Sunday, November 16, 2008

East of Eden - Episode 13 & 14


Selepas kena halau dengan mak sendiri, Dong Chul oppa membawa diri. Beliau menetap di rumah boss nya iaitu President Guk (bapak Grace-se aka Yong Ran aka Guk Ja) Minah ni ada 3 nama



Di siang hari Dong Chul melawat adik pompuan Ki Sun nya di kilang. Kun oppa dengan macho menanti adik nya dia atas motor



Kemudian melalui Ki Sun, Dong Chul oppa dapat tahu insiden yang menimpa Ji Hyun lantas Dong Chul berangkat menemui Ji Hyun. Ji Hyun kata pada oppa

"Oppa saya akan menuruti kehendak ibu. Apakah kalau saya masuk ke dalam keluarga Shin, oppa juga akan membenci ku?"

"Ji Hyun naa, tak boleh, tak boleh. Kau tak boleh tinggalkan Dong Wook"

"Saya sudah timbang, saya sudah halusi dan saya sudah fikir. Saya akan berkahwin dengan Myung Hun.

"Ji Hyun naa"

"Dalam perut saya sudah ada satu nyawa oppa"

Dalam Summer Scent depa kapel kan. Kapel tak jadi. Hehe



Selapas keputusan muktamad dibuat dan tiada talian hayat dapat membantu, Ji Hyun membawa diri ke rumah Myung Hun. Myung Hun di kala itu ditimpa sakit kerna tidak dapat menerima kenyataan bahawa Ji Hyun telah meninggalkan nya.

"Ko ni memang dari kecik bengap taw" marah Ji Hyun pada Myung Hun.

"Ya aku bengap kerana kau"

Depa merupakan rakan baik di waktu sekolah tadika lagi. Tapi Myung Hun bertepuk sebelah tangan sebab Ji Hyun lebih taste pada Dong Wook


Hyung pergi melawat Dong Wook plak di kem askar. Dong Wook di kenakan denda kena pergi military servis


Mereka dua beradik pergi ziarah kubur bapa mereka. Kubur depa ni pelik jugak kan. Seketul je kat situ hehe


Masa hantar Dong Wook ke kem, Dong Wook minta Hyung dia tengok-tengokkan Ji Hyun. Hyung kata "Sudah lah Wook kau givap je la Ji Hyun. Bunga bukan sekuntum" sebab Hyung dah tahu keputusan muktamad Ji Hyun


Bapa Myung Hun protes perkahwinan Ji Hyun dengan Myung Hun. Tatapi haraboji (atuk) Myung Hun menyuruh ikut kehendak Myung Hun

Haraboji berkata pada bapa Myung Hun "Hai dulu kau nak kawin dengan anak aku, aku protes, kau kahwin juga dengan anak aku kan. Jangan nak mengada-ngada. Ikut saja kemahuan Myung Hun"


Boss Dong Chul kena serang dan Dong Chul berusaha menyelamatkan boss nya


Pembelotnya ialah loyer syarikat boss nya. Loyer telah disogok oleh Shin Tae Hwan (bapak Myung Hun)


Mak Myung Hun setuju Ji Hyun dikahwinkan dengan Myung Hun. Manakala bapa Myung Hun tetap berkeras menentang.

Sesi dialog antara Ji Hyun dan Abonimnya. (Abonim = bapak mertua)

"Apa yang kau boleh gerenti kau layak jadi menantu aku? Bukan kah kau dah kena reject dengan mak Dong Wook???"

"Abonim, kalau saya kahwin dengan Myung Hun saya akan bantu perniagaan abonim supaya lebih sukses. Saya pun dah dendam dengan keluarga mereka. Bagi saya masuk ke dalam keluarga abonim. Kita sesama berjemaah boleh lawan mereka. 2 are better than 1 abonim"


Orang-orang jahat tu tunggu masa Dong Chul tak de kat Seoul je depa pi serang boss dia. Lagi hangin la minah itew


"Yang keluar dari mulut ko seme kata-kata yang tak senonoh kan. Sungguh tak padan dengan wajah kau yang manis itu. Cuba kecek molek sikit" kata Dong Chul

Episode 14


Myung Hun membawa Ji Hyun berjumpa dengan Dong Wook buat kali terakhir sebelum mereka diijab kabul kan


Dong Wook masih lagi mengharap dan sanggup menjadi pak sanggup


Babak ni pulak. Dong Chul sokmo dikritik oleh Yong Ran di depan bapa nya

Mak dia ni tak habis-habis naik hangin bila melihat kelibat Dong Chul. Ni masa Dong Chul feeling-feeling ala Hong Gil Dong.


Family Min. Yang baju pink kakak Hye Rin, yang belah kanan laki itu bakal tunang kakak Hye Rin and appa and omma. Nanti laki tu syiok kat Hye Rin dan Hye Rin dituduh perampas tunang kakaknya oleh mak tiri dia


Akhirnya mereka disatukan. Ji Hyun monyok di hari perkahwinan sendiri


Dong Wook curi-curi jengah Ji Hyun dan Ji Hyun ternampak Dong Wook dari kejauhan. Dan keluarlah lirik lagu tu


Dong Wook pulang ke rumah dengan hiba selepas melihat Ji Hyun kahwin. Ada surat kabar di tepi tu dan Dong Wook pun terbaca surat kabar yang memang disengaja kan letak situ. Berita seme keluar front page. Kat bawah ada lagi satu hahaha


3 tahun kemudian di Boston. So sekarang tahun 1984. Lepas ni masing-masing sibuk untuk persiapan Olimpik. Masing-masing fight nak dapatkan hak ekslusip hotel Olimpik. Olimpik Korea pada tahun 1988


Lepas kawin Myung Hun dan Ji Hyun further study di Boston. Ji Hyun study Hotel Management manakala Myung Hun study bisnes


Ji Hyun menunggu suami nya pulang dan suami nya telah membeli surat khabar bahasa Korea


Kan mesti keluar berita front page. Lepas tu yang menghiasi akbar muka 2 bradik itew. Lepas berita dia ni, berita dia tu pulak. Kekekekeke


Suspect yang dalam berita pertama telah lari tah kemana


Kemudian dia pergi melawat adik nya dia penjara. Dan dapat tahu mak dia nak buang nama dia dari carta keluarga Lee


Yong Ran sambung belajar di Jepun dan Dong Chul telah pergi melawat Yong Ran



Gambar BTS (Behind The Scene)






Cute kan bapak dia...eh anak dia, Shin Tae Ho


*Credit softsubs WITHS2, MBC

No comments:

Post a Comment