Friday, December 16, 2011

Kasih Seth Tan yang suci




Novel ini telah dibikin drama dengan judul Nora Elena, bagi yang kurang tahu. Disebabkan drama nya meletop-meletop kata nya dan saya pon tak sempat nak menonton drama (Main taim Magrib macam mana nak tengok. Tak baik melambat-lambatkan solat. Cewah), maka saya pon membeli novel nya untuk mengetahui apa kah jalan citer sebenar novel ini. Curiga juga nak tahu jalan citer nya. Semua orang dok citer Nora Elena, Nora Elena, Nora...Nora...Nora. Lapan lagi

Siapa kah ini Nora? Mejistret? Loyar? Ahlil Mujik?

Watak Nora yang paling femes yang saya kenal ialah Nora anak Pak Maun dalam Nasib Do Re Mi. 

"Kalau Nora tak datang, dengan Tok Bomoh, dengan kau pat orang aku lipat. Pat pat siku lipat" kata Komeng bos samseng.

Watak hero "Seth Tan" telah dilakonkan oleh Aaron Aziz manakala watak "Nora Elana" telah dilakonkan oleh Siti Saleha di dalam drama tersebut.


Pertama-tamanya saya moskel juga kenapa watak hero nama "Seth Tan"? Sebab bukan apa, Seth Tan kalu kita sebut laju-laju akan jadik setan. *Dekat dekat dengan negeri setan* Adakah penulis saja letak nama ini atau penulis ada kuch kuch hota hey dengan pemuda cina bernama Seth Tan ini suatu ketika dulu dan nama itu diabadikan di dalam novelnya? Atau adakah watak Seth Tan ini ada iras-iras perangai setan yang memang setan sebab merogol budak sekolah? Atau adakah ianya hanya kebetolan bukan suratan yang tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati? 

Kenapa bukan Seth Lim atau Seth Wong atau Seth Choi atau Seth Kang?

Hanya Puan Meen Zulaikha saja yang tahu. 

Lagi satu, masa saya dapat tahu bahawa penulis novel ini ialah Meen Zulaikha, saya terus terbayang Meen Zuleyka, editor majalah Media Hiburan itu. Rupa nya lain orang. 

Berbalik pada intipati novel ini. Kisahnya begini. 

Nora Elena ini telah diperkosa oleh seorang malaon yang memakai topeng ski sewaktu berusia 15 tahun di kampungnya. Kemdian 10 tahun pun berlalu. Kini di usia 25 tahun Nora Elena bakal berkahwin dengan tunangan nya yang bernama Saiful Idham. Lagi 3 minggu saja lagi majlis perkahwinan mereka akan berlangsung. 

Tiba-tiba ... *bekground muzik petir sabung menyabung* ... pada satu hari Saiful Idham menerima satu panggilan telefon misteri dari private number yang memberi info bahawa Nora Elena, tunangnya sudah tiada dara lagi. 

"Kalau tak caya, tanya dia" kata si pemanggil telefon itu. 

Saiful Idham lantas mengajukan soklan itu kepada Nora Elena. Saiful berharap berita itu tidak benar dan hanya rekaan semata-mata. Bagaimanapun Nora menangis dan tidak menafikan berita itu. Terasa ego lelaki nya telah tercalar dan marah dengan Nora Elena kerana menipu, Saiful lantas bertindak memutuskan pertunangan tanpa menoleh ke belakang lagi. Pada hematnya, dia seorang yang teruna yang suci, bersih lagi tulin mana mungkin boleh berkahwin dengan gadis yang telah di tebuk oleh sekor tupai yang liar. Dia tidak sanggup memperisterikan wanita yang seken hen. *bek ground muzik...ada sekor anak tupai dale dule mokte*

Maka putus la ikatan pertunangan di antara Nora Elena dan Saiful Idham. Tapi lepas tu Saiful Idham macam gila talak la pulak. Mahu kembali semula kepada Nora Elena kerana Saiful baru sedar cinta nya terhadap Nora Elena adalah tulus ikhlas. Cinta yang sebenarnya benarnya. Bukan cinta di atas kertas atau cinta kerna paras dan rupa atau cinta mukubuku yang banyak persoalan di minda. Tatapi cinta sejati lagi murni. Cinta yang direstui oleh orang tua kedua belah pihak. Paling penting restu ibu bapa jika mahu berumah tangga. Cinta yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cinta yang sikit je lagi akan diijab kabulkan oleh tok kadi.

Tapi bagus juga putus sekarang dari putus selepas bernikah. Bergegar arasy. Setan pon akan gelak guling guling.

