Wednesday, June 25, 2008

The Making of Nuang, walaupun...


*credit gambo dr internet

Satu hari di YM (Yahoo Messenger)

"U ols, nak pi kem motivasi tak? Mak suh ajak awak"

"Bila?"

"21 & 22 Jun kat Hulu Langat"

"Sat mek cek time table mek" (cek time table Euro benornya huhu)

"Aisemen u ols, ada suku akhir Euro. Camno nih? Nak poie ke tak poie nih? Jap mek baling dadu sat"

* nombor dua nombor dua lah...mari kita lihat sapa yang kenaaa *

15 saat berlalu

"Ok u ols, taruk lah nama mek. Berapa yuran?"

"RM30 termasuk makan minum seme"

"Sapa lagi pergi?"

"Entah. Kita dua je kot"

"Ooo entah"

Keputusan dibuat setelah memikirkan diri ini perlu dimotibasi kan sikit hehe.

Maka tiba lah hari jadi nya. Bukan hari jadi hepi besday yach hehe. Ikut bahasa tentera 'hari jadi' bermaksud 'hari berlangsung nya majlis itu'.

Dipendek kan citer nya, kami 3 orang telah pergi mem-motivasi-kan diri. Waiem, KA dan Abang Poii. Abang Poii last minit dapat permit sebab pergi dengan waiem wahahahaha



Bas bertolak Sabtu 21hb Jun jam 10.30 pagi dari Flet Sri Sabah Cheras. Hanya saya dan Abg Poii saja yang naik bas. KA pergi kemudian dengan mak dia sebab mak dia ada meeting pagi tu. Mak KA ni very de aktif. No wonder stevie wonder buta. No wonder ke-aktif-an mak KA tumpah pada KA huhuhu. Salah satu contoh keaktifan mak KA yang saya juga kagum ialah mak KA menyertai RELA. Nak tergelak dengar pon ada, kagum pon ada. Sungguh semangat waja makcik Rohani. Fightingg.

Ingatkan bas terus bertolak ke Langat. Tetapi tidak. Bas sekolah yang disewa itu masuk singgah kejap di flet berdekatan sebab ada sorang makcik ni tak bawak beg baju. Sabar je la mak cik oii. Makcik itu dapat info kurang tepat. Samada dia malas bertanya atau tak pedulik nak amek tahu. Dia ingat balik hari. Jadi nya dia berlenggang kangkung saja. Dia ingat pi rombongan Nilai 3 dengan Cik Kiah kot balik hari. Kena la sound dengan ketua rombongan sebab tak tanya detail. Gitu la ya gelagat join persatuan makcik-makcik ibu-ibu ni.

Yang paling sakit mata tengok bila mana ada sorang makcik ni kupas buah epal dan kemudian *piunggg bunyik sound effek * buang kulit epal di bawah kerusi tempat duduk. Bukan bawah seat dia tau. Seat sebelah, belakang seat sebelah. Dan seat belakang tu depan seat saya. Sebab tu ada sound effek sebab kulit epal tu dia buang melayang jauh sket dari seat dia. Hati saya sungguh panas menyaksikan insiden tersebut. Apo la weh susoh sangat ko mokcik nok bue kulit epal dale supik. Bak po lagu tuh nyo. Weih la. Che awe donde.

Kata lah saya ter-tego dia, agak-agak nya apa dia akan jawab?

Jadi nya kesimpulan yang boleh dibuat ialah negara kita takkan bersih sampai bila-bila. Jangan mimpi ya.


Perjalanan memakan masa dalam 1 jam kot. Entah sebab hati dah panas saya bantai membuta dalam bas sampai tiba untuk bagi sejuk hati. Tetau dah sampai tempat piknik. Kat Sungai Congkak kot. We all pon melepak di tepi jalan untuk makan tengahari.

Makan tengahari di tepi sungai? Nak makan apa? We ols tak prepare apa pon. Tengok makcik-makcik semua siap dengan bekalan masing-masing.

