Thursday, April 16, 2009

Voice - Episode 7


Kembali bersambung Cik Toma. Episode kali ni tak berapa memberangsangkan sangat. Kisah seorang isteri mati lepas tu suami dia tak nak buat autopsy atau bedah siasat. Lepas tu tugasan 5 pelajar forensik itu ialah untuk memujuk sang suami supaya benarkan buat autopsy sebab ada tanda-tanda moskel di tubuh badan mayat. Pihak makmal saspek ada misteri dan rahsia yang disembunyikan oleh isteri yang mati itu


Keadaan mangsa yang mati. Bersama-sama mayat kedapatan daging yang baru dibeli dan juga jam loceng yang baru dibeli juga


Sebelum ke sesi autopsy biasanya akan dimulakan dengan gelagat budak2 ni. Biasa topik mereka akan ada kaitan dengan props si mati. Topik kali ni mengenai jam loceng dan kenapa orang tidur balik selepas jam loceng berbunyi kali pertama.

"Doste (why)??" dia menjerit tanya

"It's too early in the morning for you to ask 'why', 'why'" jawab lelaki yang toncet rambut tu. Hehehe Wae? wae?



Yang baju hijau tu tanya kenapa orang tidur balik lepas dengar alarm loceng bunyi kali pertama. Si toncet tu pon jawab "It feels good to wake up & then sleep for a few minutes"

Kekeke ni pon nak jadi isu kan. Tapi hakikatnya memang kita kadang kala ada buat cam ni kan. Jam loceng bunyi kali pertama, lepas tu tutup alarm lepas tu kita baring balik kat tempat tidur sambil cakap dalam hati alaa kejap 5 min lagi. Atau paling tidak pon 1 min lagi hahahaha. 1 min pon nak tidur balik. Sangat berharga 1 min tu di pagi hari sebelum betul-betul bangun mandi pi kerja. Sapa la tu tatau huhu



Part ni pon comey sebab seme tak ingat apa nama di panggil jam loceng bunyi kali kedua. Apa tu "snooze" kan. Bila dapat tahu semua menjerit kekeke Peristiwa ni pun kadang kala terjadi dalam kehidupan kita. Lupa akan sesuatu perkara atau nama atau etc etc Padahal benda tu tak de lah komplikated sangat


Kali ni kena exam buat autopsy betul2. Real punya. Baekkk punya


Si suami cancel autupsy walhal dia dah sign surat setuju. Dia kata masa dia sign surat tu dia dalam keadaan terkejut jadi tanda tangan dia tak sah. Nak tak nak pihak makmal terpaksa akur


Ya kematian yang misteri


Pujuk punya pujuk punya pujuk lapan lagi...akhir nya suami itu setuju nak buat autopsy. Waima dah kawin 40 tahun tapi isteri itu masih berahsia dengan suami nya yang dia ada cancer di dalam perut. Aigoo.

Eh lama dia simpan mayat ek. Dari masa mati kemdian cancel autopsy bawak balik umah, kemudian sesi pujuk memujuk yang makan masa beberapa hari, kemdian setuju autopsy, kemdian mayat masuk makmal balik buat autopsy. Mayat orang Jepun tak reput-reput ek. Atau depa ada taruk bahan pengawet kot


Keputusan autopsy pon keluar dan sang suami itu meraung di sisi mayat isteri nya selepas tahu kebenaran


Dalam episode ni ada part kelas tarian hawaii. Tingat hantu kubur joget hawaii dalam pendekar bujang lapok hahaha

Lepas ni kita cite cara-cara mandi dan kapan mayat orang Jepun menerusi filem Departures

No comments:

Post a Comment