Friday, December 22, 2006

Filem : Confession of Pain (2006)



Synopsis

In a city of love and prosperity, a city of lost hope and premature death, veteran detective Hei feels it all: the hurt, the helplessness, the horror. When his father-in-law, the billionaire benefactor Kim, is gruesomely murdered in his palatial mansion, he enlists the assistance of his former partner turned private detective, Bong.

Starring: Tony Leung Chiu-wai, Takeshi Kaneshiro, Shu Qi

Director: Andrew Lau & Alan Mak





Kalau tengok pada tajuk dia dah boleh agak musti ada seseorang yang akan membuat pengakuan yang pedih lagi menyakitkan.

Citer ni dalam bahse Kantonis.

Citer mengisahkan pada tahun 2003, 2 orang polis iaitu Tony Leung (Chief Hei) dan Takeshi Keneshiro (Ah Bong) sedang menyiasat sebuah kes rogol bersiri yang kejam. Then dapat la tangkap itu perogol setelah di-intip².

Kemdian keesokan harinya Ah Bong mendapati gel pren dia mati bunuh diri sebab pregnan luar nikah tapi bukan anak dia. Sejak dari itu Ah Bong hilang arah dan kesedihan sebab dia sayang banget sama gel pren nya itu. Sejak dari kematian gel pren nya Ah Bong sulah titak dapat menumpukan pelhatian pada kilija nya lagi lantas meletak kan jawatan sebagai polis dan menjadi kaki botol arak sampai la tahun 2006. 3 tahun Ah Bong dan arak tidak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu. Haiyah Ah Bong itu pelempuan sulah mati haa lu pigi carik la pelempuan lain. Buat apa mau mabok mabok. Mcm mambang mabok menom brandi daaa muahahaha Lu muka manyak hensiem pasti lamai yang berminat mau jadik lu punya gelpelen.

Selepas meninggalkan dunia kepolisan, Ah Bong menjadi private investigator plak. Dalam mabok² dia masih boleh jadi penyiasat dan ada plak orang upah dia.

Kemdian muncul plak stu kes bunuh melampau yang melibatkan bapak mentua Chief Hei. Ah Bong diupah untuk menyiasat. Siasat punya siasat terbongkar la satu rahsia yang terpendam selama ini. Rahsia tersebut melibatkan asal usul Chief Hei iteww. Di sini la berlakunya 'Confession of Pain' hehehe.

Patut lah masa Ah Bong kalut dok nak siasat kes bunuh bapak mentua Chief Hei, Chief Hei hanya berlagak kool seperti mat kool baik baik selalu. Rupanya dia ada kaitan disebalik pembunuhan tragis itewww.

Apakah kisah di sebalik pembunuhan itu? Ketahui kisah selanjutnya di pawagam berdekatan anda atau beli saja DVD cik lanun pon bole hehe

Pada peminat Takeshi Kaneshiro pastikan anda tidak terlepas menetap wajah terkini Takeshi dalam pilem terbaru nya. Dari angle mana skali pon dia tetap kelihatan esmem dan ganteng huhu

Mek suka tengok ekpresi muka Chief Hei dalam citer ni. Tengok air muka dia tahu yang dia ada sesuatu yang dia sembunyikan.

Kisah ni berkisar pada pembalasan dendam. Moral of the stori buat apa la sesusah nak balas dendam kalu akhirnya diri sendiri dan isteri terkorban. Mungkin konsep 'redha' boleh di guna pakai dalam kes begini. Tapi kalau napsu dendam telah mengusai diri tarak tau apa mau chiakap lahh

Spoiler
Chief Hei tembak diri dia sendiri di akhir citer selepas mendapati isteri nya mati bunuh diri. Pada awalnya Chief Hei memang nak bunuh isteri dia pasal dendam punya pasal. Dia kawin dengan bini dia pun pasal nak balas dendam kat bapak isteri dia. Tapi bila tengok isteri dia terlantar di spital tetiba timbul keinsofan dalam diri dia bahawasanya isteri dia adalah ahli keluarga dia dan ahli keluarga dia tak seharusnya mati. Bagi tebus dosa dia gak nya dia pun mengambil keputusan tembak diri sendiri.

No comments:

Post a Comment