Wednesday, July 18, 2012

Menanti kepulangan anakanda


Maryam sekarang berada di kampung bersama tok wan dan neneknya. Esok genap seploh hari di kampung, baru akan kembali ke pangkuan ayah dan bonda nya. Terasa la kehilangan yang teramat sangat. Lama dah tak ceom hehe

Eksited nak berhijab. Biasa kalu pakaikan topi ke, reben bunga kembang setaman ke, klip rambut ke dia akan cabut buang. Kali ni dia pulak yang amek dan pakai sendiri. Mungkin tengok sepupu-sepupu dia pakai nampak cun kot


Neneknya nak sangat balik ke rumah sendiri di JB sebab dah lama tinggalkan rumah sebab dok KL jaga Maryam. Terpaksa la kami akur Maryam dibawa bersama. Jika tidak kami laki bini akan bergilir-gilir coti untuk jaga Maryam.

Paling tak larat semasa di kampung sempat kirim gambar yang sungguh mencuitkan hati bonda nya. 

Kihkihkih

Ramadan bakal menjelang tiba. Pulanglah anakanda...

*Termenung ku sendiri...memendam rindu tidak menentu..*

Eh dah keluar lagu raya...hehehe

No comments:

Post a Comment