Kemudian kedengaran Kak Kiah selalu presiden penganjur bilang "Kan saya dah pesan, makan tengahari untuk hari ini sendiri bla bla bla Tak pe tumpang-tumpang dengan orang lain"

Ada lagi 4-5 orang yang senasib dengan we all yang juga tak bawak bekalan sebab tak tahu. Hahaha. Sabar je la. Miscommunication. Si tukang ajak juga tak de cakap apa-apa. Dah la sorang pon peserta kat situ we all tak kenal. Alih-alih nak mintak makanan. Malu-malu bihun gituh kan. Walaupun malu, Abg Poii dah terliur nampak bihun makcik tu.

Dipendek kan citer, kami kenyang juga akhirnya setelah menerima sabsidi makanan dari peserta lain yang terbanyak bawak makanan. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik mereka dengan berkongsi sedikit makanan dengan kami di zaman harga minyak dah naik ni.




Lepas makan bergerak di Mestika Safa, yang jarak nya tidak berapa jauh dengan tempat we all piknik itu. Orang Langat tau la kot tempat ni yang ada jembatan hijau itu. Kehadiran kami di sambut oleh ketua penghuni di situ.

FYI Mestika Safa ni adalah sebuah tempat seperti dalam gambar yang menempatkan beberapa pelajar tahfiz Al-Quran yang terdiri dari 'budak-budak luar'. Budak tempatan kurang pasti sebab saya tak berkesempatan tanya lebih lanjut.

Antara soalan yang berlegar dalam palotak :

Kenapa budak-budak luar?

Mana budak-budak kita? Merempit? Ya bagus lah


Sungguh senang ya orang luar untuk menginap di negara kita.

Tapi tak boleh nak speku lelebih sebab tak tahu kisah sebenar.




Sewaktu sampai kami di-brief sedikit oleh Kak Kiah selaku presiden persatuan ibu tunggal dan ajk muslimah Masjid KLCC. Dia yang tukang organize nya. Kak Kiah bilang tujuan diadakah aktiviti pada hari ini adalah bersempena dengan hari Ibu. Biasanya mereka meraikan hari Ibu di tempat grand dan ekslusip, tetapi kali ini mereka mahu meraikan hari Ibu di tempat yang jauh dari kesibukan kota dan jauh dari kebisingan mat rempit.

Masuk bab yang best lagi jimat cermat pula. Persatuan NGO ini dan aktiviti ini sering mendapat sokongan dari seorang VIP. VIP ini adalah seorang Dato' yang gemar men-joinkan diri dengan aktiviti sebegini dan sering memberi galakan moral dan duit. Alhamdulillah ya masih ada insan-insan dermawan seperti beliau. Tak perlu la cakap nama nya ya. Mungkin duit-duit lebih yang beliau ada mahu di kongsi bersama ibu-ibu tunggal. Ibu tak tunggal pon join sama sebab dipelawa untuk memeriahkan majlis.

Kemudian kami mengambil tempat masing-masing di dalam bilik asrama. 1 bilik ada 12 katil dua tingkat. Maknanya 1 bilik dapat memuatkan 24 orang. Para peserta berjumlah 30 orang semuanya.


Agenda – agenda seperti berikut :

Aktiviti pertama ialah rehat dan tido. Yay tido. Hahaha

Kemudian solat Zohor berjemaah. Lepas Zohor tido lagi sampai Asar.

Kemudian solat Asar berjemaah. Lepas Asar aktiviti riadah sukan rakyat jalan tutup mata dan urut-urut kepala hahaha.

Kemudian minum petang dengan 2 ketul karipap dan air teh terhad. Sorang segelas saja sebab tukang masak air nya lembab sket. Dah tau orang ramai dia masak air sikit-sikit. Hehehe komplen saja kita kan.

