Thursday, December 16, 2010

Secret Garden - Episode 9


Sekarang mari kita lihat beberapa momen-momen suwit lagi kiyut yang ada dalam drama Korea, seperti mana yang dikomen oleh beberapa penonton drama Korea di entri bawah. Ambe amek contoh episode cite ni sebab baru lepas tengok hehe.

Scene-scene yang jarang dan tiada kedapatan selalunya dalam drama kita. Drama Korea memang cempian menonjolkan bab-bab kecik yang akan nampak suwit lagi kiyut dalam drama mereka yang akan buat penonton ingat sampai bila-bila. Berbanding dalam drama kita yang selalu ditonjolkan dan paling di ingati ialah *drum roll* ....rambut pelesu sapa paling kejung, mekap tidur sapa paling vogue, bulu mata pelesu sapa paling panjang dan tebal dan ter-latest bagi watak bertudung, "bonggol unta" sapa paling tinggi.

Saya berharap pihak produksi drama tempatan tolong la ya ambil kisah sikit mengenai "bonggol unta" ini. Gogel la sendiri hapa ke benda bonggol unta ni uols.

Dalam episod 9, Kim Joo Won dan Gil Ra Im telah pulih dan dapat kembali tubuh badan mereka. Tapi ke-konfiusan dan keajaiban terusan berlaku sebab dulu orang lain yang buat koje orang lain, contoh seperti tandatangan dokumen pejabat haha

Rumah miskin sudah nampak kaya. Eric Leong telah datang ke rumah dan mendekorasi rumah mereka haha. Dah cantik. Gil Ra Im tokojut bila melihat rumahnya yang telah di ubah suai

"Sepraissssssssss. Cantik tak? Cantik tak?" tanya Eric Leong kepada Gil Ra Im (tiba-tiba ada Eric Leong dalam ini gambar hiks)


Suka adegan ni. Haraboji buat coklatttttttt hahaha. Nampak tak mould coklat dia tu. Adik ipar dia dok mengadu yang "Kim Joo Won" menumbuk kastemer di shopping komplek dan sekarang berada di balai polis. Beliau juga mengadu Joo Won dah tukar signature dia. Haha


Joo Won pulang ke rumah dan mendapati password pintu telah bertukar kepada nombor besday Oska. Ini telah mendatang marah pada beliau. Untuk scene ni ambe tertarik dengan payung dia yang ber-kalerful. Mengingatkan pada scene bawah ni


Episod 4. Apa daa CEO banyak nye pen kaler-kaler nih


Stoking Oska di pakai oleh "Joo Won"


Suwit jugak ni. Enfon depa masih belom bertukar tangan. Gil Ra Im skodeng-skodeng henfon Joo Won sebelum nak pulang balik pada Joo Won dan terkasima bila nampak gambar dia ada dalam enpon Joo Won. Terasa bagai kuch kuch hota hei gitew



Ini pon tak larat jugak. "Mental game" kekeke. Yang duduk tengah nak copy sign baru CEO, manakala yang diri report CEO harini naik tangga pulak, dah tak naik lif.

"Apakah ini mental game alaf baru yang dimainkan oleh Joo Won?" mereka gusar


CEO sebenar hangin bila lihat dokumen ofis semua telah di sign

"Kenapa kau tak tahan aku dari sign semua dokumen nih? Wae? Wae?"



"Oh saya ingat tuan telah tukar tandatangan baru yang lebih cantik dan stailo. Siap ada heart lagik" balas PA nya itu



Kekeke...tandatangan baru



Di rumah Gil Ra Im pula. Gil Ra Im tokojut bila lihat kalender wajah idola kesayangan beliau di conteng. Episod ni banyak adegan tokojut


Dan dia dengan moskel tanya "Eh sapa yang buat ni?

Kawan dia pun berkata "Kura-kura dalam perahu. Purak-purak tak tahu pulak dia"

Bersambung...

Sangat tak saba nak tahu ending drama ini. Adakah mereka di alam mimpi atau alam fantasi atau alam realiti atau 2 alam ampat puluh juta?

No comments:

Post a Comment