Boss punya faveret line "Ingat orang berak duit ka?"
Hari-hari call mintak donation. Tiap tahun call mintak sumbangan. Sampai dah boleh cam suara. Ini mesti cari bos nak mintak sumbangan. Tah sapa-sapa dari organisasi mana tah hantar fax, call mintak sumbangan. Bos tak de outstation. Bos tak masuk opis niari. Dia sakit perut semalam makan julap. Tapi dorang ni gigih dan tak pernah putus asa selagi tak dapat apa yang diinginkan u all.
Dorang ni kadang ada sendiket mintak sumbangan. Depa akan dapat percent daripada jumlah sumbangan. Penah sekali tu call in mintak sumbangan nak pasang CCTV kat satu sekolah ni. Call nombor sekolah tu tak de dalam perkhidmatan. Ingat kita ni bangang ke hapa ke kan. Tengok letter head dah boleh cam palsu. Envelope tertera "Urusan Seri Paduka Baginda". Sendiri print punya
Satu lagi yang boleh buat kita cam sebab apa tau, 2 persatuan / organisasi lain, tapi yang datang collect cek orang yang sama. Haha. Tak ke sengal. Ambe pon report kat boss. Sekarang dah tak tipon lagi mintak donation. Tembelang dia dah pecah
Ada satu gini plak. Dah fax surat, lepas tu call. Lepas tu kita kata lah "Encik, bos kata tak de perutukan la". Sekali dia jawab "Hai tahun lepas boleh kasik, takkan tahun ni tak boleh kasik". Berdesup darah naik ke kepala. Hangin tak dengar? Air muka ambe pon bertukar tapi ku tahan jebat. Ingat kita kat sini keje cop duit ke, tetiap tahun nak kena kasik ko duit. (Besar punya ha***) Bertambah hangin sebab yang mintak ni tak de kaitan langsung dengan syarikat.
Satu lagi kes, bos setuju nak bagi sikit sumbangan. Lepas tu dia akan call tanya,
"Cek dah sign?"
"Agak-agak bila boleh ambek cek?"
"Saya kebetulan ada kat area subang ni, saja call mana tahu cek dah siap boleh singgah ambek skali."
Tak de nya kebetolan. Memang ko dah stendby ada kat situ kan. Hari-hari call tanya cek dah sign ke belom. Aigooo migrain pala otak ambe sebab yang jawab tepon nya aku hahaha
Satu lagi kes, dia mintak RM1000...dah list down nak apa, nak apa untuk tujuan kebajikan. Sekali bos bagi RM200 je.
"Huh, RM200 je. Ok lah" dia cakap dengan nada tak puas hati seolah-olah kita ni kena ikut amount yang dia mintak macam dia ada bagi kita mesin cetak duit untuk bagi dia duit. Tak bersyukur punya orang.
Paling menyedihkan bila dia guna nama anak-anak yatim untuk mintak sumbangan.
Pernah ada satu kes, ini bukan kes ofis. Kita dapat tahu ada satu rumah kebajikan ni yang menempatkan anak-anak yatim. Kat area Rawang. Kita pon pergi la ke sana nak bagi sikit sumbangan. Sembang-sembang, sekali tuan rumah tu kata suruh kita ubah niat sumbangan. Jangan niatkan untuk anak-anak yatim sebab anak dia pon ada menumpang makan dan minum kat situ. Oh gitu.
Pagi ni hangin sket terus apdet kisah yang bukan ke-Korea-an...hehehe
No comments:
Post a Comment