Wednesday, July 13, 2011

Kisah ku dan avocado








Tahukah anda bahawasanya avocado mempunyai banyak khasiat?

Tahukah anda bahawasanya avocado dapat membantu mengurangkan berat badan atau dengan kata lain kita boleh selim dengan amalkan makan avocado setiap hari?

Tahukah anda bahawasanya avocado boleh mencegah barah payudara? (Dengan izin Allah)

Ya semua nya berlaku dengan izin dari Allah SWT.

Allah menjadikkan nya berkhasiat untuk kita nikmati tanpa ragu dan curiga.

Dah saya dapat mengenali bendalah ini juga dengan izin Allah. Dapat petunjuk dari Allah suruh makan buah ni sebab ianya banyak khasiat.

"Aku dah bagi hint kat kau suruh makan buah ni tapi kau tak mahu"

Mungkin itu kata-kata Allah pada saya jika saya terus buat dek di atas petunjuk nya ini.

Sebelum ni saya memang tak berapa nak tahu pasal buah avocado ni. Kalau tahu pon sikit je. Buah ni ada dijadikkan pencuci muka oleh Eversoft sebab penah pakai dulu taim sekolah.





Kemdian sewaktu pergi Indonesia dulu, buah ini femes dijadikan jus dengan nama jus alpukat. Sapa pergi sana memang harus minum jus ni. Sebab katanya avocado murah dan senang dapat di sana. Disebab kan senang dapat dan murah maka ianya dijadikan jus. Selain itu avocado juga dijadikan masker badan di sana. Yang ni pon saya pernah alami jua. Kena lumur satu badan dengan masker alpukat yew. Pehh rasa segar dan nyaman selepas itu.

Murah dan senang dapat saje yang tahu. Tapi khasiat nya tidak berapa ditekan sangat. So kita pon abaikan je la buah ni bila balik ke sini semula. 

Itu kejadian 5-6 tahun yang lampau. 

Tapi kini entah macam mana alpukat aka avocado ini kembali menyinari hidup ku ini. Kehadiran nya telah membawa 1001 macam persona dan bintang. Daku rasa terpempen sebentar. Waduh.

Hahaha

*Ini lah buah yang kita carik selama ni tuan direkter*

Penemuannya bukan lah mudah. Beli kali ke-3 baru dapat buah yang elok, molek segar, bugar dan tidak mengecewakan. Hampir-hampir dah nak putus asa dengan pembelian avocado ini. Tipah tertipu uols. Beli 10 hengget 2 bijik, balik umah buah busuk. Terbako 10 hengget sekelip mata. Hati awok pon terbako jugak. Nasib baik awok tak bako kedai buah tu. 

Begini kisahnya. 

Pada satu hari macam biasa saya akan jengah-jengah blog masakan bila sedang berpuasa. Puasa ganti. Dan terjumpa lah dengan resepi jus avocado yang nampak begitu menggiurkan bila taim kita tengah puasa. 

Apalagi semangat pun membuak-buak hendak minum jus avocado ni untuk buka puasa. 

Pencarian avocado pon bermula. Ingat nak singgah Giant USJ. Sekali alamak dah tutup daa. Lepas ambe beranak Giant USJ telah mengambil keputusan tutup yek. Mungkin sebab regular kastemer lama tak datang kot (sebab tengah berpantang). Kekeke. Kemudian singgah pasar segar depan Mydin tu. Jumpa avocado. Mak aiii rege sebijik avocado RM4.90. Pilih punya pilih, dengan tiada pengalaman membeli avocado yang macam mana elok beli, saya pon mengambil 2 bijik avocado dengan perasaan yang girang. 

"Yay malam ni boleh minum jus avocado"

Balik umah kupas buah, yang ku dapat hanya lah HAMPA. Se-hampa lagu Toki. 

"Akuuuu hanya insan biasa. Lemah pada rayuan manjaaaaa"

Lirik lagu tiada kaitan langsung dengan situasi. Kekeke

Dua-dua buah busuk. Siap ada kulat lagi. Huwaaaa. 

"Besok kita mintak ganti rugi la. Tunjuk dia buah ni" kata mak ambe yang kesian melihat ambe yang duka nestapa akibat 2 bijik avocado 10 hengget yang busuk.

