Salam Isnin yang biru lagi mim alif lam sim nak masuk opis.
Pagi semalam saya ke Pasar Tani di Stadium Shah Alam. Dari rumah dah bajet nak makan roti canai. Roti canai yang penebarnya terdiri dari orang kita. Minggu lepas dah nampak ada gerai jual roti canai di Pasar Tani. Tiap-tiap minggu pegi pasar tani. Macam-macam ada. Kalau pandai tawar menawar barang dapat la rege mur-mur.
Kalau roti canai mamak, saya macam geleman sikit nak makan. Walaupun terasa sungguh nak makan roti canai, tapi ku tahan jebat. Nak yang orang kita buat jugak. Dan alhamdullilah di Shah Alam kedapatan beberapa gerai roti canai yang penebarnya terdiri orang kita.
Sesampai di tempat lokasi saya terus mencari gerai roti canai idaman seorang diri. Manakala cik asben meneman makcik saya pergi beli barang. Malas nak ikut mereka sebab dalam pala otak asik nak makan roti canai, roti canai, roti canai, roti canai. Lapan lagi.
Saya pon oder roti telur kesukaan saya. Owh sungguh lazat sekali rupa parasnya.
Sedang menguyah roti telur yang enak itu dengan perlahan-lahan sebab kepanasan, mata saya terpandang sesuatu yang mengagumkan saya.
Aigooo menebar roti canai kanak-kanak. Saya sungguh kagum dan terkasima.
"Bagusnyaa...kecik-kecik dah terer buat roti canai" saya berkata di dalam hati sambil meneruskan kunyahan dengan sopan.
Ada satu perkara lagi yang mengkasimakan saya sewaktu duduk di gerai ini menjamu roti telur.
Ada sorang budak kecik tukang kutip pinggan kotor dan buang. Adik penebar roti tu barangkali. Orang sebelah meja saya seorang surirumah siap menjerit kecil sebab mengejutkan dia"Eh eh eh budak kecik angkat pinggan..."
Macam jakun gitu tengok budak kecik angkat pinggan mangkuk kotor.
Memang jakun pon sebab tak penah jupe laie tukang bersihkan meja angkat pinggan kotor terdiri dari kanak-kanak. Usianya dalam 6-7 tahun kot. Siap pakai apron macam menebar roti canai idola kecil itu.
Saya kagum dengan keluarga penebar roti canai ini. Syabas kepada mak dan bapa mereka.
Semoga adik itu terus sukses di dalam karier menebar roti canai nya dan dapat bukak restoren roti canai sendiri. Sebab saya akan menjadik kastermer utama nya.
Jangan sesekali jadik artis dan kemdian jual gelang. Ingat tu. Arassooo...?!
No comments:
Post a Comment