Lepas tu mandi dan siap untuk solat Magrib berjemaah. Lepas solat Magrib kata ada taskirah tapi Ustaz tak datang. Lepas Isyak baru ada taskirah oleh Ustaz Takiyuddin. Kendo gak ustaz nih hehehe.

Dan Ustaz bertaskirah serba sedikit. Masa ni la baru tau bahawasa nya kami berada di kaki Gunung Nuang. Ustaz bilang air kolah tu semua adalah dari air bukit. Free of charge.

Seperti satu kebanggaan seolah mendapat pingat kebesaran dari Agong dan kegembiraan tak terhingga pada kami bertiga (waiem, sempoii dan KA) bila dapat tahu kami berada di kaki Nuang.


- Sejarah Nuang -

Di ulangi Nuang.

Di ulangi lagi Nuang

Di ulangi lagi dan lagi Nuang

Oh terharu dan sebak rasanya.

Terpancar ayor mata kegembiraan di mata kami bertiga bila mendengar Nuang. Walaupun sekadar di kaki gunung saja. * kesat ayor mata dengan hujung telekung *

A dream comes true. Mimpi menjadi kenyataan. Pospon menjadi reality.

Ada sejarah disebalik kisah Gunung Nuang ni bagi geng kami.

Kisah bermula dari tahun 2003. Dari AF1.

Dari bulan ke bulan, tahun ke tahun kami plan mau ke Nuang. Plan, plan kemudian jawapan akhirnya "pospon"

AF 2 - Plan, plan pospon.

AF 3 - Plan, plan, pospon lagik.

Begitu la seterusnya sehingga dah tamat AF6.

Kronologi Nuang seperti berikut :
Cadangan
Gathering
Meeting (u ols ingat tak gath kat food court sebelah dewan felda wahahaha sekretari siap catit minit mesyuarat muahahaha)
Discussion
Merangka pelan
Atur strategi
Pembahagian tugas
Memilih tarikh
Menyuntik semangat
Seribu harapann

* lagu latar harapan fazli zainal (tidak kesampaiannnn nuang kitaaa...ku bawa harapan ku pendam rahsia) *

Dan konklusi nya : TUNDA atau nama glamer dia POSPON atau bahasa PFS nya "di-VAD-kan" (seperti tergezet dlm kamus PFS sempena nama penganjur Nuang 6 tahun lepas. PFS - nama geng indie kami)

- Sejarah tamat -



Ok sambung balik sesi taskirah Ustaz. Lepas sesi taskirah kita makan malam. Katanya ada BBQ tapi tak jadi sebab peralatan tak cukup ke hapa. 9.30 malam baru makan malam. Oh tidak. Lepas makan malam kena tidur sebab besok pagi kena bangun 3.30 pagi sesi qiamulail.

Sungguh rasa bersalah dan tidak tenteram nak tido selepas makan. Hehehe.

Alarm berbunyi tepat jam 3.30 pagi. Bangun terus mandi. Best yew. Walaupun air sejuk tetapi tidak terasa sejuk. Cemana tuh. Susah nak describe lah. Kena alami sendiri. Yang pasti memang best la mandi air kolah jam 3.30 pagi. (Waktu ni Euro Belanda vs Russia. Sempat tingat tu :P)

Lepas qiamulail solat Subuh. Lepas Subuh sambung tido

Lepas bangun tido sarapan pagi. Menu nasik lemak, mee hailam dan teh O

Lepas sarapan pegi dengar ceramah tajuk IBU (Ibu Bahtera Ummah). Penceramah Ustaz Takiyuddin.



Antara isi kandungan ceramah :

1. Kenapa kem-kem motivasi seperti ini jarang di buat oleh dan untuk kaum bapa? Adakah kaum bapa tidak perlu motivasi? Kerana ego? Kaum bapa sudah perfect tidak perlu dimotivasikan?