Tapi tak pegi pon. Wiken dah ada kat umah nak patah balik USJ, rasa macam tak berbaloi plak. Anggap la tiada rezeki 10 hengget tu. 

Seterusnya Sabtu. Kejadian atas tu berlaku hari Jumaat malam. Hari Sabtu pula ke Carefour Shah Alam. Ada benda nak beli. Sambil menyelam minum air. Cari lagi sekali avocado. Dengan lafas Bismillah saya pon beli 2 bijik avocado yang Nampak nya macam ok dari sebelum ni. Warna kulit coklat kehitaman. Harga pon lebih kurang. RM9.80 untuk 2 bijik. 

Balik-balik kupas, isi nya warna coklat. Tanya kat mak, "Macam ni ke rupa alpukat masak mak?"

Mak dulu penah keje kat Indon. Jadi dia faham apa itu alpukat.


"Ye kot" jawapan mak ambe pon 50-50.

Tapi saya gigih juga blender isi avocado itu bersama susu cair dan sedikit air. Rasanya nggak enak langsung. Mak saya tak bagi minum. Takut efek kat baby nanti sebab baby sedang menyusu badan. 

*Sigh*

Lebur lagi duit aku 10 hengget dek penangan 2 bijik avocado nih. Yang sebijik lagi blom kupas. Ada dalam peti es. 

Semalam lunche time keluar gih Taipan USJ. Hajat di hati nak makan SUBWAY sebab dah bosan makan nasik tengahri. Sampai-sampai mak aii beratur panjang. Macam dah kat kedai Nasik Kandaq Beratuq daa. Terus kangsel. 

Singgah kedai ubat cina sebelah pulak. Tanya ada tak jual "Chia Seeds". Tak de. 

Apaaaa tak de??? Abis kat mana lagi ambe nak carik Chia Seeds ni? Dah nama Chia mesti la ada jual kat kedai cina kan. Hehe

Chia Seeds - satu lagi makanan yang penuh dengan keajaiban dan khasiat dalam bentuk bijik. Nanti la kita story pasal chia seeds lepas saya dapat bertemu dengan nya. 

Singgah pulak kedai roti Bakery Cottge yang berdekatan situ. Beli roti yang ada iras-iras roti Subway tu supaya tak kempunan. 

Dan nak dijadikan citer sebelah kedai roti itu ada kedai buah. Masuk la ke dalam kedai buah itew dengan perasaan yang berdebar-debar mencarik kelibat avocado kot-kot ada. Hahaha

Ada yew. Dan harga nya 4 bijik RM10 tertulis kat kotak. Ya Allah. Very der mur. Tengah ada offer. Dan rupa parasnya kelihatan berbeza dengan 4 bijik avocado yang saya beli terdahulu. Buah kiwi pon harga sebijik singgit. 

"Tengok Tuhan dah gantikan dengan yang murah. Besok pegi beli lagi" kata mak saya. 

Dan hasilnya malam tadi...tadaaaaaaaaaaaa.



pekat melikat


Antara khasiat avocado yang dipetik dari SINI

1. Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol. [Peh boleh kurus dengan makan avocado]

2. Katanya, buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya. [Yang ni saya paling teruja. Tak sabar nak bagi Maryam makan avocado bila usia nya dah cecah 6 bulan]

Lain-lain benefits / khasiat u oll gogel la sendirik. 

Akhir sekali saya ingin menyeru kepada kaum hawa di luar sana mari la kita amalkan makan buah avocado ni dalam diet kita. *ikut style Pak Jabit dalam Man Laksa*

Sebab avocado is good for prevention or treatment of breast cancer, katanya di sini. Bak kata pepatah, prevention is better than cure.

Insya Allah, dengan izin Allah. 

Bagi ibu-ibu yang sedang menyusu badan, mari la juga kita makan avocado ni agar khasiatnya dapat tempias ke anak kita. Agarnya kulitnya nanti cantik dan Bersih. Hehe

Sekarang ni kena makan barang-barang yang berkhasiat yang semulajadi sebab makan untuk 2 orang. Opsss bukan yang di dalam perut (belum lagi :P) tapi si kecik yang sedang menyusu badan. Seafood kena ban buat sementara waktu. Sedey gak la. Hehehe

 
Sekian kisah saya dan sebijik avocado. 

Peh terpanjang pulak. *Semput...semputtt*

1 comment: