Friday, January 14, 2011

Secret Garden - Episode 18


Yehaaaaa dah abis episode 18.

Shadap tak shadap drama ini dah nak abis. Sabtu & Ahad ni finale. Saspeng, saspeng.

Kalau Joo Won mati pon tak pe. Menyampah pulak tengok mak dia nih. Tak paham mak-mak orang kaya nih kan. Dah kaya nak menantu pon orang kaya. Kan elok harta yang banyak tu dikongsi dengan orang meskin. Jangan la kudukut. Baru la sharing is caring orang kata.

Ahjumaa oii, makcik dah lama berhidup dan tak lama lagi akan mati. Bagi la can anak makcik hidup dengan pasangan nya sendirik. Walaupun bakal menantu tu meskin hina tapi penuh dengan adab sopan dan tata susila, tau menghormati orang tua dan jaga nama baik keluarga. Tapi kalau bakal menantu tu suka pakai bikini tepi pantai, kena pikior la 2-3 kali sebelum dijadikkan menantu. Ye tak


Part ni mcm nak tergelak pon ada. Potong stim btol orang dah feel sedey tiba-tiba dia pose gitu plak...kekeke


Director Im yang terharu terus memeluk "Gil Ra Im"


Mak Joo Won sentap bila menyaksikan Joo Won di peluk oleh lelaki. Sangka nya anak lelaki beliau sudah berubah selera kepada kaum sejenis pulak. Andwey. Yang sebenonya Joo Won dan Ra Im lagi sekali terkena mejik dan bertukar badan.


Oska memarahi Joo Won sebab Joo Won memilih jalan singkat untuk membunh dirik

*Ros, ros singkat btol fikiran mu nak*


Sebelum mati Joo Won sempat menulis wasiat kepada Gil Ra Im dengan perasaan yang teramat sedey sekali.


Alkisah bapak Gil Ra Im ni ada menuntut ilmu sesat semasa hidup nya. Walaupun beliau dah mati tapi beliau masih mampu me-mejik-kan orang yang hidup. Kagum teman menengoknye


Akibat hasil kerja mejik bapak Gil Ra Im, Joo Won dah tak kenal sapa Gil Ra Im bila terjaga dari tidur pada keesokkan harinya.


Walaupun makcik ni menyampahkan tengok tapi suka tengok reben rambut dia tu...hehehe


Joo Won yang moskel mengajak Gil Ra Im tinggal bersama sebab dia nak kaji macam mana dia boleh suka kat Gil Ra Im dulu.

Tamat lah episode 18 ni. Dan di dalam episod ni boleh dengarkan suara lunak Hyun Bin menyanyikan OST berjudul "That Man" versi lelaki. Kalau versi pompuan nyanyian Baek Ji Young "That Woman"


Tak disangka-sangka sedap jugak sore mamat ni nyanyi

No comments:

Post a Comment