Monday, August 24, 2009

3 Ramadhan


Salam 3 Ramadhan

Selamat berpuasa sambil bekerja. Macam malas je nak pi keje sebab dah tak boleh tido siang. Tapi kalau puasa tak kerja tak mencabar plak kan. Hari ini la hari yang sebenar kita nak menguji tahap kesabaran sebab mungkin terkurang tido, tahap ketaqwaan kita berpuasa di selang seli dengan strss bekerja bagi yang bekerja.

Di bulan puasa juga kita boleh meng-cek tahap syaitan samaran yang berada di dalam badan kita. Diri kita cenderong ke arah mana. Sebab orang kata syaitan-syaitan sebenar di rantai, di ikat dan ada yang di campak ke dalam laut. Dia macam nama jugak, ada nama sebenar dan nama samaran.

Hadirin sekalian, syaitan sebenar telah bagi rekruit dan training pada diri kita selama 11 bulan. Apalah sangat 1 bulan dia kena rantai. Tidak meninggalkan kudis pada dia. Selama 11 bulan syaitan sebenar ni dah latih baekk punya kita-kita manusia ni supaya mengikut jejak langkah dia. Sebab tu dalam bulan puasa masih ada umat yang tidak berpuasa dan tidak bersolat. Sebab dia la syaitan yang bertopeng manusia. Syaitan samaran namanya.

Hadirin yang dikasihi, terlanjur di bulan puasa ini saya ingin menyampaikan sedikit peringatan untuk dikongsi bersama buat kita semua di bulan puasa. Antara perkara-perkara yang harus kita titik beratkan di dalam bulan puasa ini.

Photobucket

1. Para muslimat yang pergi bersolat terawih berjemaah di masjid mahupun di surau. Perkara ni akan on and on and on berlaku tiap kali terawih di bulan puasa. Tolong lahh rapatkan saf ya. Terutama selepas jemaah yang solat 8 raakat terawih tu balik. Jangan la kita keras kepala atau malas tamau rapatkan saf. Malas mau gerak. Yang para jemaah muslimin ambe tengok tak de masalah.

Ini kah attitude kita tamau bersatu merapatkan saf di dalam rumah Allah? Jika di dalam rumah Allah pon kita tamau bersatu, siapakah yang harus di persalahkan jika bangsa dan agama kita pecah belah di luar sana??? Lu pikir la sendirik Kak Senah oii. Tolong lah ya. Bapak-bapak tu tolang remind kat anak bini pasal hal ni ya. Boleh je sampai hati tengok saf tu rompong kan. Tak paham ambe.

2. Tolong la ya jangan bersembang di dalam masjid terutama sembang hal-hal duniawi. Tahan la diri sebentar dari bersembang. Nanti balik boleh la sembang sepuas-puas nya. Kita pi mesjid pon bukan selalu (seperti ambe). Jadi gunakan la masa beribadah dengan sebaiknya di dalam rumah Allah dari bercakap perkara yang tidak sepatutnya

3. Menjawab Azan adalah "wajib" ya u all. Jadi masa kita tengah rakus buka puasa tu jangan lupa menjawab Azan sama. Sebak dengar suara alunan Azan magrib di TV1*sob sob*

4. Pemakaian telekung bagi wanita. Pastikan dagu anda juga tertutup rapat. Ustaz ambe kata tidak sah solat jika ternampak dagu. Contoh boleh lihat gambar di bawah

Photobucket

Yang B tu kalau dapat buat seperti A. Tutupkan lagi dagu nya puan-puan dan adek kakok sekalian

Semoga Ramadhan kita pada kali ni adalah lebih baik dari Ramdhan yang lepas. Sapa ada info untuk di kongsi bersama silakan komen.

Akhir kata, Ramdhan di utamakan, ibadah di dahulukan.

Mode sekarang : Menghitung cuti umum. Senin depan cuti, senin depan satu lagi pon cuti. Yipee

No comments:

Post a Comment