Friday, July 06, 2012

K-Drama : Feast of the Gods (2012)



1. Citer ni mengisahkan sebuah restoren yang bernama Arirang, yang menyediakan makanan asli dan tradisonal Korea. 

2. Seorang Master Chef yang berkaliber akan di lantik pada setiap penggal tertentu untuk mengawal selia kualiti dan tahap kesedapan makanan sentiasa terjamin di restoren Arirang itu agar tidak diciplak atau di plagiat oleh restoren lain. 

3. Biasalah bila lawan masak akan ada sorang pemenang dan sorang pengalah. Pengalah ni dia berdendam hingga ke sudah terhadap pemenang selama 22 tahun. Dia tak puas hati kenapa dia boleh kalah. Padahal dia kalah di atas kesilapan dia sendiri hingga menyebabkan anaknya mati, sebab terlalu taksub mahukan tahta Master Chef di Arirang. Kiranya sapa yang dapat jadik Master Chef pada time itu dia la diva, meletop dan vass ala Master Chef Selebreti gitu sambil berkata "kau ado?"


 
4. Maka di sini la bermulanya jalan cerita drama ini. Ada terselit misteri sikit-sikit. Ada kisah hilang anak, kisah tertukau anak, kisah anak dendam sama mak, kisah chef dengki sesame chef hingga sanggup meletak racun di dalam makanan pesaing dia dan tidak dilupai kisah chenta 4 persegi. 

5. Mari kita saksikan watak-watak yang terdapat dalam drama ini. 


 
Sung Yu Ri as Go Joon Young

Sebab utama nak tengok drama ni ialah sebab kecomelan beliau. Tak kisah la comel plastik atau comel asli. Janji mata sedap memandang bila menengok wajahnya. Kalau tengah ngandung anak pompuan, mana lah tau kot-kot baby dapat tempias muka Sung Yuri sikit-sikit kekeke. 

Sewaktu kecik nama beliau lain. Bila dah besau, nama dia lain. Sebab apa…sebab dia telah terjatuh dari sebuah kapal cruise dan terdampar di sebuah pulau dan dijumpai oleh sepasang somi isteri. Maka dia pon menjadik la anak angkat mereka dengan di beri nama Go Joon Young. Dia tahu dia anak angkat tapi dia tak amek pot sangat. Janji dia ada mak dan bapak walaupun anak angkat.  

Sejak kecil minat memasak telah terserlah di dalam diri beliau. Tak payah pergi kelas masak pon dia dah terer memasak. Ke mana tumpahnya lauk kalau tidak ke nasik. Bakat semula jadi diperolehi daripada mak kandung dia. Disebabkan bakat masak semulajadi dia itu, satu hari dia telah dijemput untuk berkhidmat di Arirang untuk belajar memasak secara professional dan tercalon untuk menjadi pelapis Master Chef Arirang yang ke-5 di penggal akan datang. Di sana nanti la dia berkenalan dengan pakwe-pakwe yang terpikat dengan dia. 


 
Seo Hyun Jin as Ha In Joo / Song Yeon Woo

Di dalam kapal cruise itu terdapat sorang lagi kanak-kanak yang sedang makan malam bersama maknya yang bernama Song Yeon Woo. Sebenarnya mak dia nak bunuh diri dengan terjun kapal di tengah lautan sebab mak dia kuciwa bila dapat tahu ada cancer tahap akhir. Jadi sebelum mak dia menghembuskan nafas nya yang terakhir, dia mahu meraikan nafas-nafas terakhir nya di dalam kapal mewah bersama anak nya.

Dipendekkan citer, anak ini telah disalah anggap oleh seorang isteri (yak itu mak kandung Go Joon Young) sebagai anak dia dan diberi nama Ha In Joo. Maka membesar la Song Yeon Woo sebagai Ha In Joo bersama-sama keluarga angkatnya. Haowever pakcik Ha yang merupakan seorang dokter tahu bahawa Song Yeon Woo itu  bukan anak kandung dia. Tapi disebabkan isteri dia yang telah mengalami kehilangan akal, sebab hilang anak masa dalam cruise, jadik dia bawak balik Song Yeon Woo dan suruh jadik anak beliau bernama Ha In Joo.

Dalam masa yang sama dokter Ha dengan senyap-senyap tidak putus asa untuk mencari anak kandung dia yang hilang itu tanpa pengetahuan isterinya yang merupakan Master Chef ke -4 restoren Arirang. 

Jika dihayati watak beliau ni, watak beliau yang paling mencabar sekali sebab :

1) terpaksa pura-pura berlakon jadik anak kandung

2) rasa takut dan tak selamat jika anak kandung sebenar dijumpai

3) maka timbul la rasa dengki dan iri hati kepada anak kandung itew yang merupakan saingan chef nya

Dalam ramai-ramai watak dia ni lah yang banyak tahu rahsia dan misteri dulu. Kadang geram dengan dia ni, kadang tu kesian pulak hehe


 
Jun In Hwa as Sung Do Hee

Kita ke watak mak pulak. Beliau seorang chef di Arirang dan begitu obsess dan komited dengan kerjaya chef nya. Beliau la pemenang Master Chef Arirang yang ke-4. Dia punya workaholic terhadap kerjayanya sehingga mengabaikan suami nya di rumah. Suami nya itu ialah dokter Ha.

Suaminya cakap "Aku mahukan isteri di rumah, bukannya Master Chef. Sekarang aku akan ceraikan kau"

Disebabkan terabai maka suaminya itu pon bermain kayu tiga dan mengugut mahu menceraikan makcik Sung ini dan akan mewar-warkan hal perceraian mereka kepada wartawan kolum gossip. Bila dapat tahu akan diceraikan dan masuk kolum gossip, makcik Sung merayu kepada suami nya agar tidak memalukan dia sebab dia baru saja menang title Master Chef ke-4 Arirang.

