Monday, February 18, 2013

Diari Yusuf : Angin pasang aka hernia



Kena amek tahu sebab dah ada anak bujang. Untuk info di masa akan datang.

*****************************

MEREKA yang mengalaminya sering terkeliru. Apabila dalam kedudukan berdiri, berjalan, berlari atau melakukan aktiviti fizikal, seolah-olah dapat merasakan ada sesuatu yang bengkak di celah paha atau kelangkang.

Yang menghairankan, bahagian bengkak yang jarang menimbulkan rasa sakit ini seolah-olah 'hilang' apabila dalam kedudukan berbaring. Mungkin ini menyebabkan ada lelaki mengabaikan gejala angin pasang. 

Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai hernia. Hernia yang berlaku di celah paha juga dipanggil inguinal atau groin hernia. Hernia jenis ini lebih ramai dihidapi oleh lelaki.

Risiko seorang lelaki menghidap hernia ini adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita, malah sebahagian besar bayi yang baru lahir dan kanak-kanak yang menghidap hernia ini juga adalah lelaki.

Menurut Pakar Bedah dan Laparoscopy Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr Jonah Azariah, hernia disebabkan satu benjolan organ atau tisu yang masuk melalui bukaan abnormal pada bahagian abdomen.

Hernia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian pusat di celah kelangkang atau bahagian tubuh yang ada torehan pembedahan.


"Sesetengah hernia berlaku sejak seseorang dilahirkan atau selepas tempoh beberapa tahun. Sebahagian pula menghidap hernia pada pertengahan umur atau usia tua, malah ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba.


"Sebahagian komponen besar hernia adalah organ dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini masuk ke bahagian abnormal ini,” katanya sewaktu ditemui di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, memandangkan hernia mudah menyerang bayi lelaki, ibu bapa dinasihatkan peka terhadap keganjilan pada kemaluan anak mereka dan menghantar secepat mungkin bagi mengelak ia menjadi besar.


"Ramai ibu bapa mengurut bayi mereka bagi mengurangkan benjolan, namun sebenarnya ia teknik salah. Mengurut memburukkan keadaan kerana ia membabitkan usus.


"Cara paling selamat adalah melakukan pembedahan kecil yang tidak memerlukan kos tinggi. Ia tidak membahayakan, malah pesakit boleh keluar pada waktu sama selepas melakukan pembedahan itu," katanya.


Jenis hernia

* Hernia di kelangkang (Groin hernia)

* Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)

* Hernia di pusat (Umbilical hernia)

* Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)


Jenis inguinal hernia
* Indirect — Kongenital sejak seseorang dilahirkan. Dianggarkan 800 hingga 1,000 satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Ia boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur. Ia empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.

* Direct — Hernia jenis ini dihidapi orang dewasa. Kebanyakan pesakit adalah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada juga pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.


Siapa berisiko?

* Lelaki

* Bayi tidak cukup bulan


Jika mereka pernah menghidap hernia pada bahagian kiri, risiko terkena pada bahagian kanan atau sebaliknya adalah tinggi.


* Menghidap penyakit tertentu seperti batuk kronik

* Sembelit kronik

* Berat badan berlebihan

* Kehamilan

* Lahir tidak cukup bulan

* Pernah menghidap hernia


SOALAN BIASA


Adakah keadaan ini serius?  
Jika usus tidak terperangkap dalam hernia, keadaan ini biasanya tidak serius.

Tanda?
* Benjolan tidak sakit di permukaan kulit berdekatan pusat atau groin yang menjadi besar semasa anak batuk, bersin atau menangis

* Muntah dan abdomen terasa sakit jika usus tersepit 

 
Apakah tindakan pertama?
Cuba tolak hernia dengan lembut. Hernia biasanya boleh ditolak masuk ke dalam dinding otot dengan mengenakan sedikit tekanan. 

 
Perlukah berjumpa doktor?
Segera bawa anak berjumpa doktor. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika hernia menjadi keras dan benjolan tidak masuk apabila ditolak dengan lembut atau anak mengalami kesakitan dan muntah 

 
Apakah tindakan doktor?
Jika hernia terasa keras atau tidak masuk semula, doktor akan merujuk anak kepada pakar pediatrik. Hernia itu mungkin perlu dibetulkan melalui pembedahan. Jika umur anak anda kurang enam bulan dan dia menghidap hernia inguinal, doktor mungkin mengesyorkan pembedahan untuk mengelak usus tersepit


Bagaimana saya boleh membantu?

