Saturday, August 01, 2009

Di Awan Biru


Sabar je la pepagi 8.45 tadi nak pi KL jem teruk. Lalu Federal Highway, lepas Midveli kat Volvo dah mula jem. Kena masuk Jalan Tun Sambathan, tembus Brickfield, Central Market, lepas tu salah masuk jalan. Pusing-pusing jalan (lapan lagi) sebelum sampai di Jalan Doraisamy tempat ngaji. Nasib baik nak pi ngaji, jadi mulut dapat di kawal dari menyumpah seranah huhu *sabar tinah sabar*



Laluan utama ke KL ditutup

"Ada berlaku kesesakan tetapi tidak kritikal. Mungkin kerana hari ini ramai yang tidak bekerja," katanya.

TIDAK KRITIKAL????? Ye la tu tidak kritikal.

Lepas tu balik kol 10.30 pagi lalu Jalan Kelang Lama, pun jem "tidak kritikal" jugak. Jalan nak ke Midveli dah sangkut.

Jadi saya menyeru kepada sapa yang nak buat perhimpunan tu buat la di luar kawasan KL. Buat la kat belah Rawang ke, Bukit Beruntung ke. Sabtu dan Ahad tu je la ari ambe nok gi ngaji. Pernah sekali dulu perhimpunan yang baju kuning tu, dah separuh jalan nak pi ngaji, kena patah balik sebab jem "tidak kritikal" terlampau




Dah la fedap arr, ambe nok gi konsert lepas geram huhu Tengok orang kampung beraksi

No comments:

Post a Comment