Thursday, November 29, 2012

Diari Yusuf : 4 bulan suda

Hello yorobun. Saya Yusuf

4 bulan sudah dengan berat 6.2kg. Alhamdulillah sihat. 

Tiada masalah besar kecuali pusat terjojol. 

Cek masa 1 bulan di KK Kempas JB. Misi tengok lepas tu misi suruh letak duit syiling tekan sikit dekat pusat supaya pusat masuk ke dalam. Masa ni tengah berpantang di kampung halaman.

Cek masa 2 bulan di KK Kampung Baru (dah balik KL) , misi sini pula kalut kata angin pasang. Terus suruh pergi jumpa dokter KK esoknya dan dokter KK terus suruh pergi Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut. Tunggu dokter KK je sejam lebih sebab sekali dengan orang cek mengandung.

Kita mak bapak pon kalut dan berdebo dan esoknya pergi terus ke HKL. 

Ingatkan terus dapat jumpa dokter, rupanya amek date appoinment dulu daaa. Lagi sebulan baru dapat jumpa dokter sebab appoinment dokter dah penuh.

Bayangkan berapa banyak masa dah terbuang hanya untuk mendapatkan appointment dokter di HKL saja. Nak jumpa dokter pulak ada hari nya, yak itu hari Rabu saja.

Cekik darah betul HKL, dengan parking takde. 

Gomen oh gomen! Saba saba. 

Tapi Hospital Ampang best. Silap saya. Kalau tak mintak refer terus ke Hospital Ampang daripada HKL yang serabut itew. 



Posing terselit celah kelambu konsepnya


Tiba la hari appointmen yang ditunggu-tunggu.  Hari Rabu 31hb  Oktober 2012 jam 10.30 pagi. 

Mula-mula tu berbelah bagi juga. Nak pegi ke tanak. Yusuf pon bukan ada masalah. Tak de meragam, tak menangis. Macam biasa je dia. Takde menunjukkan tanda-tanda sakit dek penangan angin pasang. Buah dia pon tak kecut masuk ke dalam. Antara sindrom angin pasang kata orang.
  
Baik pergi klinik swasta, cepat dan senang dan tak payah buang masa dek lama menunggu. 

Tapi hati berkata suruh pergi. Cuti pon dah amek

Sepakat membawa berkat. Kami semua sepakat di kampung hai pening lalat mahu pergi ke HKL yang serabut itew.

Dengan berdasarkan prinsip kalu pergi awal, dapat balik awal, kami pon bergerak la ke HKL dalam jam 8.00 pagi. HKL dengan rumah tak jauh dalam seploh minit boleh sampai. 

Tunggu punya tunggu punya tunggu, nombor tak panggil-panggil. Jam 9.00 tak panggil, jam 9.30 tak panggil, jam 9.45 pon tak panggil-panggil. 
 
Tempat duduk orang yang menunggu dari kosong orang sampai dah penuh tempat duduk. 

Rupa-rupanya kena ikut masa temujanji  yang diberikan yak itu 10.30 pagi. 

Ya sale. Binawe betol. 

Setelah 2 jam menunggu, nombor giliran pon dipanggil. 

Masuk lah jumpa dokter.  Dokter pon cek pusat Yusuf dan cakap,

"Dia punya masalah ni tak serious. Ni perkara biasa bagi bayi. Biasa kalu bayi membesar dia akan susut. Lagi setahun kita jumpa lagi. Tengok macam mana. Buat masa ni tak perlu buat apa-apa. Pembedahan pon tak perlu. Tunggu lagi setahun"

Tak tahu nak senyum lebar, senyum paksa atau nak senyum mendidih. Perasaan bercampur aduk.

Tunggu dokter 2 jam, jumpa dokter seminit saja. 

Dan appoinment lagi SETAHUNNNN

Kahkahkah.

Ampeh. 

Namun alhamdulillah angin pasang Yusuf tidak seriyes. 

Dan sekarang 4 bulan, pusatnya telah kembali ke posisi normal. 

Paling steady misi KK Kempas cuma suruh taruk duit syiling kat pusat. 

Gitu la sedara sedari perkhidmatan di spital gomen. 

Saya rasa kalu saya pergi ke spital / klinik swasta setel sekejap je kot. Tak payah tunggu sebulan. 

Kalau nak ikutkan hati dan napsu, malas dah nak berurusan dengan spital / klinik gomen. Bukan apa, malas nak buang masa menunggu. Temujanji pulak kena opis hour. 

Banyak buang masa bila berurusan dengan pusat kesihatan gomen ni. Kalau ikut kan hati dan naluri keibuan saya ni, saya lebih rela buang sikit duit dari buang masa. Bukan nya nak tunjuk eksyen banyak duit ke hapa.

