Tuesday, November 25, 2008

East of Eden - Episode 17 & 18


Sambungan. Dalam episode ni masing-masing sedang sibuk melobi untuk dapatkan hak ekslusip hotel sempena Olimpik. Adik perempuan Dong Chul, Ki Sun kena kidnep dengan Fauzi Nawawi ( va va va yen teliva). Fauzi Nawawi ni merupakan kawan Dong Chul masa kat penjara masa depa kecik dulu. Kemudian Dong Chul hilang kan diri ke Macau dan kawan dia ni telah salah faham yang Dong Chul telah lari bersama harta karun yang mereka cari dalam laut dulu. Fauzi Nawawi mana pulak ni? Mari kita saksikan...

Hye Rin teman Dong Wook di spital sambil belajar untuk exam


Ji Hyun dengan kerja nya mahu pastikan hotel Taesung kepunyaan bapak mentua dia berjaya dalam pelobian hotel olimpik





Suami isteri yang cukup kimia


Myung Hun menghadapi masalah di opis kerana berlaku penyelewengan dalam akaun syarikat


Kenalkan Fauzi Nawawi Korea hahaha. Saya tengok dia ni tingat FN. Nama dia Wang Gun


Wang Gun menyimpan amaroh pada Dong Chul dan pakcik sebelah tu kata Dong Chul tak khianat ke mu. Aku yang amek harta karun tu kata pakcik tu


Nurse Rebecca tu kawin dengan somebody yang kaya raya yang ada bank di luar negeri yang nama Mr. Samuelson. Dan dia pun terus tukar prefession dari nurse ke pengurus bank







Dong Chul memesankan kat adik nya supaya jangan risau. Oppa takkan mati selagi impian tidak tercapai


Mak Dong Wook juga tak berkenan kat Hye Rin sebab terlalu kurus




Hye Rin terserempak dengan Ji Hyun di spital. Ji Hyun masih ada bau-bau cemburu sebab Hye Rin rapat dengan Dong Wook


Babak ni pulak. Konfrontasi anak dan mak tiri. Mak tiri tuduh anak tiri rampas boipren kakak dia


Mak tiri dia ni very derr



Yong Ran pergi ke rumah Dong Chul sebab dia tak nampak Dong Chul kat majlis di atas sebab masa tu adik Dong Chul kena kidnep dengan Fauzi Nawawi


Kemudian bapak Yong Ran warning lagi kat Dong Chul jangan simpan perasaan pada anak gadis nya


Bapak Yong Ran berkata "Awat susah noo ke hang nak lupakan Dong Chul??? Hang nak bapa tolongkan erase kan Dong Chul dari kepala otak mu?? You father has the capability to do that, kau tahu itu. Sedangkan mak kau pon aku boleh buat, inikan pula kau"


Yong Ran terpaksa akur dengan kehendak bapa dia dan dia pesan kat Dong Chul jangan mati. Kalau nak mati kita mati sesama


Rebecca melawat umah Dong Wook dan bertanyakan tentang baby. Makcik-makcik tu moskel kenapa nurse ni tetiba concern pasal bayi tu


Dalam kereta Rebecca berkata-kata sendirian



Di spital Ji Hyun terserempak pulak dengan Dong Chul. Eh dorang ni asek terserempak sebab atuk Myung Hun juga terlantar di spital yang sama dengan Dong Wook kan.


Ji Hyun cakap ngn Dong Chul bagi hotel dia lah untuk hotel olimpik. Dong Chul cakap no way. Kita compete secara adil dan saksama

"Oppaaaaa sampai hati oppa. Bagi la kat saya sebab ini lah projek pertama saya lepas graduate hotel management"


"Nehi nehii"


Dia ni pakwe yang syiok kan Hye Rin. Mr. Baek yang tak baek


Yang ni plak. Turn Shin Tae Hwan terserempak dengan Dong Wook di spital. STH memberi amaran keras. Jika kau buat jugak, kau akan kehilangan kedua belah mata macam Kasim Selamat

So tajuk dalam 2 episode ni ialah 'Terserempak di hospital. Suratan atau kebetulan'

*Credit WITHS2, MBC

No comments:

Post a Comment