Wednesday, February 06, 2013

Tetamu pra-perkahwinan

Ehsan encik gogel. Kiyut je.


Terpanggil pulak nak menulis mengenai hal ini walaupun mood memblog masih muram sebab anak tak sihat.

Sekarang dah menjadi trend orang amek gambo pra-perkahwinan untuk koleksi dan tatapan peribadi katanya. Tak kira la dari golongan artis glamer hingga orang awam yang tak glamer. Kebanyakan akan bergambo pra-perkahwinan untuk di buat poster atau bunting pada pintu gerbang kat khemah kenduri kawin selain koleksi peribadi.

Salah satu sebab nya mungkin pakej yang ditawarkan oleh jurugambar. Alang-alang menyelok pekasam bior sampe ke pangkal lengan.

Alang-alang nak kawin tu meh ler kita bergambo sebelum dan selepas berkahwin. Kok ye pon nanti akan kawin jugak. Pegang-pegang atau gesel-gesel sikit takpe la. Bukan orang lain. Bakal somi / isteri kita jugak. 

*Bukan orang lain, madu ko jugak Tinah*

Sebenarnya dah lama nak tulis mengenai hal ini mengenai bab pertunangan. Tup tup topik gambo pra-perkahwinan menjadi hangat dewasa ini. Ridiculous betol. Ahaks.

Maka 2 in 1 la hal pra-perkahwinannya. 

Hal pertunangan - di mana bakal tunang lelaki kadang-kadang menyarung cincin ke jejari runcing bakal tunang perempuan nya. Kalau dah sarung tu pasti la ada bersentuhan.

Kalau setakat tunang lelaki itu datang saja tak pe. Ni kadang posing pon macam dah macam pasangan somi isteri. 

Apa yang saya nak sampaikan kat sini ialah siang-siang lagi mereka telah mengundang syaiton yang direjam di dalam perhubungan somi isteri mereka.

Jadi bagaimanakah sebuah rumahtangga boleh jadi aman, damai, diberkati dan dirahmati oleh Allah swt?

Mohon kefahaman Islamik di sini.

Bersentuhan lelaki dan perempuan bukan muhrim adalah h**** .... (pandai pon).

Syaiton ni kita tak payah undang dia, dia memang dah sentiasa ada di sisi kita.

Cuba bayangkan kalau dia diundang, pehhh…gelak guling-guling la dia sambil joget gangnam stail huhu

Di tambah dengan mak bapak pon tak kisah.

Jadik boleh tak tolong hayati dan mendalami hal ini?

Benda ni perkara basic / asas dan simple sebenarnya. Tapi kesan dia sendiri la mau ingat jika Allah murka. 

Sekian pesanan untuk hari ini untuk kita-kita aja.


Selamat ulangtahun pertunangan buat diri sendiri esok. Kebetolan pulak tarikh dedekat dengan apdet blog niari. Kalu tanya cik asben konpem nye dia tak ingat. Tak caya tunggu...;)

No comments:

Post a Comment