Thursday, December 01, 2011

Info kicap & cream cheese


Lupa nak citer mengenai kicap manis kegemaran saya ini. Sekarang ni dah tak jadik kegemaran sebab terlalu mahal dan ada pilihan lain yang lebih harga patut. Tapi kalu jupe tempat lain yang harga murah beli jugak la kicap ni. Kicap peberet la kata kan. Minta-mintak bukan kicap tiruan sebab murah.



Hujung minggu lepas saya dapat mengesan 3 harga kicap yang berbeza di 3 buah lokasi. Bagi penggemar kicap ini pasti tahu harga nya berapa kan? Yang botol kecik tu.

Harga yang terprint di label kicap ialah RM5.80 ya sedara sedari.

Maka dengan ini saya maklumkan harga ditempat lain yang telah saya survey. Apa kata survey...

1. Giant. Lokasi yang saya pergi ialah Giant Setiawangsa yang dekat Petronas iteww. Harga sebetol RM5.79. Murah 1 sen. Bila round figure jadik RM5.80 jugak. Ampeh nye Giant. Tak ikhlas langsung nak bagi diskon.

2. Kedai 99. Lokasi yang saya pergi ialah di Jelatek. Jelatek Walk ke hapa nama nya. Yang sebelah dia stesen Petronas jugak. Yang ada banyak restoren Arab kat situ. Alah yang tepi jalan tu. Harga sebotol RM4.80. Diskon singgit. Ekceli barang-barang kat kedai 99 ni agak murah kalu banding dengan Giant, Kepor dan Tesco.

3. Kedai 1Malaysia. Lokasi di Wangsa Maju. Sekarang ni ambe main kat area-area Wangsa saja tapi tak termasuk Terong Titiwangsa yek kekeke. Ok harga kicap habhal manis yang ditawarkan di sini ialah RM3.80. Very der diskon RM2.

Giant memang cekik darah sekarang ni. Bukan takat kicap saja mahal, tapi cream cheese dia jua mahal.

Tatura cream cheese, kat Mydin RM7.00, kat Giant RM7.50. Sama size, sama ropanya.

Sekian info kicap dan cream cheese untuk hari ini. Nanti kita share info lain pulak kalu ada dijumpai nya adoi.

No comments:

Post a Comment