Wednesday, March 18, 2009

Filem : Coming Soon (2008)




Synopsis


What kind of scenes in a horror film scares you the most?
 
When a ghost appears totally unexpectedly?

 
When the main character does not see the ghost lurking up behind him?

 
When at the very end you find out that the main character was actually a ghost all along?

 
None of this compares to the feeling of arriving home alone and suddenly being struck by a feeling of déjà vu that you are reenacting the very same scenes in the horror movie you just saw!

 
This movie will scare you from the second you step inside the movie theatre. It will get you wondering if "something" or "someone" might be waiting for you to let your guard down.

 
The horror movie that you just saw is about to happen to you in real life!



Sori u ols. Hantu tak de yg rambut curly. Hantu kali ni ala-ala separa botak. Banyak makan ajinomoto agaknya


Perghhh meletop seram citer ni. Jangan konpius u all. Tajuk filem ni ialah Coming Soon.

Bila sebut pasal coming soon atau akan datang, apakah terlintas difikiran kita? Ya bener, perkara pertama yang terlintas di fikiran kita ialah mungkin movie baru yang akan ditayangkan di pawagam. Ye dak? Perkara kedua, ketiga, ke empat mungkin benda lain pulak

Filem ini berlokasi di sebuah panggung wayang. Dia main kot tu je la. Masuk, keluar, lari, merangkak, berguling, mengesot semua dalam bangunan cineplex. Senang citer pawagam ada hantu. Harus lepas ni ala-ala seram gitu nak pergi wayang sorang-sorang di waktu malam hari.



full house

Sebuah citer seram dari Thailand. Kalau citer hantu Siam ni memang syiok gitu nak tengok sebab elemen seram dia menjadi sungguh. Sampai kadang tu tak sempat nak kaber mata hantu dah tersembul keluar. Apa lagi melatah ler. (kong kreng medai medai tomyam kung) Melatah dalam bahse siam. Ahaks. 

Dan tidak dilupai ya peringatan sewaktu menonton citer seram supaya tidak rasa takut dan seram. Ingat!!! Tepi-tepi pelakon ada krew-krew sedang bertugas. Dia tak takut hantu jadik kita pon jangan takut dek non. Berani-berani takut. Hehehe.



Ini Chen
Subjek citer. 

Pawagam 

Filem baru akan datang / coming soon

Cetak rompak – staf panggung wayang sendiri yang buat cetak rompak. Orang dalam punya kerja yang sebenarnya kan cetak rompak nih. Harapkan tin, tin makan beskot.




Chen cakap kat aweks Chen "Ini hantu benar-benar kejadian. Bukan cobaan"

Kisah 1
Citer mengisahkan sebuah filem seram akan datang di pawagam. Citer seram itu berjudul "Evil Spirit". Filem "Evil Spirit" ini dibuat berdasarkan kisah benar. Kisah benar yang terjadi di sebuah kampung di mana seorang wanita gila di saspek menculik anak-anak orang kampung dan mata mereka dibutakan oleh perempuan gila bernama Somba ini. Tujuan dia butakan mata budak-budak itu ialah supaya budak-budak tu tidak boleh pulang ke rumah dan tinggal menetap dengan dia. Kemudian orang kampung dapat tangkap Somba dan Somba digantung hingga mati oleh orang kampung. Tapi sebenarnya dia tak mati. Dia berjaya di selamatkan oleh seseorang dan dimasukkan di hospital mental.


"Kasem Selamat la aku lepas ni...uwaaa" jerit Chen
Kisah 2
Seorang jejaka bernama Chen bekerja di pawagam itu. Boleh tahan taste jugak Chen ni. Tapi rambut dia tak curly. Satu hari collegue Chen bernama Peoll ni ajak Chen buat video cetak rompak filem baru yang akan datang di pawagam iaitu "Evil Spirit". Lanun-lanun cetak rompak dah bayar mereka untuk lanunkan filem Evil Spirit ni. Chen yang karekter hero baik ni tidak sanggup pecah amanah walaupun dalam hati nak jugak duit. Mata Chen tidak berjaya digelapkan dengan duit. Lantas si Peoll ni pergi la melanun sorang-sorang dalam pawagam lepas semua orang dah balik.

Keesokkan hari Peoll di dapati hilang. Chen carik-carik tak jumpa. Selongkar semua seat pawagam tak jumpa jugak si Peoll ni. 

Yang Chen jumpa adalah video kamera yang Peoll guna untuk mencetak rompak filem Evil Spirit itu. Chen pon on kan video kemra dan tengok apa yang telah di rakam oleh Peoll. Chen nampak Peoll dalam kemra video itu. Eh orang upah dia rakam filem, dia rakam diri dia sendiri plak. Chen berkata dalam hati. Chen lihat Peoll seperti dihambat oleh seseorang. Ada orang lain plak rakam aksi si Peoll. Firasat Chen menjadi tidak sedap.


"Ooo korang nak sangat tengok aku mati ya? Siappp lepas ni semua orang mati" *mengilai setan* warghhhahahaha



Siapakah yang merakam Peoll itu? Yaaa misteri bermula. Jangan biarkan hidup anda di dalam misteri. 

Kisah 1 + kisah 2 = misteri coming soon. Apakah misterinya? Dipendekkan citer, hantu Evil Spirit tu keluar dari skrin pawagam dan mengacau penonton yang tonton filem Evil Spirit. Dia kacau penonton sebab...jeng jeng jeng sepraissss

Bila citer hantu mesti ada kaitan dengan roh si mati tak tenteram. Dan persoalan nya pula, kenapa roh nya tidak tenteram?? Ini yang nak kena tonton. Disebab kan citer ni akan masuk panggung bulan depan, maka ambe tak mo citer panjang. Nanti tak saspeng. Tengok la sendiri ya. Yang pasti citer ni best buat ambe.

No comments:

Post a Comment