Filem ini box opis masa tayangan dia dulu di tahun
2009. Dan sekarang 2012 filem ini telah di-dramakan.
Sebelum tengok drama nya, kena tengok dulu filem
nya. Best sangat ke citer dia sampai perlu di-dramakan. Ottokee? Wae?
Jeon Woo Chi adalah sebuah filem fiksyen dan aksi.
Agak sarat dengan kesan khas yang mengkagumkan.
Pada awalnya serabut jugak menonton sebab melibatkan
2 zaman. Zaman purba dan zaman moden.
Secara am nya kisah ini mengisahkan perebutan
sebatang paip. Bukan paip air atau paip pembentungan tapi paip seruling.
Sapa yang dapat memiliki paip ini dia lah yang berkuasa
dan semua makhluk akan sembah ratu kepada nya.
Bila ada adegan "perebutan", mesti lah melibatkan
yang baik dan yang jahat.
Pada zaman dahulu, 500 tahun yang lalu, paip itu
telah jatuh ke pihak jahat yang bernama goblin.
Goblin ini bermaksud jembalang lebih kurang.
Pada zaman itu juga ada 4 ahli sihir yang baik yang
cuba untuk merampas kembali paip itu. Mereka berdiskusi bagaimana mahu
menewaskan goblin itu.
Akhirnya goblin berjaya ditewaskan dan dipenjarakan
di dalam botol. Ala hantu dalam botol kicap.
Paip itu berjaya direbutkan
oleh pihak baik dan dibahagikan kepada 2 bahagian dan di amanahkan kepada
seorang Master untuk menjaganya.
Master ini mempunyai seorang anak murid yang nakal
yang bernama Woo Chi. Woo Chi ini juga terer menggunakan kuasa mejik dan boleh
terbang ke sana ke mari menggunakan kertas tangkal azimatnya.
Satu hari Master itu mati dibunuh dan Woo Chi
dituduh membunuh Master itu sebab mahukan paip itu. Maka 4 orang ahli sihir itu telah menangkap
Woo Chi dan dipenjarakan di dalam sebuah lukisan.
Itu kisah 500 tahun yang lalu.
Kini kisah di 2009.
Entah macam mana bandaraya telah di haru birukan
oleh kedatangan goblin. Goblin yang 500 tahun dahulu telah ditangkap dan
dimasukkan di dalam botol, kini telah terlepas dan bebas berlari.
Siapakah yang telah melepaskan nya?
3 daripada 4 ahli sihir itu telah kalut bila goblin
telah mengejarnya. Mereka tidak mampu lagi untuk menewaskan goblin sebab mereka
telah bersara di dalam bidang sihir dan kuasa mejik.
Tiba-tiba mereka teringatkan Woo Chi. Lantas Woo Chi
di bebaskan dari penjara dan di arahkan supaya membunuh goblin-goblin itu.
Goblin itu boleh menyerupai manusia. Ini yang merbahaya.
Dipendekkan citer, salah sorang 4 ahli shir itu
ialah cip goblin rupanya. Beliau telah memperdayakan semua orang hingga
menuduhkan Woo Chi yang bunuh Master.
Rupa-rupanya, dia lah angkara semua itu. Demi hanya
untuk menakluki sebatang paip. Ish ish ish. Mari kita cekik dia.
Lakonan kacak Kang Dong Won, yang persis wajah Joo Won (Bridal Mask) katanya
Misi mencari paip
3 ahli sihir
Masterji ini berfirasat mungkin ada goblin di kalangan 4 ahli sihir itew
Ini dia goblin, yang tiada kaitan dengan goblok
Jeon Woo Chi versi drama lakonan Cha Tae Hyun. Pasti kelakor. Hehehe
tau citer ni lama daa..tp tak prnh nak layannnn sbb ingatkan citer dolu2 jer.. rupanyer 2 zaman.. ada goblin lg..hihihi mcm kelakar jer..
ReplyDeleteLawak sikit la citer ni..hehehe
ReplyDeletesaya suka baca blog awak...
ReplyDeletepada mulanya jumpa blog ni sebab google pasal citer korea sebab saya minat sungguh tgk citer korea...
wlupun simple tp selalu juga ketawa bila baca blog ni...
teruskan berblog yer, boleh saya jadi 'pembaca senyap" yg gelak sorang2, hihihi
p/s: saya pun org johor, senegeri kita.. :)
Terima kasih orang senegeri :)
ReplyDelete