahkan bicara

Boleh amalkan Surah Toha, ayat 25-28






+ Kisah di sebalik ayat.

Sewaktu Allah mengarahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun kerana Firaun telah melampaui batas, Nabi Musa rasa berdebo-debo dan gugup, maka Allah menurunkan ayat ini. 

Ayat ni femes sekali. Bila seorang Ustaz / Ustazah  atau penceramah nak mula bicara akan membaca doa ni. 

Ayat ke-27 tu baca dengan tajwid yang betul kat bahagian

"Wah lul uk datammm..."

Kadang kita terbaca cepat cepat jadi ;

"Wah lul uk datann..."   

Ada tanwin bertemu mim di situ. Kena dengung sikit. Nama hukum tajwid nya saya lupa. Maafkan hamba.

Sebab saya pon ada tersilap baca sebab kita dah mengikut hafal selama ni. Bila tengok balik ejaan sebenar, sebutan dia lain ye sedara sedari. 

Mari kita perbetulkan bacaan kita.   

Baca doa dan imajinkan kisahnya, lebih afdal.

Wallahualam.

Selamat mengamal!

4 comments:

  1. Thank you very much, for pointing out the Surah and Ayat. I really appreciate.

    ReplyDelete
  2. trima kasih ;) sgt berguna. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Yarit8:58 PM

    dapat pun maklumat ni , esok cikgu nak tanya .

    ReplyDelete
  4. Yarit, semoga dapat jawab soalan cikgu. All the best :)

    ReplyDelete