Wednesday, March 23, 2011

Zon berjaga jaga


Jaga jaga Cik Salmah...hehehe

Kabare u oll semua? Semoga baik-baik dan sihat walafiat hendaknya ya.

Belom...belom bersalin lagi. Ingatkan hari tu masa dah cukup taim. Dah keluar darah bagai. Rupa nya belom masa. Tipah tertipu. 2 kali kena tanda-tanda palsu. Dokter cakap belom masa lagi baby nak keluar. Saspen saspen...

Minggu ni last keje. Minggu depan dah masuk zon berjaga jaga. Mintak-mintak biar la dia keluar tarikh 4/4 pat pat siku lipat. Jadik sedondon dengan besday mak dia 6/6...hehehe

Sebelum tu, sapa yang rajin beli majalah Pa & Ma ni, untuk edisi bulan April jangan ketinggalan beli sebab...

Jeng jeng...ada ter-enterprem sikit dalam tu...kekeke...masa pi kelas penyusuan susu ibu di Sarakids.

Sebenonya banyak nak citer, tetapi keadaan tidak mengizinkan. Tak mengizinkan sebab apa tau, selang setengah jam rasa nak buang air beso atau bahse saintifiknya berak. Aigooo very der tak larat. Selepas masuk ke semester ketiga ni, kekerapan buang air beso amat ketara sekali. Lepas makan nak buang. Asal lepas makan je nak buang, asal nak buang mesti lepas makan. Tu belom masuk kekerapan buang air kecil lagi tu, yang mana pasti akan dialami oleh ibu mengandung.

"Lama-lama tak de air aku nak buang jebat."

Masalah sembelit tak de langsung. Sapa ada sindrom macam saya ni sewaktu hamil? Angkat tangan macam saya...

Ni sewaktu 'rehesel' menetap di Hospital Selayang pada minggu ke -34. Sakit pinggang belakang yang amat. Kontraksi pra-matang katanya. Dapat 2 injeksen dan dokter tahan 3 hari 2 malam. Seken taim tido kat spital. Pertama sewaktu lahir dulu di hospital Sultanah Aminah JB dan keduanya di sini...hehehe

Unifom hospital berwarna pink. Ramai terkejut kenapa pilih Hospital Selayang? Kan jauh. Saya tak tahu kadar jauh tu depa lalu jalan mana dan menaiki motokar jenis apa.

"Kalau naik kereta sekejap je sampai Tuanku..." kata Belalang

Sebab we all dah riki, dari Shah Alam ke spital Selayang hanya mengambil masa 35 min dengn kadar kelajuan 80-100/km menaiki Myvi 1.0 manual berwarna ijo. Bayangkan kalau anda menaiki motokar ber-cc tinggi 1.5 atau 1.8 dan memecut dengan kelajuan 200/km. Lagi cepat dan pantas anda boleh tiba di spital Selayang kalu dari Shah Alam. Ni kita stori kalu dari Shah Alam saja.

Dari Shah Alam kalau nak ke Selayang anda boleh melalui NKVE terus lalu DUKE dan terus la Hospital Selayang tanpa perlu bersesak-sesak kecuali taim orang balik opis la. Mintak dijauhkan.

Persoalannya, kenapa ibu negeri Selangor yang maju ini tak de hospital gomen haa? Why? Why? Wae? Kui hei?

Sebenonya, kalau kategori spital gomen, pilihan jatuh pada spital Selayang sebab macam ada kimia gitu. Hehe. Kalau kategori spital swasta, pilihan dah ada di Shah Alam.

Takdir dan waktu saja yang menentukan samada sempat ke Hospital Selayang atau ke hospital swasta.

Setelah menetap di spital Selayang 3 hari 2 malam tempohari, saya amat berpuas hati dengan semua nya. Layanan dokter dan misi, suasana sekeliling, makanan, tempat solat, cukup puas hati malah lebih dari itu. Satu hari 4 kali makan.

Anakku,
Allah bersama mu
Allah melihat mu
Allah mengasihi mu
Semoga Allah merahmati dan melindungi mu

Kalau ada sumur di ladang, boleh kita berjumpa lagi ya. Kali ni berjumpa dengan suasana yang baru, Insya Allah.

Terima kasih di atas doa-doa kalian.

P/S : Kepada adik kakok, adik-adik, abang-abang, jangan lawan cakap mak. Jangan derhaka dengan mak. Penat, susah, sakit, tensen tau mengandung. Tak ketinggalan kena serang dengan biawak dan mengkarung masa tengah tido. Mintak nyawa (Rasain...cakap kat diri sendiri yang salu lawan cakap mak dulu...)

No comments:

Post a Comment