Ok siap. Seterusnya kita ke episode derama yang hot ini hehehe. Kali ni saya menonton nya dengan menggunakan sarikata dari seberang. Gigih peminat k-drama seberang membuat terjemahan ke bahasa Indonesia.
Secara amnya drama ini berkisar mengenai pihak maritim yakni pihak berkuasa di dalam bidang kelautan untuk menjaga keamanan laut mereka dari diceroboh penjenayah yang menggunakan modus operandi di lautan untuk menyeludup, melanun dan sebagainya.
Ikan di laut, asam di darat, di dalam kuali bertemu juga. Begitu la berumpamaan yang boleh digunakan. Penjenayah di laut, polis maritim di darat, di balai polis mereka bertemu jua. Hik hik.
Mereka tertipu oleh lantai-lantai itu semua. Lain yang hendak di tangkap, lain yang mereka jumpai
Suspek utama atau bajingan dalam ini cerita ialah Choe Hui Gon
Pihak polis ber-miting untuk mengenal pasti kasus-kasus / kes-kes yang gagal ditangani oleh penjaga pantai.
Bajingan telah dikesan berada di dalam sebuah kapal. Pihak maritim dengan bantuan agen rahasia (SSAT) yang ada mamat hengsem tu bergegas menuju ke kawasan perairan itu. Tapi ada masalah sebab kapal itu telah masuk ke perairan internasional. Jadik mereka tidak boleh semberono masuk menggunakan kekerasan
Tapi pokcik ni degil nak jugak serang kapal itu sebab dia yakin dan pasti bajingan itu berada di dalam kapal lanun itu.
"Jika kita kehilangan bajingan itu kali ini, siap la korang. Arassoooo?!"
Di tepi pantai yang lain pula, kelihatan 3 orang mamat ni sedang mencuci mata melihat aweks-aweks berbikini ditepi pantai yang mereka rasakan seperti berada di dalam sorga.
"Wow, bukan main. Ini adalah sorga! Sorga!!" jerit mereka
*Sorga ada didepan mu. Depan mu. Neraka di belakang mu. Belakang mu. Belakang mu* petikan lagu Hetty Koes Endang
"Kenalkan nama saya Perwira Gim Seon U"
Pertemuan kali pertama mereka ditepi pantai
Dipendekkan citer, ada sebuah kapal lanun lagi yang membawa barang-barang ilegal yang harus di serbu. Dengan wewenang (authority seperti yang terjemah oleh miloais di ruang komen) yang mereka ada, mereka pon menyerbu kapal lanun itu
"Ini apa ni gamba orang-orang ni?"
"Ini bukan orang pokcik, ni mambang. Eh ni gamba tatu pokcik"
Tatu ini yang menjadik misteri rumah tua di dalam drama ini. Salah sorang lanun itu mempunyai tatu gamba ini di belakang badan mereka yang mana telah mengkasimakan Perwira Gim itu.
Ada sorang aweks kena bunuh dan di dada perempuan itu dicop tatu gamba naga itu
Awek ini citer kat kawan dia mengenai mamat yang dia jumpa di tepi pantai tempohari. Dia begitu jijik melihat lelaki yang seperti itu. Macam bagus dan perasan hengsem
Dipendekkan citer lagi, mamat ni sapa Perwira Gim. Mungkin mereka sobat lama. Tapi Perwira Gim tidak mahu bersalaman dengan mamat SSAT ini. Perwira Gim ni kekwat sikit. Mungkin ada rahasia di antara mereka berdua yang akan kita ketahui di dalam epsiode akan datang.
"Brengsek lho. Hati-hati angkat"
Satu lagi kes jenayah akan mahu dibenteras yakni penyeludupan senjata api. Yang tak larat ketua mafia dia macam kenal. Tapi di mana ya? Kekeke
Investigasi yang seksi
Terkasima melihat kepala seksi
Kepala seksi yang cool dan macho tapi tak seksi. Peh
Member tu sound adalah lebih baik jika ko jangan pakai baju tu. Dengan arti kata lain baik ko letak jawatan dari jadik polis. Mungkin ada citer disebaliknya.
Pihak kantor pusat dah keluar arahan untuk tangkap Perwira Gim itu. Kenapa kah? Kita tengok pulak episode 2
Bila masa Zizan Hantu Boceng buat plastik surgeri dan berlakon dalam derama ni? Ahaks
Bagi menjawab pertanyaan di chat box
1. Mana nak donlot citer ni?
Kat SINI yach
2. Citer ni sarikata Malay kah? Kat mana nak tengok?
Cite ni ada pelbagai sarikata. English, Thai, Indonesia, Perancis. Siapa yang donlot boleh pilih nak sarikata apa. Kali ni saya nak tengok k-drama guna sarikata Indon. Kalau nak tengok online rasanya kena search website kat Indonesia la kot.
No comments:
Post a Comment