Monday, March 23, 2009

Painter of the Wind - Episode 6 - 10



Bersambung kembali. Pening kepala. Kejap Jun Pyo, kejap Yun Bok plak hahaha

Drama ni berlokasi di sini Korean Village. Kebanyakan citer gini akan shooting di sini. Jadik kepada sapa yang pergi Korea, pastikan anda melawat ke tempat ni.



Yun Bok lulus peksa dan berjaya memegang title Artist yak ni pelukis kebangsaan. Kemudian beliau dipanggil oleh Raja. Raja mahu melihat hasil lukisan Yun Bok bersama cekgu nya Dan Won. Raja mahu mereka melukis gelagat rakyat jelata.


Oh ya setiap lukisan yang dilukis ada jalan citer. Bukan main taram lukis je. Lepas dah lukis kena eksplen kenapa, mengapa, bagaimana, ottoke.


So pergi la mereka survey-survey keliling kampung apa yang hendak dilukiskan. Kolaborasi yang comey jugak 2 orang tu



Mereka pon jumpa situasi ini. Atas gambar hidup, bawah gambar bila masuk dalam lukisan. Seperti yang diberitahu, lukisan macam menggantikan foto kemra di zaman ini lah



Ini pula konflik di antara pelukis dan giseng (geisha). Giseng itu dah tangkap cintan sama Yun Bok dan mahu bersama Yun Bok sebelum beliau dijual. Tatapi Yun Bok menolak. Sebab Yun Bok pompuan lurus bukan lesbo hehe. Giseng tu ingat dia lelaki. Kuciwa chentar tidak dibalas. Sob Sob.



Berangkat la mereka ke istana untuk menunjukkan hasil lukisan masing-masing. Citer-citer macam ni suka tengok kostum dorang. Baju cekgu lain, baju anak murid lain warna.



Jemaah menteri turut sama dipanggil untuk mengulas lukisan Yun Bok dan Dan Won. Jemaah menteri tu seme anti Yun Bok dan Dan Won. Naseb baik Raja beking mereka. Tak guna punya menteri semua makan suap


Kemudian tugasan mereka seterusnya, mereka masuk pertandingan melukis wajah atau potret. Melukis wajah ni skil dia lain sket dari lukisan biasa



"A potrait must need to allow that person to be resurect live". Ya gambar potret wajah mesti nampak hidup. Ala-ala mati hidup semula hehehe. Dalam pertandingan melukis wajah ni, sapa yang menang akan lukis gambar Raja. Sapa yang dapat kelayakan melukis potret Raja ni, makna nya dia seorang pelukis handalan yang vasss meletop seni lukisan nya.



Manakala abang Yun Bok yang dibuang negeri itu mahu belajar buat warna



Pertandingan bermula. Dalam pertandingan itu, mereka diberi klue-klue nya saja. Contoh, mata ada 2 sepet, lubang hidung ada 2, ada 2-3 lai bulu hidung terkeluar, misai kontot warna putih, pipi pauh di layang, alis matanya lentik etc etc. Dengan menggunakan imaginasi dan bakat melukis, pelukis kena lukis gambar orang nya sebelum orang betul nya memunculkan diri. Sapa yang tepat lukis, dia lah pemenang

Dipendekkan cite, hero la menang. Kemudian mereka kena bermalam di istana untuk tugasan selanjutnya. Bapak Jandi, merangkap bapak Yun Bok dalam citer ni. Bapak itu tahu gender sebenar Yun Bok. Sebenarnya beliau bapa angkat Yun Bok. Dia yang transformasikan Yun Bok dari pompuan ke lelaki. Bapak dia takut pecah lobang bila dia tidur sebilik dengan Dan Won



Ni time nak ukur buat uniform baru. Yun Bok ala-ala tersipu malu



"The Potrait isn't merely a painting......." Mereka di beritahu mengenai potrait Raja yang terdahulu. Kena sembah seperti Raja yang hidup sebab ianya bukan potret biasa.


Tengah mandi Yun Bok risau samada dia boleh ke tidak melaksanakan tugasan itu. Sebab dia dikira pelukis paling muda yang ditawarkan tugasan penting itu.


Sekali cekgu masuk dalam bilik air. Pucat lesi Yun Bok. Cekgu tu pon terkejut bila Yun Bok menjerit. Apa hal "Apa pasat ko terkejut labu? Kitakan sama jantan" kata cengu dia



Uniform sudah siap. Tiba lah suda hari nya melukis potret Raja. Menurut kata cite ni kalau tak silap, bila Raja mahu potret nya dilukis, maka dia telah bersedia untuk turun tahta



Sesi melukis potret Raja pon bermula. Kendo gak la Raja ni ahaks

*credit all

No comments:

Post a Comment