Hari ke-4. Terasa begitu cepat masa berlalu. Rasanya tidak puas aku berada di Sibu. Tapi apa kan daya, bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Hehehe. Ala-ala nak bernovel plak. Seterusnya pada hari terakhir kami pergi ke pasar Sibu. Happening jugak pasar dia.
Suasana hingar bingar menguasai ruang pasar. Kedengaran suara tawar menawar dikalangan pengunjung. Maklum la hari Ahad pasti warga Sibu sibuk ke pasar hendak menyediakan makanan untuk keluarga mereka. Aku hanya memerhati suasana ini dari jarak dekat tanpa berkata-kata apa-apa. Bau dan aroma pasar mula menguasai lubang hidung ku. Oh bahagianya dapat ke pasar. Mungkin itu perasaan warga Sibu yang ceria dan gembira membeli belah di pasar di pagi hari
Kelihatan sayur midin yang menjadi pojaan ramai semasa berada di sana. Lantas aku menyenep gambar sayur midin untuk dipertonton di blog. Kelihatan segar sekali dan sungguh membangkitkan selera. Tapi tidak ku tahu apa motif sepotong lemon berada di situ. Untuk hiasan kah atau sebagai air freshner kah? Aku muskel
Sebaik saja kaki kami menjejak lantai pasar, kami terkasima menyaksikan adegan ini. Agak unik adegan ini di mana ayam hidup-hidup di bungkus secara langsung. Tiada kedapatan di KL waima pasar di Johor Bahru. Tiba-tiba aku merasa sebak. Sebak kerana ayam-ayam itu telah diderakan sedemekian rupa. Owh sungguh kijam. Mengapa, mengapa kau tidak sembelih dulu ayam itu? Wae? Wae? Tahu kah kau manusia betapa seksa nya kena ikat? Meh sini aku ikat kau manusia (luahan perasaan bagi pihak ayam)
Selain ayam, warga itik ini juga diikat dan dibungkus hidup-hidup. Ala-ala pasrah gitu semuanya. Sampai terlentuk-lentuk. Penat barangkali. Tiada pembeli yang sudi membeli mereka. Kasihan aku melihat nya
"Kini aku pasrahhh dengan segalanyaaa. Ajal kita dah nak sampai" mungkin kata-kata ayam di hati nya
"Mak hayam macam mana ngn naseb kita ni mak hayam? Ottoke?"
"Mak redo nyah. Sampai hati mereka buat kita macam ni"
"Ini kah balasan setelah aku membesarkan kau dengan penuh kasih sayang Sazali?".
Eh tiba-tiba keluar dialog bapak Sazali plak. Kekeke
Kemudian misi diteruskan. Ya misi mencari "ulat mulong". Sesi tawar menawar ulat mulong. Mokcik gerai tak jual satu ekor. Kena beli satu mangkuk seperti di bawah
Akhirnya berjaya dapatkan satu ulat tester untuk rasa hehe. Cara makan, dibasuh bersih kemudian dicabut kepala nya dan ngap. Oh kamek rasa sungguh loya
Pah ni gak mu boleh masuk rancangan Fear Factor, Awe la cik Awe donde
Setelah selesai misi di pasar, kami menuju pula ke kawasan Durin. Bukan kebun durian tapi tempat jual barang-barang kraftangan yang terletak di tepi sungai. Berhenti la kami di sini untuk menyoping barang 5-6 suvenior untuk dibawa pulang
Kemudian selepas itu kami berangkat untuk makan tengahari untuk kali terakhir. Oh sedih rasanya. Selepas ini tiada boleh melantak udang free lagi. Tidak, aku tidak mahu pulang.
Kemudian sebelum ke lapangan terbang, kami pekena ABC Sibu dulu. Sungguh ensem sekali rupa paras ABC Sibu
Kamek order ni Kacang Merah namanya. Ingatkan bubur kacang merah. Sekali konsep dia ala-ala ABC jugak. Dikelilingi susu cair yang asli tanpa bubuh air, air batu kisar dan kacang merah secukup rasa. Sungguh indah dan nyaman. Terasa seperti berada di bawah air terjun yang sejuk. Hahaha
Kemudian berangkat ke lapangan terbang. Terasa berat hati ini mahu berpisah dengan rakan-rakan Sibu yang baru dikenali. Sob sob. Terima kasih daun keladi. Layanan mereka sungguh kelas pertama. Lain kali kita berjumpa lagi. Insya Allah. Kalau datang KL hubungi la kamek ya. *Yipee sudah ada kawan dari Sibu.*
No comments:
Post a Comment