Thursday, August 06, 2009

Kkotboda Namja (Versi KL) - Episode 2


Kita lanjutkan drama berbabak-babak edisi khas ini. Selepas ke Batu Caves, destinasi seterusnya ialah adegan melantak. Kemana kah harus dituju?? Pikir punya pikir punya pikir, beberapa hidangan turut berlegar-legar di fikiran, akhirnya kata sepakat membawa berkat di capai jua. Pemanduan di hala ke Lembah Keramat. Drebar pon kurang arif tempat ni. Mujur jua ada co-pilot yang dedikasi


Destinasi gerai makan di AU Lembah Keramat. Sementara menunggu makanan sampai member tekun membelek peta. Lokasi di mana kah tempat makan ini. Mana ada dalam peta daa



Hidangan sampai. Try ni sedap, try tu sedap, try ni sedap, pendek kata semua sedap belaka.

Sebelum itu,

"Ryan, what drinks u want?"


"I want beer"

"No, no, here got no beer"

"Later u go to 7-11"

Rimau tengah tido sekarang hehe


Ni paling sedap sebab banyak cili padi. RM30 tiga orang makan. Murah cukup murah


Licin pinggan

"I think I am the lucky person who had try all the Malaysia best food. I don't think other people would have chance to go to this place to eat"

"You are lucky becos you met both of us"

Bangga dapat makan sedap haha


Kemudian lepas dinner round-round keliling KL. Suka gambo ni. Kalau kemra gedebas mesti lagi cun


Kemrawoman gigih untuk dapatkan shot yang terbaek

Kemudian hari Isnin. Pagi beliau jalan sendiri sebab pemandu pelancong seme kerja. Kita dah guide dia naik bas "Hop-On" dari Bukit Bintang. Kemudian beliau pergi ke KLCC, KL Tower, Central Market, Petaling Street sorang-sorang dia. Kat KLCC sesat kat taman. 2-3 kali pusing tak jumpa jalan keluar haha Dah tu tak de beli apa. Semata-mata jalan. Sabar je la.

Kemudian belah malam drebar datang jemput makan malam togede-gede di Restoren Lotus depan Hotel Nikko.


Drebar oder capati 2 keping. Sekeping tak cukup haha. Lazat


Member kita makan nasik campur. Berapa jenis lauk tu. 7-8 jenis kot haha. Kalau boleh nak try seme lauk


Sedap jugak


Pastu ambe orderkan roti tisu suh dia try. Siap posing sakan hahaha Lawak dia ni


Seterusnya Selasa kita ke Kuala Selangor mengintip kelip-kelip. Nantikan kisah selanjutnya di episode akan datang


Juga alkisah mamat ni, Kwon Sang Woo (Stairways to Heaven, Cinderela Man) sedara dia daa

Nantikan interbiu panas oleh wartawan kepoci mengenai gosip Kwon Sang Woo

"Did he marry the girl becos he loves her or becos of the pregnancy?"

Akan datang dalam episode 3 huhu

Pautan :
Episode 1

No comments:

Post a Comment