Tuesday, November 14, 2006

Filem : Diva Popular (2006)



Pengarah : Erma Fatimah

Pelakon : Umie Aida, Ezlynn, Sheila Rusly, Awie, Afdlin Shauki, Azean Irdawaty, M. Rajoli, 'Nicolas Sasputra'

Pelakon utama lain yg boleh tahan banyak gak enterprem nya : Julie's

Keseluruhan citer ni macam cipan. Apa yg cipan pon saya tak tahu tapi rasa nak sebut cipan. Tersedak cipan² yg tengah makan kang huhu

Citer hiburan kosong yg tah pape. Kerana kawan dah book teket maka terpaksa saya pergi bagi mengelak kena bebel dan terpaksa melepaskan untuk tengok prebiu citer Cinta. Saya akan tengok citer Cinta ni.

Citer ni mengenai dunia artis Melayu di Malaysia yang giler glamer lagi hipokrit.

Memaparkan bagaimana cara-cara nak jadi artis yg popular. Antara caranya mandi bunga tengah malam kat air terjun, dapatkan suntikan collagen dan botox dari effa raziah untuk mencantikkan muka, makan telur di bilik mekap (saya dengar bilik mekap tapi sepatutnya bilik air sebab kalau makan telur dalam bilik mekap jadik hal ke? Kena tanya sang artis), upah orang awam menjadi peminat, jumpa mak esah, purak-purak pingsan bila stres dan sebagainya. Tambahan adegan patut ada artis pingsan dalam longkang berdekatan stesen tv :P

Juga menyindir sang wartawan yg selalu melebih-lebihkan artis luar yang datang Malaysia, wartawan yg talam dua muka cakap off rekod tapi tak off pon, wartawan yg suka melaga-lagakan artis. Mungkin boleh tambah satu lagi wartawan hasut peminat.

Juga ada cara bagaimana nak pikat VIP yg ada stesen tv untuk mendapatkan hours.

Iklan : aiyoyo ujan lebat bla bla bla...itu bukan bas no 9 ka?...itu la korunk pre ocuppied sangat sampai bas pon terlepas...tak pa tak pa mari kita baca nst

Umie Aida buat citer ni mungkin nak tunjuk yg wajah botok nya cantik tapi yg sebenarnya tak cantik u ols. Tak de sapa ke yang nak cakap ngn dia bahawa wajah sekarang nya bertambah takut orang tengok. Dengan sembab nya. Udah² la cocok. Huhu. Yang dulu lagi manis. Lakonan Umi Aida juga agak memualkan dan tak brape menjadik.

Ezlyn pon kelihatan tak bape cantik dalam citer ni dan sepe'ee. Keseluruhan citer yg kelihatan cantik, vogue dan selamba ialah ahkak Sheila Rusly.

Lontaran dialog Mas AF2 mengingatkan saya pada seniwati Siti Tanjung Perak *eh mak sudin aku ada 2 cincin berlian taww * hahaha

Adegan paling tak larat tengok logo Julie’s di mana². Seme krew pakai tiset ada logo Julie’s sampai lokasi nak shooting pilem dalam pilem pon di buat di kilang biskut Julie’s. Mintak nyawa.

Satu je yg saya rasa sangat ok dalam citer ni di mana sang hakim lakonan Tok Pah menetapkan tarikh bicara kes saman menyaman Erna Teteye dan Tasha pada tahun 2010 dengan alasan banyak lagi kes² lain yg harus diutamakan daripada kes saman menyaman artis yg remeh temeh.

Moral of the stori, layan iklan tersebut lagi berganda² terhibur dari citer ni

Satu lagi kesimpulan lupa nak tulis bahawasanya kebanyakan artis² adalah 'ting tong' dan 'mental'. Tak gitu kak erma :P

No comments:

Post a Comment