Friday, October 02, 2009

Hari putih (13, 14 & 15)


Salam Jumaat 13 Syawal.

Harini, esok dan lusa merupakan Hari Putih. Diberi nama Hari Putih sebab terang benderang pada malam hari nya sebab bulan mengambang. Dan pada hari 13, 14 & 15 dalam kalender Islam kita sunatkan berpuasa. Puasa sunat selain hari Isnin dan Khamis.

Jadi pada sapa yang nak tambahkan pahala berpuasa lah pada 13, 14 & 15 pada setiap bulan. Tapi 13 Zulhijjah kita diharamkan berpuasa.


Semalam masak Hati Masak Jintan resepi Mat Gebu sempena buka puasa. Sebenarnya ambe tak berapa gemar hati ayam ni tapi bila dah puasa semua nampak sedap kan hehe. Terus beli bahan-bahan dan masak. Resepi Mat Gebu ni seme nampak sedap dan senang nak buat. Senang nak buat tu yang penting kan. Dan cara-cara buat pon straight forward. Dan juga ada gambar. Gambar penting untuk bangkitkan selera. Hehe
Terima kasih Mat Gebu. Tima kasih GX oppa bagi link blog ni :P

Lepas ni ambe nak try buat Kek Lapis Oreo Mat Gebu. Baca cara buat macam senang. Tungguu kek lapis ambe. Kalau sedap raya tahun depan ambe jual. Hahaha berangan


Masa buka bulan puasa ari tu ambe makan ni cheese butter prawn di USJ. Agak muak tapi sedap.


Dan hari raya keberapa tah, kazen ambe belanja makan kat kedai ni apa nama ni Stone Grill kot kat Tebrau City JB. Daging tu dia masak atas batu tu. Lantas ambe tu terbayang macam dalam citer Korea. Cuma tak de salad. Next time datang makan sini kena bawak salad sendiri lah hehehe

Puasa Enam
Ambe nak sentuh sikit mengenai Puasa Enam Syawal ni. Khas buat kaum wanita. Banyak pendapat yang telah kita dengar mengenai Puasa Sunat di bulan Syawal.

Ada yang kata boleh buat sekali dengan puasa ganti

Ada yang kata tak boleh buat sekali

Ada yang kata niat puasa ganti, dan pahala puasa sunat Syawal kita akan dapat

Pendapat ambe (berpandu pada konsep "wajib" dan "sunat"),

Kita dahulukan yang wajib dulu kemudian baru buat yang sunat. Ganti puasa wajib dalam bulan Syawal dan fadilat puasa di bulan Syawal kita akan dapat. Insya Allah. Sebab tak pernah dengar plak kalau sembahyang wajib boleh buat sekali togede-gede kan dengan sembahyang sunat kan. Wallahualam bi shawab

Semoga ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. hendaknya.

Sapa ada pendapat lain boleh lah dikongsikan bersama

No comments:

Post a Comment