Monday, February 14, 2011

Susu ibu


Ehem. Bacaan umum, tidak terhad kepada peminat drama Korea saja. Kekeke

Hari Sabtu lepas saya telah menghadiri kelas teknik penyusuan susu ibu di Sarakids. Bagi yang bakal menimang cahaya mata yang pertama saya syorkan pegi la hadir ke kelas ini di tempat-tempat berhampiran anda jika ada. Ada yang sedang hamil anak kedua juga ada hadir kelas ini sebab masa anak pertama mereka tiada ilmu dan terlepas nak menyusukan bayi mereka dengan susu keramat yak itu susu ibu.

Saya pergi sebab saya konpius dan serabut baca penerangan dan komen-komen dalam website-website keibu-bapaan. Macam-macam versi ada. Dengan tulisan short fom, pening baca dek non. So pergi sebab nak dengar sendiri teknik-teknik dan cara-cara penyusuan susu ibu dan cara simpanan susu ibu mengikut turutan dari A hingga Z. Biasanya kalu dengar orang eksplen baru senang tangkap dan cepat masuk dalam pala otak kan.

Hasil nya, cukup berpuas hati, malah lebih dari itu. Nak beranak pon rasa konfiden sikit. Hehehe


Sarakids. Saya rasa ramai bakal ibu dan ibu-ibu sedia maklum akan nama ni kan? Ianya suatu tempat di mana tuan empunya kedai nya iaitu Puan Farah Farhan amat menyokong penyusuan susu ibu. Segalanya bermula dari pengalaman melahirkan anak pertama beliau di mana beliau gagal menyusukan anak pertama nya secara ekslusip selama 2 tahun. Kemudian timbul sedikit kekesalan sebab beliau tiada ilmu mengenai penyusuan susu ibu pada masa itu dan sejurus selepas dari itu beliau gigih dan tekad untuk menimba ilmu di dalam kursus susu ibu dan lantas menubuhkan Sarakids ini. Sekarang ni beliau ligat memberi ceramah di sana sini mengenai teknik penyusuan susu ibu.


 

Teknik-teknik breastfeeding di eksplen satu persatu. Termasuk lah tips "skin to skin contact" penerangan sejurus lepas bersalin, bayi itu jangan bagi mandi dulu. Terus bagi kat ibu untuk didakap dalam setengah jam atau lebih untuk bayi itu menghidu bau badan ibunya dan merasai puting breast ibu buat pertama kali. Yang ni kena request kat dokter tempat anda bersalin nanti.


 

Puan Farah (kanan) yang kelihatan seriyes sedang melayan tetamu. Kalau ada yang tak paham boleh tanya beliau.


 

Barang-barang bayi yang dijual di kedai selain boleh didapati secara online di http://www.sarakids.com/


Beberapa keratan akhbar dan majalah mengenai penglibatan Puan Farah di dalam arena breastfeeding.

Sarakids yang saya pergi ini bertempat di :

42-1, 1st. Floor, Jalan Opera L U2/L,
Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03 - 78475369

Anda boleh pergi sendiri kalu nak lihat barangan secara langsung jika tinggal berdekatan. Kalau nak register kelas boleh call sahaja dan bagi nama. Nanti depa akan call kita balik beritahu bila next class akan di adakan. Kelas bermula jam 9 pagi sampai 1 tengahri.

Bayaran :
Untuk sorang RM50
Kalau pegi laki bini RM80. Makanan pagi ada disediakan.

Paksa cik asben pegi sekali kalu boleh. Biar dia pun tahu juga kepentingan dan keberkatan jika anak dia diberi susu ibu dan supaya sama-sama bekerjasama bagi men-stor susu-susu yang telah diperah itew.

Apa yang penting kerjasama...dari suami.

Saya ada terbaca topik ibu-ibu yang mahu menyusukan anak dengan susu ibu banyak cabaran dan rintangannya.

Ada yang tak dapat sokongan suami, tak dapat sokongan keluarga terutama dari ibu sendiri atau ibu mertua yang penuh dengan adat istiadat zaman silam yang telah mereka guna pakai sewaktu membesarkan kita dengan susu lembu. Menjadik orang jugak kita. Masuk U jugak. Nak bangkang kang kena cop anak derhaka pulak sebab mereka terlebih dulu dah makan garam dan sebagainya.

Lepas tu tamat tempoh pantang, nak bagi kat pengasuh suruh bagi susu ibu, cabaran lain pula timbul. Ada pengasuh yang buang susu ibu yang telah dibekalkan sebab proses nak panaskan susu itu leceh dan remeh dan menyusahkan mereka.

Kalau susu ibu ini tak penting, tak de la Allah berfirman di dalam Quran kan.

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233)

Dan beberapa lagi surah Al-Quran mengenai susu ibu ini.

Ada yang telah berusaha namun gagal, semoga tabah. Masalah orang kita tak tahu kan.

Jadik berdoa la saja. Mudahan dipermudahkan segala urusan bagi yang bakal melalui pengalaman ini buat pertama kali seperti diriku ini.

No comments:

Post a Comment