Tuesday, January 10, 2012

Happy besday Mak




Selamat hari ulangtahun kelahiran buat Emak tercinta Puan Fuziah binti Othman yang ke 64 tahun pada hari ini. Sehari awal dengan besday Siti Nurhaliza hehehe

Semoga Mak diberi kesihatan yang baik sentiasa agar tenang dan nyaman melakukan ibadah-ibadah seharian.

Semoga Mak dilimpahi rahmat dan dilindungi Allah sentiasa.

Semoga Mak sentiasa happy dengan kehidupan seharian.

Lepas dah jadik Mak ni baru tahu lebih erti pengorbanan seorang Mak terhadap anaknya dahulu dengan lebih mendalam.

Mak saya antara Mak yang volunteer nak duduk rumah orang tua-tua sebab tak mahu menyusahkan anak-anak katanya.

Mak cakap "Nanti Mak dah tua korang hantar mak dok umah orang tua-tua. Tapi carik rumah orang tua-tua yang 5 bintang. Kalau korang senang bila-bila boleh jengok Mak. Mak nak beribadah pon senang. Kawan-kawan pon ramai. Duduk dengan anak-anak nanti terkecik hati. Kalau Mak kecik hati anak akan berdosa. Lebih baik korang hantar Mak kat rumah orang tua-tua"

Begitu tinggi dan besar pengorbanan seorang Mak yang tidak mahu anaknya mendapat dosa sebab mengecikkan hati Mak nya.

Alahai Mak, ai luv you very strong

Selepas membaca artikel yang sungguh menginsafkan INI saya telah tidak lagi mengeluh atau memberi 1001 alasan di atas segala kemahuan dan kehendak Mak.

Kalau dulu salu bagi banyak alasan. Penat lah, nanti-nanti lah dan sebagai nya. Kini segala apa kehendak dan kemahuan Mak akan cuba saya tunaikan janji Mak happy (tapi tak termasuk hantar Mak kat rumah orang tua-tua tu la hehehe). Sebelum Mak pergi dari sisi saya selamanya. Agar saya tidak menjadik anak durhaka dan menyesal dikemdian hari.

No comments:

Post a Comment