Macam ni la orang jantan. Baru kena uji sikit dah gelabah telo dan buat keputusan terburu-buru. Nak yang perfect je. Pirahh. Sapa pompuan dalam dunia ni yang minta dirogol. Tapi zaman sekarang ni mungkin ada segelintir wanita yang rela kena rogol especially dengan awang hitam sebab power katanya. Aiyah mak geli yew bila membaca khabar berita sedemikian.

Berbalik pada kisah Nora. Lagi 3 minggu majlis Nora Elena akan berlangsung. Kad jemputan semua sudah diedarkan. Ibu Nora pula masuk hospital selepas Saiful Idham memutuskan pertunangan akibat tokojut.

Apakah yang harus dilakukan? 

Seth Tan versi waiem...kekeke


Nak dijadikan citer, adalah sorang mamat cina ni sukarela untuk menggantikan tempat Saiful Idham. Sanggup memeluk Islam, sanggup menyunatkan diri dan sanggup berkahwin dengan Nora Elena jika Nora bersetuju menerima nya. Dan mamat itu ialah Seth Tan. Seorang mamat yang hengsem lagi kaya. Profession sebagai bos kepada Saiful Idham. 

Disebabkan tidak mahu keluarga mendapat malu kalu last minit batal majlis perkahwinan, maka Nora Elena pon menerima tawaran Seth Tan dengan terpaksa rela. Maka berkahwin la mereka berdua, Nora Elena dan Muhammad Seth Tan bin Abdullah. 

Dipendekkan citer, bagaimanakah perasaan Nora Elena bila dapat tahu bahawasanya Seth Tan lah malaon yang telah merogolnya 10 tahun dolu?

Seth Tan la yang telah meragut kehormatan nya. Mari kita cekik dia. 

Oleh itu anda baca lah sendiri novel ini. Pasti mengundang ayor mata. 

Ada satu adegan di mana ayor mata saya telah jatuh dengan tidak sengaja. Adegan di mana Nora Elena mendapat tahu bahawa suaminya itu yang telah merogolnya 10 tahun dulu dan pada ketika itu Nora sedang hamil 3 minggu. Ketahui la Nora sekarang bahawa suaminya itu sukarela nak kawin dengan dia sebab ada udang di sebalik kuey tiaw kerang. Seth Tan mengahwini nya sebab ingin menebus dosa nya merogol Nora dan Nora berasa sangat geram sebab dia terpaksa menolak cinta Saiful Idham, bekas tunang yang amat dicintainya itu. 

Yang saya sangat sedih ialah, sepanjang tempoh mengandung 9 bulan Nora Elena membenci suaminya itu. Dia turut berkata dia amat benci akan anak itu dan mahu menggugurkan kandungan itu. Nora juga akan menuntut cerai selepas melahirkan anak. 

Walupun citer dia berakhir dengan happy ending, tapi kita sambung kan citer sikit lagi. 

Apa yang saya terkilan sangat dalam citer ini ialah penulis menerbitkan perasaan negatif iaitu dendam dan benci dalam diri Nora kepada suami selama 9 bulan ketika mengandung. Sampai bersalin sebenarnya. 9 bulan lebih membenci suami? Aigooo...chomeng arrr

Sebab teringat diri sendiri sewaktu mengandung. Perkara pertama yang cuba dielakkan ialah membenci orang. Takut anak yang bakal lahir akan ikut peel mak dia suka membenci. 

Tahu lah suaminya bersalah sebab merogol dia 10 tahun dahulu tapi suami itu telah meminta maaf berkali kali. Cuma Nora Elena tidak mahu berfikir secara rasional dan tidak mahu berpijak di bumi yang nyata. Dan si Nora ni dia tak de ke membaca buku tentang hubungan perasaan dan emosi ibu dan anak sewaktu hamil. Anak itu tidak bersalah pon. 

Ada kemungkinan besar anak yang dalam kandungan itu juga akan benci pada bapa nya iaitu Seth Tan bila besar nanti. Mungkin juga anak Nora akan benci Nora sebab Nora mengandungkan anak itu dengan perasaan negatif yang menebal. Tak mustahil jika satu hari nanti anak itu akan hantar mak bapak dia ke rumah orang tua-tua sebab rasa benci pada ibu dan bapa dia dan malas nak jaga mak bapak dia. 

Jangan bila anak kau dah besar derhaka dengan kau, kau nak salahkan anak kau Nora. Masa itu sudah terlambat Nora. Tiada guna nya kau nak menyesal. 

Aku suruh Komeng kidnep anak ko lagi nanti baru ko tahu.

Hahaha tertiba hangin pulak dengan si Nora ni. 

Mohon dibuat filem pulak novel ini. Kali ini tamau Aaron Aziz jadik Seth Tan. Mungkin boleh cuba Aaron Kwok pulak. 


"Wa no hal kalo nak suruh jadik hero. Hoyehh..aduhai nye pun"

Ok nak layan drama nya pulak. Bye.

No comments:

Post a Comment