Wednesday, January 03, 2007

Filem : Forbidden Floor (2006)




Synopsis

Min-young moves onto the fifth floor of a new studio apartment with her six-year-old daughter, Joo-hee. She's concerned when her downstairs neighbor, HAN Chang-soo, says that he cannot tolerate the noise above him, even though the two women live tranquilly. Furthermore, she is anxious about other residents' strange behaviors – never mind the mysterious deaths. Min-young hardens herself mentally after the move into the new house, largely because of her daughter's unprecedented odd behavior and continual run-ins with a bizarre woman. Convinced that Joo-hee has fallen sick and perturbed by the mysterious events around the studio apartment, Min-young looks to disclose the truth by herself...

Starring : Kim Seo Hyong (2nd heroin kdrama Green Rose), Kim Yoo Jeoung

Info : "Forbidden Floor" is a part of a 4 horror movie series, "4 Horror Tales", "February 29", "Roommates" and "Dark Forest".

Credit : HanCinema

Genre : Seram di awal citer, seram di pertengahan citer, tragis di akhir citer. Tengok kali kedua tidak seram dah dan tak kecik kan skrin tv dengan objek tertentu seperti tangan atau bantal :P

Citer mengenai apartmen berhantu. Tatau sama ke tak ngn 'Haunted Aparment' citer seram Jepun. Apartmen tersebut tiada tingkat 4. Kalau masuk dalam lif butang nombol 4 tak de. Yang ada 1, 2, 3, 5 dan seterusnya. Bila si anak tanya mak kenapa tiada no. 4, mak menjawab no. 4 manyak suwey tanda mati spt kepercayaan orang cina so pihak pengurusan apartmen tamau guna no. 4. Kalau turun menggunakan tangga pun tiada berjumpa dengan tingkat 4. Cuma masalah yang akan timbul samada mereka akan selamat turun atau tidak kalau mahu menggunakan tangga itu kerna ada 'seswatuh' yg menanti mereka di tangga.

Makanya berhati-hati kalu anda turun menggunakan tangga di apartmen anda. Lelebih jika ruang tangga tersebut jenis tertutup macam tangga di shopping komplek yg kadang kala menyeramkan kalau lalu. Tangga di apartmen saya ok open sket. Kalau agak-agak rasa menyeramkan nak turun boleh lah menerjunkan diri ikut ruang terbuka yang ada hehehe

budak ini sangat kiyut

Seorang ibu tunggal dan anak perempuan nya berusia 6 tahun telah memindahkan diri di sebuah apartmen baru di tingkat 5 nombor pintu 504. Mereka berhidup seperti biasa hingga la pada satu hari kehidupan mereka menjadi luar biasa sket sebab si anak kena rasuk. Bukan rasuk mcm kena histeria tapi rasuk secara senyap. Ada hantu budak lelaki masuk dalam badan dia dan si anak berkelakuan pelik suka membantah cakap mak dia hingga menghairankan emak nya itu dan tidak tenteram emaknya hendak pergi keje.

Kemdian pada satu malam yang sunyi datang jiran se-apartmen mereka dari nomo pintu 304 mengetuk pintu dan bagi warning jangan buat bising. Dia tak leh nak tido sebab ada bunyi bising yang datang dari tingkat atas. Disebabkan tingkat atas tiada umah nomo 404 maka tuan umah 304 assume bunyi bising tersebut datang dari umah 504. Tuan umah 504 plak bilang mereka tak de buat apa-apa yg membisingkan keadaan. Mereka sedang tidur ketika itu.

Si emak kemdian cuba meletakkan telinganya ke atas lantai dan ternyata dia turut mendengar bunyi seperti orang bertukang.

Malaon manakah yang tidak reti nak membuta di tengah-tengah malam buta dengan menukang?

Keesokan harinya tuan umah 304 itu mati. Dan sebelumnya dah ada 2 orang juga mati dengan ngeri sekali.

Bagaimanakah kerasukan anak itu dapat di hilangkan?

Semua nya akan terjawab bila anda menonton citer ini. Takkan menonton citer lain plak kan hehehe

Sedikit spoiler ada kejadian kes bunuh berlaku sebelum nya sebelum apartmen baru itu di bina. Jalan citer seram yang streotype. Roh tak tenteram bangkit menuntut bela.

Esok bersambung citer seram seterusnya 'February 29'.

Persoklannya :
Nape yg jadi hantu musti pompuan ek? Yang lelaki tak minat ke jadi hantu? Hehe.

No comments:

Post a Comment