Monday, October 24, 2011

Ada apa pada nama



Tajuk Tanya lah Ustaz pagi tadi ialah Nama. Ada apa pada nama. Baru dapat gambaran yang jelas mengenai "nama diberi" dan "nama dipanggil."

Ustaz yang bertugas pagi tadi ialah Ustaz Harun Din.

Sangat penting "Nama" itu bagi Muslim dan Muslimah. Dan tanggungjawab memberi nama yang baik kepada anak ialah ayah/abah/bapak/appa/ aboji.

Sungguh berat tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar ayah ni kan. Dosa binik dia tanggung. Dosa anak perempuan dia tanggung. Kalu lelaki yang ada lebih dari satu binik macam mana agaknya. Kalau binik-binik nya itu stok-stok Ustazah Pilihan, Alhamdulillah. Kalau binik-biniknya itu pula dalam kategori Bini-bini Ku Gangster, ha jawab le kome nanti.

Diringkaskan citer, poligami bukan sekadar syiok kawin lebih dari satu tapi pikir jugak nak menanggung dosa binik-binik dan anak perempuan sekiranya mereka tidak mengikut ciri-ciri wanita solehah.

Bila ingat balik diri masa di zaman remaja memberontak dulu (hik), selepas baligh, kesian kat ayah. Susah payah nak membesarkan anak, nak kena tanggung dosa anak lagi sebab dapat anak yang berciri-ciri anak durhaka. *sedeyyyyy*

 
Makanya sekarang ini ambe sedang berusaha memperbaiki diri supaya cik asben tak kena tempias dosa yang ambe lakukan samada sengaja ataupun tidak. Terutama yang melibatkan bab aurat. Belom sempurna lagi penampilan diri ini. Mohon dipermudahkan ya Allah. Amin.

Ok berbalik pada kisah Nama, menurut Ustaz nama yang akan dipanggil semasa di akhirat kelak ialah nama yang dipanggil seharian. Contoh nama diberi ialah Muhammad Yusuf bin Abdullah. Kemdian bapa nya men-short form kan panggil anaknya dengan nama glamer Boboi di rumah. Hingga la Boboi besar tetap dipanggil Boboi oleh ahli keluarga dan juga kengkawan dia.

Dipendekkan citer jika Boboi ini masuk syurga kelak, jika dia malu dengan nama "Boboi" dia akan carik ayah nya hingga dapat dan tanya kenapa panggil nama dia dengan nama Boboi. Samada Boboi akan menangis atau meraung suruh tukar nama, wallaua'lam.

Begitu juga kalu panggil nama anak Along, Angah, Ucu dan sebagainya. Nama Along, Angah itu lah yang akan dipanggil di akhirat kelak.

Oleh yang demikian, panggil la nama anak dengan nama yang penuh sebab nama adalah doa.

Macam saya nama penuh saya tiada makna. Tapi nama tak penuh ada banyak versi. Tatau akan dipanggil dengan nama apa nanti. Adoyaiii. Nerves jugak ni. Atau nak angkat sumpah tukar nama lain? Ada terpikir jugak ni.

Esok pagi sambung Part 2.

Seterusnya, besok malam pula dalam rancangan HALAQAH di TV9 jam 10 malam dengan tajuk "Mariam binti Imran". Menarik betol tajuk dia ni. Jangan lupa saksikan.




Doa dan harapan besar ayah dan bonda di zaman yang serba canggih dan zaman orang ramai tak takut dengan Allah ini, agar anakanda Maryam binti Noor Azizan ini akan mem-folo kelakuan, sifat dan perangai seperti mana Maryam binti Imran. Amin Ya Allah.

P/S : Seremmm tengok gejala sosial sekarang ni. Nanti akan datang zaman remaja Maryam macam mana pulak ropa bala gejala sosial nya. Ntah ambe hidup lagi ke tidak. Waduh. *Mode sayu memikior masa depan*

No comments:

Post a Comment