Thursday, November 16, 2006

Filem : Rob-B-Hood (2006)




Synopsis

The film is an action comedy about three gangsters who kidnap a baby. For this film, Chan wanted to play a full-fledged villain, but Chinese censors rejected the original script. So, In the movie, Chan portrays a gambling addict who kidnaps the grandson of a tycoon for ransom, but ends up as a hero trying to protect the child from the mob
.


Setakat filem ini rasanya citer lakonan Jackie Chan belom lagi mengecewakan saya. Rasanya citer dia seme best² belaka walaupun tak seme la citer dia kita sempat tengok. Yang paling penting dapat rasa kesungguhan dia buat cerita dan blakon ala-ala sepenuh jiwa raganya gitu hehe

Paling suka tengok citer Jackie Chan part akhir credit akan tunjuk scene yang tak jadi hahaha. Part ni yang saya paling suka tengok. Dapat la tengok betapa sukar nya Jackie Chan melakukan adegan aksi bahaya nya sendiri. Bila tengok the making of citer james bond adek bradek che embun, seme nya auta lebih sebab seme stunt yang blakon. Hero hanya menampilkan wajah yg tampan dan menarik saja. Baik Jackie Chan yg jadik James Bond hahaha.

bayi Matthew antara 100 lebih bayi yg jalani ujibakat yg akhirnya berjaya dan diambil blakon

Citer ni buat pertama kali nya Jackie Chan memegang watak negatif sebab dia kata dia mahu kelainan dalam citer barunya. Jackie Chan menjadi perampok kemdian jadi penculik bayi berjemaah bersama 2 lagi geng dia lakonan Louis Khoo dan Micheal Hui.

Diakhir cerita cam biasa orang jahat akan insof dan kembali kepangkal jalan.

Citer ni turut mengundang ayor mata bila mana bayi tersebut nyaris mati dalam kesejukan dan Jackie berusaha menghidupkan kembali bayi tersebut dengan sepenuh tenaga daya sebab dia dah rasa sayang pada bayi tersebut. Siapa yg tidak rasa tertarik dengan bayi yang comel lagi bijak kan. Hanya manusia yg otaknya taruk di perut saja sanggup mendera bayi yang comel. Dan orang sebegini kita harus hukum seberat² nya yang arif hehe

Citer mengisahkan 3 penjenayah yang profession nya merompak sebagai menampung hidup seharian mereka. Hasil² rompakan mereka dijoli mengikut kreativiti masing². Yang sorang simpan dalam peti besi di umah, yang sorang joli bersama gelpren nya dan yg lagi sorang buat berjudi.

Satu hari mereka kehabisan wang dan kemdian telah mendapat satu task menculik bayi. Jika berhasil mereka akan mendapat upahan HD30,000,000 *doniya doniya meniaga manusia lagi untung dari meniaga unta woww * :P

Pelbagai gelagat lucu dapat dilihat bila mana Jackie Chan dan Louis Khoo menjaga bagi tersebut sebelum diserah pada orang yang mahu akan bayi tersebut. Loius menggelarkan diri nya sebagai 'mama' dan Jackie sebagai 'papa' muahaha.

Saksikan la citer ini jika anda mempunyai kesempatan. Anda pasti tidak menyesal. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna nya. Soalannya : Apakah kaitan pendapatan dengan sesal ni ek? Moskel mek. Hehe

No comments:

Post a Comment