Wednesday, December 03, 2008

Guangzhou - Hari 1


Selepas kita check in hotel, cuci-cuci apa yang patut, makan sket alas perut dan pengembaraan diteruskan. Cuaca pada ketika ini sejuk-sejuk tak sejuk sangat ala macam kat Genting Highland la dalam 15-16 darjah celcius. Semua menarik napas lega sebab tak berapa sejuk. Sebelum we all ke sini we all telah di-inform bahawa suhu Guangzhou sekarang adalah below 10 darjah. Sejuk tuu. Namun hakikatnya tidak berapa sejuk. Kalau dok luar terasa sejuk berserta angin. Bila dok dalam bangunan tidak sejuk. Seme baju bulu tebal-tebal, stokin bulu kita sudah bawak *Aku bilang bapak kau dulu saudagar stokin...bulu* Kalau tak cukup boleh beli kat sini

Saya mengalami kegatalan kulit mungkin sebab kering. Kulit kaki menjadi ala kulit ular gitu nampak bersisik-sisik akibat kekeringan dan mungkin kurang minum air. Mau minum air banyak nanti asek nak buang air pulak. Masih gatal sampai sekarang. Jap lagi mau pi klinik mintak satu injeksen tahan gatal.

Tatapi itu semua hanya masalah ciput saja tidak mengganggu keseluruhan misi shopping. Sebab bila dah nampak barang semua senyap lupa kegatalan badan semua dan sisik ular hehehe

Diskusi bersama ejen shipping kejap di lobby. Ejen shipping ni orang cina kita. So senang nak communicate. Macam mana nak penuhkan kontena, barang bila nak ship bla bla bla dot com dot my. Kemudian kita tanya dia mana tempat jual kain dan langsir. Dia tulis kat kertas dan tunjuk kat drebar teksi.


Dalam teksi dia ada pagar u ols hehe. Sekarang kita mau menuju ke tempat textile & fabrics


Nama bangunan Zhong Da Jiu Texile Trade Plaza. I tell u plaza dia semua besar-besar belaka. Satu bangunan plaza sebesar Stadium Bukit Jalil. Itu baru satu bangunan. Depan ada lagi, belakang ada lagi, kiri ada lagi, kanan ada lagi. Pendek kata sapa yang nak berniaga memang amek barang kat sini dan barang-barang di sini kebanyakan untuk dieksport ke luar negara termasuk Malaysia


Kedai-kedai. Seperti yang diberitahu Guangzhou adalah tempat whole sale. Derang tak jual kain sikit-sikit. Mau beli 10-20 kodi kain. Ada yang jual kain ela sikit-sikit meter tapi nak kena carik. Round satu bangunan cari sampai dapat


1st day datang sini sudah serabot dengan bunyik hon. Situ la jalan orang jalan kaki, situ la jalan beskal, situ la jalan van, kanan kiri memekak dengan hon. Kita jalan sikit, belakang tet tet bunyi hon van, jalan lagi tot tot hon motor, jalan lagi tit tit hon beskal plak. Aigooo migrain migrain hahaha Takde ketenangan orang nak membeli belah. Moral of the stori kena jalan dalam bangunan, jangan jalan kat luar


So kita pon masuk dalam bangunan. Cloth trading center


Dan lagi


Ini cuma display kain sampel. Kita pilih mana kain kita nak, dia akan pi amek kat stor yang makan masa 30 min. Sebab tu tak digalakkan beli sikit-sikit sebab kena tunggu lama. Ni semua untuk orang bisnes kain bole beli sini


Ni pulak tempat apa tu yang gantung kat langsir tu. Macam-macam paten adaaa


Ni kedai kat belah luar menghala jalan raya


Serabut ke tak serabut mari tengok sini. Derang kat sini bawak keta tak de aturan. Tak suka guna signal. Ikut suka nak belok, main belok saja lepas tu hon. Sikit-sikit hon aigooo pening haha We all panggil tempat ni tempat serabut. Hari ke-4 saya datang balik sini. Ni cuma amek bau saja tak beli apa-apa. Walaupun serabut tapi tak de nampak kemalangan jalan raya


Next pit stop kedai sutera cina. Harga sutera cina 4 meter bole dapat RM40 sajor. Semeter RM10 boleh dapat. Veri de mur kan


Selepas memborong sutera kita ke sini pulak. Pusat jual underwear. Sepanjang jalan ni underwear, baju tidur dan sikit pakaian sejuk. Sepanjang jalan kiri dan kanan bergantungan bra dan spender pelbagai warna dan paten. Dan jalan dia panjang tak kira berapa kilometer plak. Imajin jalan pasar malam jalan tuanku abd rahman. Sepanjang jalan. Beli banyak dapat murah. Dia jual 1/2 dozen, 1 dozen dan beribu-ribu dozen


Ini pula adalah pusat paksi geometri. Kalau u all pi Guangzhou akan pi sini lah. Nak cakap ngn drebar teksi pon senang. Landmark paling senang. Tempat underwear, tempat jual kasut semua berdekatan sini. Jalan kaki saja.

Elf & Poii, tingkat 3 & 4 ada pusat karaoke Neway. Alahh karaoke yang kita pi kat One Utama yang kurang lagu melayu tu la hahaha


Nama jalan dia ialah Beijing Lu. Sekali imbas tempat dia macam Bintang Walk, macam Orchard Road Spore pon ada. Kiri kanan kedai, jalan kaki jugak


Nampak belakang itu kedai-kedai?? Between kedai tu ada lorong kedai lagi. Kedai kecik-kecik. Kedai baju, seluar, belt & accessori. Baju seluar dia RM25-RM30 saja. Aigoo. Tapi banyak baju size S, M sajor. Ampes. Kempunan orang yang bersize XL & XXL.


Kemudian balik bilik dan dinner dan tidur. Channel tv ada drama korea cakap cina. Masa ni main citer Powerful Opponent dengan Only You. Layannnn hehehe

Esok Hari 2 - Jalan jalan cari perabut

No comments:

Post a Comment