2. Masalah sosial yang melanda anak-anak, individu utama yang harus dipersalahkan ialah BAPA kerana bapa adalah ketua keluarga dan pemimpin. Anak-anak adalah mangsa keadaan. Bukan saya kata, Ustaz yang kata. Sungguh besar ya peranan seorang bapa ini.

3. Begitu juga dengan sebuah negara. Jika negara itu pincang, harga barang selalu naik huhu, yang akan dipersalahkan ialah pemimpin negara itu atas sebab-sebab yang anda sendiri bole andaikan.

4. Jika mahu anak solat, ibu bapa kena solat. Jika mahu anak mengaji, ibu bapa kena mengaji sama. Jika mahu anak rajin, ibu bapa kena rajin juga. Jika tidak mahu anak merokok, ibu bapa juga jangan lah merokok sama. Dan etc etc etc.

5. Tahukah anda 80% penagih dadah di politeknik serenti dan perokok tegar adalah anak Melayu? Yang ramai merempit anak sapa? Tak sedih ke? Sedih.


wartawan dari channel tv Azwana sedang interbiu Kak Kiah

P/S : Azwana pesaing baru Awani :P



Ini pula tambahan luahan dari penulis :

Apa yang umat Islam belajar dan perolehi dari agama dia?

Adakah cuma beragama sebab keturunan?

Atau sebab tiada pilihan sebab dilahirkan Islam?

Contoh dari segi kebersihan. Kita amek contoh yang simple. Cuba u all perati rumah ibadah orang Islam dengan bukan Islam? Sebab saya dah penah pi kuil dan gereja juga tapi cuma dok luar saja. Sukar ke jaga kebersihan? Masjid mungkin terjaga. Cuba tengok surau-surau.

Contoh simple lain. Cuba u all perati kedai makam Muslim dan bukan Muslim? Kedai makan mana yang ada sawang kat syiling? Kedai makan mana lantai dia penuh dengan sisa makanan yang tidak disapu bersih? Toilet sapa yang bersih?

Dari segi ketepatan waktu. Kenapa orang Islam tidak boleh punctual tepat pada waktu kalu berjanji? Apakah ciri-ciri orang yang munafik?

Dari segi bekerja. Kenapa boleh malas? Kenapa tak bole berdisiplin? Kenapa jebat kenapa?

Dan lain-lain lagi. Kita sesama la pikir ya. Yang tulis ni pon dua kali lima dol jugak. Pemalas, kuat melawan cakap orang tua dan yang sewaktu dengan nya.

Lepas dengar ceramah kita makan tengahari.

Hari Ahad 22hb Jun jam 12.30 tengahri kita pon pulang beramai-ramai.


Nota kaki nuang :

1. Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk turut serta di aktiviti akan datang, boleh la bagi tau saya. Nanti kita war-war kan. Penyertaan sangat-sangat di alu-alukan. Untuk aktiviti ni mereka bajet 50 orang. Tapi yang hadir cuma 30 orang saja. Dan penganjur berasa sedih dengan bilangan kehadiran kerana bagi penganjur seolah tiada sambutan.

2. Untuk kasi lagi excited, tahukah anda menurut info dulu mereka pi Langkawi hanya bayar RM10 saja. Mungkin lepas ni kita boleh sajes Dato' buat kem motivasi di Langkawi sekali lagi. 3 hari 2 malam ke hehehe.

3. Bagi muslimah yang tinggal dekat dengan area KLCC, FYI Masjid KLCC selalu ada aktiviti keagamaan di masjid. Bagi yang ada masa boleh la berkunjung ke Masjid KLCC bagi memeriahkan lagi masjid. Bak kata Kak Kiah, "jangan sampai masjid cari kita, kita kena cari masjid dulu"


Sekian ribiu kem motivasi / kem ibadah di Mestika Safa Hulu Langat aka kaki Nuang. Walaupon sekejab rasanya tetapi beberapa ilmu dapat diperolehi.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t jua.

Salah dan silap harap dimaafi.

* Wikipedia - Mount Nuang

No comments:

Post a Comment