Selagi hernia pusat masih wujud, lakukan pemeriksaan dengan kerap, misalnya selepas mandi, untuk memastikan hernia tidak membesar atau menjadi keras. Pastikan juga hernia masuk semula selepas ditekan

* Berbincang dengan doktor mengenai langkah yang perlu diambil untuk menentukan sama ada membiarkan hernia pulih dengan sendiri atau dibedah

* Pastikan anda membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan 

 
Adakah ia akan berulang?
Sesetengah pesakit mengalami hernia dua atau tiga kali. Jika lebih, komplikasi juga akan tinggi, terutama di segi saiz hernia dan risiko ia berulang disebabkan otot dan tisu lemah apabila ada tekanan dan keadaannya umpama belon yang tipis apabila ditiup 

 
Hernia dan wanita
Wanita juga terdedah kepada hernia tetapi ia jarang berlaku. Hernia jenis femoral lebih kerap berlaku kepada golongan ini disebabkan kedudukan femoral hernia di bawah dan di luar sedikit daripada inguinal hernia di bahagian celah paha. Hernia di kalangan wanita biasanya membabitkan wanita berusia melebihi 50 tahun. Ia juga jarang berlaku pada kanak-kanak 

 
Rawatan
Pembedahan dengan memasukkan plastik di celah paha atau di bahagian hernia berlaku untuk menguatkan bahagian lemah ialah kaedah terbaru selain mengurangkan risiko hernia berulang.


Bagaimanapun, kaedah jahitan dengan nilon tanpa menggunakan alat plastik masih boleh dilakukan untuk pesakit muda. Pembedahan laparoskopik juga boleh digunakan untuk hernia.

Plastik atau mesh dimasukkan dan ditampal di bahagian lemah. Kaedah jenis ini biasanya dilakukan untuk hernia berulang, namun kaedah ini lebih popular di Barat. Rawatan laparoskopik hernia di negara ini jarang dilakukan kerana kosnya tinggi selain kekurangan tenaga mahir.

Komplikasi rawatan pembedahan adalah rendah. Komplikasi utama ialah berulangnya hernia. Risiko ini harus kurang dua peratus jika menggunakan teknik pembedahan betul. Kadar hernia berulang rendah jika fascia atau tisu menyebabkan hernia berlaku adalah kuat atau kerosakannya sedikit.

Bahagian vas deferens iaitu yang mengangkut sperma boleh mengalami kerosakan jika pembedahan dilakukan berulang-ulang. Selain itu, celah paha boleh mengalami kesakitan atau rasa kebas selepas pembedahan.

Sehubungan itu, cara terbaik menangani hernia ialah menasihatkan pesakit menurunkan berat badan jika mereka tergolong dalam kumpulan obesiti. Jika mengalami sembelit, digalakkan makan makanan yang kandungan seratnya tinggi.

Pesakit dinasihatkan tidak menghisap rokok terutama mereka yang ada masalah paru-paru atau batuk kronik.


********************************* 

Contoh hernia di pusat (Umbilical hernia) sebelum dan selepas

Apa yang sebelumnya ?

1) Sebelum sempat berjumpa dokter untuk temujanji lagi setahun dari tarikh pemeriksaan angin pasang buat pertama kali, pusat timbul itu sudah tidak timbul lagi. 

2) Di antara rawatan untuk menenggelamkan pusat ialah :

- tekan pusat ke dalam dan taruk duit syiling kemudian selotepkan (seperti di-sajeskan oleh misi klinik kesihatan cawangan Kempas)

- guna pakai petua orang sekeliling yang berpengalaman supaya menuam pusat selepas mandi. 

- dan berdoa 
 
3) Entri mengenai angin pasang Yusuf dan klinik kesihatan boleh lihat SINI  

Apa yang selepasnya ?

1) Alhamdulillah lega tengok pusat dah tenggelam. Kalu tak kesian budak kecik nak kena bedah kalau benjolan pusat tak mau susut-susut jugak. 
 

No comments:

Post a Comment