Di sini lah titik permulaan tragedi Oktober, tragedi kehilangan anak. Makcik Sung tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan diceraikan dan wartawan semua tahu sebab selama ini dia begitu menjaga status dan kerjayanya sebagai seorang chef yang dihormati. Walhal dalam masa yang sama dia ada masalah rumahtangga yang kronik.

Makcik Sung bertindak mahu bunuh diri dengan kelar tangan nya. Kemdian anak nya pula nampak mak dia bunuh diri, maka anak itu sedih dan keluar bilik merayau-rayau tiada hala tuju sambil menangis. Masa ni mereka berada di dalam kapal cruise sempena sambut besday anak perempuan mereka dan juga meraikan kemenangan makcik Sung menang Master Chef ke-4 Arirang.

Mungkin ajal belom tiba, makcik Sung tidak mati tapi hilang ingatan. Dia pun mencari-cari anak dia di dalam kapal tetapi tidak ketemui.

Dipendekkan citer, dia jumpa dengan sorang budak Song Yeon Woo ni yang dianggap anak kandung dia Ha In Jo. Dia pon bela la Ha In Joo ini sampai besar dan train dia jadik chef jugak untuk menggantikan diri dia di Arirang satu hari nanti. 


 
Kim Bo Yun as Baek Seol Hee

Watak mak yang seterusnya. Watak mak-mak ni penting sebab mereka adalah rival musuh ketat dalam ini citer. Bermusuhan selama 22 tahun. Walaupun bermusuhan tapi mereka tetap menten professional.

Tapi dalam hati dia "Kau tunggu Sung Do Hee kau tunggu. Aku akan balas dendam di atas kekalahan aku dan kematian anak aku. Awas kamu"

Nama panggilan dia ialah Presiden Baek. Walaupun nama dia Baek tapi dia tidak la sebaik namanya sebab dalam hati nya tersemat dendam.

Di hari pertandingan masak 22 tahun lepas, sorang anak lelaki beliau mati. Dia ada 2 orang anak lelaki. Mati sewaktu dia sedang di dalam pertandingan. Dan sehingga hari ini dia tetap menyalahkan makcik Sung Do Hee yang menyebabkan kematian anak lelakinya itu dan bukan salahnya yang taksub sangat nak jadik Master Chef ke-4 Arirang.

However dia ada bukak restoren sendiri yang diberi nama Sanare, yang merupakan pesaing kepada Arirang.

Ekspressi watak yang mengkagumkan saya ialah watak makcik Baek ni. Dia berhidup di dalam dendam dan stress. Makan dalam. Luaran dia buat-buat ceria dan baek hati. Anak lelaki dia sendiri tak suka dengan dia dan mereka saling bermusuhan. Anak lelaki dia menyalahkan mak dia yang menyebabkan abang dia mati. 


 

Joo Sang Wook as Choi Jae Ha

Hero pertama. Mula-mula ingat nak tengok dia berkapel dengan Sung Yuri.

Watak dia biasa-biasa saja sebagai pegawai Kerajaan yang terlibat di dalam exhibition yang melibatkan makanan tradisional Korea. Dan ini ada kaitan nya dengan Arirang. Nenek dia merupakan Master Chef otai di Arirang. Jadi secara tidak langsung dia juga tolong promot Arirang untuk ke peringkat seterusnya yak itu peringkat antarabangsa.

Beliau hero pertama yang berjumpa dengan Go Joon Young dan jatuh hati kepada nya. Dan Go Joon Young pon suka terhadapnya. However, dia sangkakan panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Cintanya putus di tengah jalan sebab tidak mendapat restu nenek nya dan beberapa individu lain. Ingatkan dia akan buang keluarga kerna kekasih ku turutkan, tetapi skrip telah menentukan sebaliknya. Dengar khabar para peminat mahu Go Joon Young berakhir dengan hero yang seorang lagi. 



 
Lee Sang Woo as Kim Do Yoon

Beliau merupakan anak kepada Presiden Baek. Beliau sangat amarah kepada omma nya sebab menyebabkan abang dia mati. Yang paling dia geram sangat ialah mak dia tidak mahu mengaku akan kesalahan itu dan asek menyalahkan orang lain. Disebabkan itu, dia dengan mak dia tak sebulu walau pon bulu roma lebih kurang sama dan rambut sama hitam. Dia juga tidak suka cara mak dia nak kontrol hidupnya.

Dia ni yang paling banyak misteri dan rahasia dalam drama ni. Lepas satu, satu. Watak beliau dalam ni cool, macho dan tak banyak cakap. Pendiam orangnya. Sesuai di buat menantu hehehe

Saya kureng sikit dengan dia ni sebelum-sebelum ni. Penah tengok 2-3 drama beliau. Watak dia selalu bawak watak sampingan. Namun kali ini segalanya berubah. Sekali air bah, sekali hati waiem berubah. Kekeke



Cameo Celebrety Chef Edward Kwon yang telah bertandang ke Kuala Lumpur baru-baru ini untuk promosi rancangan masak.

Rasanya dia ni yang ajar para pelakon masak kot.
 
Kalau nak tahu apa misteri dan rahsia dalam drama ni, saksikan la drama ni. Walaupun panjang 32 episode tapi rasa macam tak lembab.

Tambahan diselang seli dengan suara lunak Lee Sung Chul. Peh gandingan yang mantop.

Antara OST nya :





2.  Sad Love – Lee Jung (ciptaan Junho 2PM & Kim So Eun - terer jugak awek ni tulis lirik) 


No comments:

Post a Comment