Friday, January 16, 2009

East of Eden - Episode 29 & 30


Bersambung semula drama menyayat hati dan sedih ini. Oh udah masuk ke episode 30. Yipee. Diam tak diam dah 30. Sobonar eh den dah tengok sampai 40 (epiosde terkini di MBC). Dan drama ini akan di extend sebanyak 8 episode menjadikan nya 58 episode kesemua nya. Aigoo...berapa lama pakcik nak tungguuu ini machiem...

Tapi kalu tengok drama ni sekali harung hazab jugak yek sebab veri derr meleret sebelum ke klimaxs episode 30 keatas



Dimulakan dengan Dong Chul pergi ke tempat kerja adik nya Dong Wook yang beribu pejabat di Seoul. Dong Chul berasa sungguh bahagia dan lega. Akhirnya adeknya berjaya juga menjadi loyer. Bahagian Special Unit lagi. Shabas beta



Kemudian Yong Ran kembali ke Korea selepas berhoneymoon di Macau dan Dong Chul jemput beliau di lapangan terbang. Balik dari obesi kat epot musti pakai spek hitam / coklat dalam kdrama. Ingat tu...haha


Kemudian Rebecca Fund Manager mengadakan parti ke hapa tah dan jemput semua client-client dia. Dong Chul bertindak sebagai orang kanan beliau sebab dia sangat suka dan percaya dengan Dong Chul


Dan salah sorang jemputan dia ialah Shin Tae Hwan dari Tae Sung Group. Tae Sung Group ni ada bijines hotel, kilang elektronik (yg mana nanti bankrup dan Dong Chul beli) dan casino gak akan datang. Shin Tae Hwan amat terkejut berok melihat bekas kekasih gelap nya sebagai Fund Manager. Dia boleh agak bijines dia akan datang akan hadapi masalah sebab Bank Rebecca adalah bank utama antara bank yang ada. Al-maklum tahun 1993 bank blom banyak lagi kot


Kemudian Rebecca bertemu dengan Shin Myung Hun di dalam lif. Rebecca pon tanya,

"Shin Tae Hwan bapak kau ya?"

"Ya, Shin Tae Hwan sajangnim (President)"

"Ohh kau tidak kelihatan seperti bapak kau. Kau lagi ensem dari dia" kata Rebecca dengan senyum simpul bangga mungkin sebab dia yang menukar bayi dulu

"Errr Puan kenal bapak saya??"

"Cukup kenal Abu, cukup kenal" (eh ni dialog cite lain)

Rebecca hanya angguk kepala

"Ahhh querequnaa (Oh ok)" angguk Shin Myung Hun juga



Di sudut yang lain, Shin Tae Hwan seperti cacing kepanasan selepas melihat Rebecca di acara itu.

"Haram zade (carut dlm hindi). Macam mana dia boleh ada kat sini. Bladihel. Mangkuk ayun" Shin Tae Hwan memaki hamun

Rebecca pon pergi la bertemu dengan Shin Tae Hwan untuk bertanya kabar. Ini kali pertama mereka berjumpa secara rasmi selepas berbelas tahun yang lampau terpisah



Rebecca pon berkata,


"Haa bagus kau berhidup lagi ya seperti yang aku inginkan. Bertahun-tahun telah berlalu tapi kau sikit pon tak berubah. Bagus...sekarang kau tunggu pembalasan nya"

Shin Myung Hun dalam diam telah mengendap dan curi dengar perbualan ayah nya dengan Rebecca



Dan bocor la satu rahsia di mana Myung Hun terdengar,

"Bla bla bla...you evil murderer...bla bla bla"

Recall balik al-kisah. Rebecca dan Shin Tae Hwan pernah berskandal dulu. Kemudian Rebecca hamil dan Shin Tae Hwan dengan kijam telah mengorek bayi di dalam perut Rebbeca dengan paksa sebab dia tanak bayi haram itu mengganggu dia mendapatkan harta dan kuasa dari bapak mertua nya. Rebecca amat berdendam dengan Shin Tae Hwan sebab dia dah tak boleh hamil selepas kejadian itu



Ji Hyun dan Myung Hun menjemput Tae Ho dari sekolah. Tapi dalam kepala Myung Hun teringat akan perbualan Rebecca dengan bapa nya.



Di sebabkan tiada ketenangan dan hatinya tidak sedap rasa, Myung Hun pergi ke kampung lama dulu jumpa dengan sorang Father di gereja. Father ni watak penting jugak sebab dia sebagai Jaksa pendamai untuk semua orang. Dulu dia terlihat Rebecca di culik oleh Shin Tae Hwan. Sekali pandang Father ni macam AC Mizal plak i ols tengok. Ahaks

Myung Hun tanya dengan Father apa hubungan Rebecca dengan bapa nya.



Dan Myung Hun percaya ada rahsia besar disebalik hubungan mereka selain daripada anak Rebecca dibunuh oleh bapa nya



Kemudian mak Myung Hun pergi jumpa Rebecca sebab dia rasa dia macam pernah jumpa Rebecca dulu. Tapi di mana yaaa...



Dan terbongkarlah rahsia affair Rebecca dengan suami nya dulu. Cuma rahsia ni saja baru terbongkar dulu. Rebecca ni dulu adalah jururawat Yoo Mi Ae yang sambut dia bersalin dulu



Kemudian Myung Hun pergi jumpa Rebecca untuk bantu Tae Sung Group



Part ni pula. Mike pula datang ke Korea untuk memenui isterinya tapi dalam masa yang sama nyawa nya terancam sebab ada orang nak bunuh dia. Kemudian Dong Chul pon berkata,


"Mike, kau dah tak boleh balik ke Macau. Semuyik kat Hongkong pon tak boleh sebab dekat. Depa mesti dapat carik kau punya. Apa kata kau pergi Malaysia dulu"

"Sampai KL kau contact waiem. Dia akan tolong kau nanti"

Motifff tetiba enterprem hikhik


"Tidak Dong Chul, tidak. No way. Aku takkan biarkan kau menanggung risiko untuk aku. Sapa waiem, waibi aku tak pedulik itu semua"



Sampai rumah Yong Ran tanya suami dia apa masalah sebenarnya



Dan pada satu malam Mike diekori oleh berapa orang yang berpakaian serba hitam dan kereta yang dipandu Dong Chul ditembak *peng peng*

Kemudian Dong Chul paksa jugak Mike pergi Malaysia menaiki bot besar yang telah disediakan untuk Mike melarikan diri.

"Pergi cepatttt. Kita dah tak de masa nih. Pastikan kau berhidup di sana. Nanti kita jumpa"

Bagaimanakah nasib Mike di Malaysia? Berjaya kah dia berjumpa dengan waiem? Nantikan sambungan nye

*credit WITHS2

No comments:

Post a Comment