Friday, March 20, 2009

Voice - Episode 6


Ok dalam episode ni kita belajar satu lagi sindrom iaitu Munchausen Syndrom

Munchausen Syndrom ini adalah sejenis child abuse. Ianya sering dikaitkan dengan Munchausen Syndrom by Proxy (MSP). Waa ada proxy lagik. MSP di mana kanak-kanak di abuse oleh ahli family nya sendiri seperti abang ke, ibu ke, bapa ke untuk mendapatkan perhatian. Penderaan secara halus-halusan. Tak nampak dengan mata kasar. MSP di mana kanak-kanak tu tak sakit tapi sengaja disakitkan sebab kasih sayang yang terlampau di sebabkan gangguan mental untuk mendapatkan perhatian. Lebih kurang gitu le yg ambe faham. Untuk maklumat lanjut, sila lah klik di link itu.


Kes seterusnya dalam episode ini tidak melibatkan orang mati tetapi melibatkan orang hidup iaitu pelajar berusia 14 tahun yang telah dimasukkan ke hospital sebab sakit perut yang amat sangat

"Oniichan (abang), perut saya sakit"


Bila dah masuk hospital dokter pon cek. Cek darah, cek itu, cek ini. Bila dokter dah cek seme, dokter pon moskel. Ada tanda-tanda kemoskelan pada budak itu. Sebagai dokter dia tahu lah kan simtom-simtom sakit betul atau purak-purak sakit untuk mendapat MC percuma. Dokter pon mintak jumpa dengan ketua makmal forensik utk menolong sisatan. Ketua makmal forensik tu akak yang baju kuning atas tu. Gambar bawah, pekerja hospital comey itu sedang bersembang-sembang dengan pelajar itu.

Budak tu pon tanya kat dia "Awak pernah makan gyoza-monja tak?"

"Tak pernah lah. Sedap tak?"

"Sedappp. Awak pergi la cuba makan"

"Okay la nanti saya pergi makan"

Gitu la lebih kurang dialog mereka. Gyoza-monja ialah sejenis makanan. Macam ensem je nama makanan. Kalu jadi orang mesti comey kan..hehe



Beliau pon buat speku sendiri bersangka tak baik bahawa budak yang sakit tu sengaja sakitkan diri dia sendiri semata-mata untuk mendapatkan perhatian. Perhatian abang nya barangkali. Atau perhatian orang ramai. Mak bapak budak tu dah meninggal dunia. Dia tinggal bersama Oniichan dia.


Keesokkan hari nya mereka pon pergi ke kedai menjual
gyoza -monja. Tu reaksi tengah makan gyoza-monja. "Whoahh sedapnyaa sehingga menjilat garfu"


Keputusan darah dah keluar. Didapati ada
penicilin dalam darah budak yang sakit itu. Pihak makmal bertambah moskel sebab penicilin ni tak mungkin dapat dibeli oleh budak berusia 14 tahun ni. Mesti ada orang dewasa yang beli kan. Obat terlarang la kot penicilin ni. Den pon kurang pasti


Dan mereka saspek budak itu terkena Munchausen Syndorme by Proxy

Akak tu explain, 'By Proxy" means to substitute. Basically, the person intentionally hurts someone close to them. To show themselves nursing their victim through medical treatments in order to gather sympathy and concern from others.

Ooooo alkisahnya gitu. Pakcik baru tahu

Lagi info MSP



So mereka pon jumpa la dengan abang pesakit itu. Abang itu telah beri adik nya makan penicilin sehingga adik nya sakit perut. Tapi ada jadual. Adik dia akan sakit time abang dia cuti keje. Jadi abang itu akan dapat hantar adik dia pergi hospital dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan tidak berbelah bagi. Bila orang tengok kemesraan itu, orang ramai akan puji sikap abang itu yang very der concern terhadap adiknya. Ini machiem orang pon ada ka?

Dan sebalik nya, adik itu juga telah dapat hidu sikap abang nya yang semacam sebab dia ada ternampak abang dia nangis kat spital. Nangis penyesalan kot. Asal dia sakit perut time abang dia cuti keje. Time abang dia off day je, perut dia sakit. Macam dah planning je perut dia nak sakit kan. Lantas adik itu mengambil keputusan untuk sakit perut asalkan abang dia bahagia.



Dipendekkan citer abang dan adik kena berpisah buat sementara waktu. Si Abang pergi jalani rawatan mental.

Seterusnya ehemmmm...kekeke


Proxy 1

Proxy 2

Proxy 3

Proxy 4


Proxy 5 (Masa scene ni sangat lah comeyyyy nye)

No comments:

Post a Comment