Saturday, May 30, 2009

City Hall - Episode 1 & 2


Satu lagi drama yang bisa buat perut anda sebu akibat ketawa berlebihan. Hehehe. Tema drama ni ialah politik yang diolah dalam bentuk komedi romantik



Kim Sun Ah, si ratu komedi sebagai sekretari merangkap tea lady bernama Shin Mi Rae yang bertugas di pejabat Majlis Perbandaran Inju, sebuah daerah kecil yang mempunyai populasi penduduk seramai 130,000. Mi Rae merupakan kakitangan awam Gred 10 (lower rank). Dia kan ada gred-gred dia kan

"All politics are based on the indifference of the majority" - kata Encik James Reston




Encik Franklin P. Adams pula berkata, "Elections are won by men & women chiefly because most people vote against somebody rather than for somebody"


Oh ye la ek. Contoh PRU12. Undi protes. Tapi kura-kura dalam perahu



Kisah bermula di sebuah kampung di pekan Inju di mana ada pilihanraya untuk memilih ketua kampung



Kemudian beralih ke Inju City Council Hall di mana persidangan yang tegang berlaku mengenai budget. Wakil Rakyat di persoal kenapa buat projek ampeh menggunakan duit rakyat




Wakil Rakyat itu (Go Boo Shil) yang belah kiri tu pon mem-beking diri dia. Purak-purak tak tahu 'lobbying'. Wakil Rakyat pon muka lawak hehe. Last sekali ahli-ahli dewan tidak dapat menahan amaroh lantas menyerang Wakil Rakyat. Panjat-panjat meja segalak kau




Kemudian di Seoul City, seorang kakitangan awam Gred 4 (higher rank) bernama Jo Guk yang belah kanan tu (ehem taste banget yew) di hantar ke Inju City sebagai Deputy Mayor. Awalnya beliau membantah sebab level dia sepatutnya di hantar ke Kerajaan Pusat dan bukan nya ke bandar kecil seperti Inju. Tapi dia pergi jugak sebab arahan pihak atasan




Deputy Mayor dan penolongnya pon melapurkan diri di pejabat Mayor tapi tidak di layan oleh Mayor. Kuang asam nye Mayor garuk kaki atas meja sambil baca surat khabar. Dia sebenarnya bimbang dengan kedatangan Deputy Mayor yang bakal menggugat budget nya. Dia pon bersikap anti-Deputy Mayor




Mi Rae sshi selaku tea lady menghidangkan air kopi kepada Deputy Mayor. Lepas tu feeling-feeling angau selepas melihat Deputy Mayor itu




Dipendekkan citer, Inju City akan host satu event, beauty pagent sebab ada kaitan dengan election akan datang. Beauty Pagent itu diberi nama Miss Baendangi. 'Baendangi' adalah sejenis ikan masin. So title nya akan jadi Miss Ikan Masin hahaha. Sebab Inju popular dengan hasil tangkapan ikan. Mayor yang bengang dengan Deputy Mayor, mengarahkan Deputy Mayor handle beauty pagent itu serta merta




Deputy Mayor pula bengang sebab dia baru sampai di Inju dan tidak mahir lagi dengan persekitaran kawasan itu tiba-tiba diberi tugasan handle beauty pagent yang tah apa-apa pada dia. Karekter Deputy Mayor ni eksyen sikit sebab dia Gred 4 dan tak mesra alam.

Kemudian, Mi Rae ni dia ada banyak hutang kredit kad. Bank asek call suh bayar. Lepas tu dia terdengar hadiah jika menang Ms. Baendaengi ialah 20 juta Won. Woww




Mi Rae pon mulakan misi stalk Deputy Mayor sebab dia masuk bertanding sebab wang 20 juta itu. Siap puji diri sendiri ada S line. Tak larattt. Dia kata dia natural beauty dan semua lelaki di Inju City pasti cair melihat beliau. Ada yang kata dia macam doll




Deputy Mayor yang dah tak larat dengo pon bertanya "What doll? Shrek, King Kong or Alien?" Wahahaha




Misi stalker diteruskan. Tak larat betul la dia ni. Start dah watak bengong-bengong dia haha Part ni tengok mesti terkekek-kekek




Deputy Mayor kata "Ko nak masuk bertanding, masuk je la. Apa hal nak buat cam ni?"


 Mi Rae pun kata "Syarat layak bertanding untuk umur 24 ke bawah. Ambe dah terlebih umur 33"

Misi Mi Rae sebenarnya nak suruh Deputy Mayor ubah syarat kelayakan ke 33 tahun supaya dia dapat masuk. Sebab tu dia ngekor Deputy Mayor haha




Deputy Mayor ajak Mi Rae pi minum. Mi Rae pon jawab "King Kong mana boleh minum teh dengan manusia"



Deputy Mayor telah di hantar ke Inju City oleh pokcik yang baju merah tu. Pokcik tu seorang yang berpengaruh dalam politik. Deputy Mayor komplen dia tak suka diletakkan di Inju City. Kalau nak bagi dia, bagi la ikan besar sikit. Bukan nya ikan masin. Dia nak jadi Presiden negara. Cita-cita tinggi sebab dia kakitangan Gred 4.

Sekian dulu episode pengenalan drama ni. Bersambung....




Cha Seung Won (nama sebenar) , Deputy Mayor




Aigoo omo ottoke...beliau telah membuat jantung ku ini berdetak...berdetak dengan lebih kencang...seperti genderang mau perang...kekeke

* Credit BON Fansub

No comments:

Post a Comment