Thursday, December 04, 2008

Guangzhou - Hari 3


Hari ketiga. We all berpecah jalan. 6 orang deligasi perabut meneruskan pencarian perabut mereka di tempat semalam. Lagi 3 orang deligasi kuak bebas yang tak beli perabut membawa haluan sendiri. Membelanjakan wang-wang yang ada. Semalam dah jimat duit sebab tak de beli apa-apa. Cuma ikut mereka survey perabut saja. Nak tengok gak tempat perabut dia kan. Lepas tu rasa macam nak tengok kilang buat perabut depa tu. Macam mana derang buat perabut, raw material datang dari mana, pekerja dia berapa ribu orang etc etc. Benda ni berlegar-legar dalam pala otak masa kat sana.

Anyway kadar duit mereka seperti berikut :

RM1,000 = 2000 +++ Yuan / Remimbi (RMB)

Kebanyakan harga barangan dalam 80 Yuan, 100 Yuan. So divide 2, very de cip cip

1000 Yuan boleh dapat macam-macam. Baru RM500. Begitu la pengiraan nya. Ada satu hari tu dah beli macam-macam dengan duit teksi segala, balik bilik kira bajet kemudian...eh apa pasat banyak lagi belen duit ni. Rasa dah beli banyak. You all akan ada feeling macam tu. Apa lagi mari kita joli hahaha

9 pagi bergerak ke Beijing Lu (Beijing Road) sekali lagi. Sini je landmark yang mudah dan senang. Ada orang tu nak beli underwear dan nak tukar size underwear. Sebab masa 1st day terbeli size kecik. Nasib baik tokei kedai paham kita nak tukar size dan dibenarkan menukar size di kedai yang sama.
Tambang teksi ke Beijing Lu daripada hotel cuma 15 Yuan saja (RM7.50)



Guangzhou di pagi hari


Underwear macam-macam paten dan warna dan size


Perjalanan diteruskan sampai hujung. Waktu ni terasa amat dingin dan kita pon beli la sarung tangan bulu yang cute-cute berharga RM5 supaya pemakai nya kelihatan cute jugak ekekeke


Jalan punya jalan ternampak pula kedai kasut u ols. Aigoo. Hapenning dan pening. Dia tengok dia, dia tengok dia. Beratus kedai kasut ada kat sini. Tak tahu mana kedai nak masuk. So kita jalan jalan jalan lapan lagi, mana yang kaki dan instinct rasa nak benti, kedai tu yang kita masuk.


Kasut kasut mari beli kasut. Ni kedai kasut sport. Kasut tak sport kedai sebelah. Kasut boot, sandal, sabarudin tukang kasut kedai sebelah sebelah. Adek lelaki saya beli Nike Air ori katanya kat Singapore sbb JB tak de, beli guna sing dolar. Balik tengok blakang Made in China. Semua nya datang dari sini u ols.


Beberapa kedai kasut yang sempat di-snap


Sekali tu kita terjumpa ini. Tepi jalan je dia jual yew crocs ori. Nak copy pon ada. Since ori pon mur-mur, kita borong la crocs ori. RM40 sajor. Esok nya kita jumpa crocs kat tempat lain RM30. Aigoo. Waiem nak berniaga crocs pas ni. Sapa nak oder kasik nama dan size


Saya tak minat design Crocs yang itam tu. Sekali tengok design yang ni aisemen ensem nya. Harga RM35 saja. Boleh pakai pi keje sekali


Kemudian selepas selesai di "Shoes City", we all nak pi ke kedai textile yang serabut masa 1st day pegi tu. Tapi masalah problemnya sorang pon tak de alamat / name kad kedai textile tu. Name kad ada kat geng perabut. Cemana nak pi nih. Kalau cakap english rasanya sampai tawon depan tak sampai. So kita tunjuk gambar kedai yang kita amek masa 1st day lam kemra dan cakap cina (my mandarin yang 1%) "Wo yau chi cheke" (Saya nak pergi ni). Drebar teksi tatau. Haiyohh. So kita telefon Mr. Beh suh cakap ngn drebar teksi kita nak pi tempat textile & facrics. Cong ceng cong ceng Mr. Beh cakap ngn drebar teksi dan drebar teksi angguk-angguk. Tau la tu. Masing-masing dengan wajah ceria hepi untuk meneruskan perjalanan ke kedai textile.

Lebih kurang 10 min perjalanan, saya geleng-geleng cakap ngn member sebelah "Aku rasa macam jalan lain ni. Tak familiar pon kedai-kedai ni semua".

Sekali memang betul salah tempat. Hahaha. Ampes nye Mr.Beh. Lain tempat orang nak pi, lain yang dia cakap. Miscommunication. We all pon turun gak dah teksi benti. Rupanya disini ialah tempat whole sale jugak. Baju dan segala macam mak nenek. Tapi bukan yang kita nak.


Tempat pemunggahan barang-barang di area Sahae. Cuak jugak masa ni sebab salah tempat tah kat mana-mana tapi buat-buat berani

"Jom la kita jalan depan sikit cari jalan besar tahan teksi sana. Sini macam jem. Aku nampak highway depan tu. Yok"


Kita pon jalan cari main road untuk tahan teksi. Suasana kat sini saya rasa seperti di Rantau Panjang Kelantan. Tatau kenapa saya terfikir Rantau Panjang.


Sini lagi serabot. Mereka sedang berpusu-pusu melintas landasan keretapi. Kereta, van, orang angkut barang sebelum keretapi datang. Bayangkan kesibukan yang melanda. Kita warga asing yang sesat ni jugak terpaksa berpusu-pusu cepat jalan berjemaah


Dah jumpa jalan besar. Tepi jalan ada CCTV. Balik ke hotel dan merehatkan tubuh badan.


Malam keluar lagi pi shopping mall kat sebelah hotel. Terjumpa lori Jaclyn Victor. Ooo senyap-senyap ada lori kat China yek hehe


Kemudian kita berfoot massage di hotel. RM40 sajor. Kaki dah letih, sudah beribu kilometer jalan dari KL ke Guangzhou hehe


Kemudian balik bilik layan drama Chae Rim


Menonton sambil makan di atas katil


Tengah pikir nama kedai Crocs yang sesuai sebab nak bisnes crocs pas ni.

Dah pikir 1 nama "Kedai Krok Kang Waiem de Zhou"

'Zhou' sebab amek barang kat Guangzhou. 'Kang' sebab mungkin turut dijual cd citer korea so kena ke-koreaan sket la nama kedai. Any suggestion nama lain?

*tahan gelak*

No comments:

Post a Comment