Duit...Insya Allah...kita boleh cari. Kerja lebih masa ke, buat kerja part time ke, pinjam dengan mak bapak ke, pinjam dengan adik beradik ke, buat loan bank ke, apply kredit kad ke. Dengan Along jangan sesekali pinjam okay.

Tapi masa yang terbuang kita takkan dapat ganti balik. Sebab masa itu emas.

"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian"

Namun saya masih berminat nak berfollow up di spital / klinik gomen untuk pemeriksaan anak-anak walau cek-up dan bersalin di spital swasta. Tapi tahap kesabaran kena tinggi sikit la. 

Insya Allah, Allah bersama orang-orang yang sabar.

Begini kisahnya.




Saya suka buat pemeriksaan anak-anak di Klinik Kesihatan sebab ada buku rekod ni. Buku ini akan disimpan sebagai kenangan sampai bila-bila. Walaupun rupa KK ni kelihatan sedikit daif, kesian betol lah tengok. Ini mungkin kerana KK ni dah lama muncul di zaman tok kaduk kan. Sepatutnya dah dibaik pulih dan di transformasikan menjadi klinik canggih oleh gomen 1Malaysia. Nasib baik perkhidmatan dia tak daif. Boleh la diterima. 

Pegi la tengok antaranya KK Kampung Baru dan KK AU2 Keramat.

KK Shah Alam ok dah baru. KK Kempas kat JB pon bole tahan la terkini. Dah menggunakan sistem komputer. 


Ok berbalik pada jalan citer sebenar. 

Selain itu yang saya suka ialah jadual imunisasi yak itu jadual untuk suntik anak di paparkan di poster seperti di atas dan ubat suntikan mengikut spesifikasi gomen. 

Dia ada yang 3 serangkai, 2 serangkai ubat suntikan dia. Jadi kita tidak risau tentang jenis ubat suntikan yang sepatutnya anak kita dapat



Di dalam buku rekod itu, direkodkan semua perkembangan anak-anak dari umur 0 sehingga 6 tahun. Segala-galanya akan tercatat di dalam tu. Ini yang saya sangat suka. Jadi kita boleh tahu perkembangan anak kita selari tak dengan usia dia. Jika tidak, apa langkah-langkah yang perlu di ambil. 

Rasanya kalau sendiri nak buat, tak terbuat kot.


Ni pula carta pertumbuhan gigi anak. Boleh rekod situ, gigi mana tumbuh dulu masa anak berumur berapa tahun. 

Ok seterusnya. 

Sekiranya anda bersalin di spital swasta dan mahu memulakan pemeriksaan anak di KK seperti saya, begini cara-caranya. 

Lepas dah seminggu dan belah operesen dan tak sakit, singgah la sebentar di KK Ibu dan Anak berdekatan rumah anda dan  cakap kat misi anda baru lepas bersalin dan nak register dan buat pemeriksaan kat situ. 

Nanti selepas beberapa hari, 2-3 orang misi akan datang rumah untuk buat pemeriksaan ibu dan anak. Yang ni periksa yang basic-basic je.

Lepas tu selang 2 minggu kot, segerombolan misi pulak (yang ni ramai sikit 6-7 misi) di ketuai oleh cip misi pakai baju ungu akan datang rumah dan akan buat pemeriksaan rapi. Kalau anda bersalin normal, dia akan cek belah bawah, cek tahap kuning baby macam mana dan seterusnya lah. 

Tang misi datang rumah buat pemeriksaan selepas beranak ni boleh bagi pingat kebesaran. Saya salut!

Dan bila dah cukup sebulan pegi ke KK untuk register dan akan dapat buku rekod itu. Temujanji yang telah di set jangan ponteng.

Kalau anda bersalin di spital gomen, lagi senang sebab dorang dah ada rekod anda dan akan datang rumah mengikut jadual. 

Sekian lah kisahnya. 

Ini kakak saya Maryam masa Aidiladha lepas

4 comments:

  1. happy 4 mth yer Yusuf... harap bertmbh2 sihat & comeyyyy bersama kakak tersyg maryam...
    pjg sungguh citernyer tp takpe bbyk info gak..
    moral: sblm ke hospital gomen check tekanan darah sndr dulu yer..hihihi..

    ReplyDelete
  2. Hehehe tiba2 idea datang mencurah2

    Tq Aunty Eyyla :)

    ReplyDelete
  3. Bolih tahu syiling 5 sen ker..anak saya pun kna refer hta tp sy xpegi lg sbb anak xnangis pun..cuma pusat timbul skit..

    ReplyDelete
  4. Ya 5 sen. Seeloknya pergi la

    ReplyDelete