Friday, October 20, 2006

Keberkatan Al-Quran


Sebelum balik raya saya ingin berkongsi sesuatu dengan u ols dan kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. Semalam saya mendengar radio tentang topik keberkatan Al-Quran. Dalam bulan Ramdhan kita dituntut supaya khatam Al-Quran sebab di bulan lain jangan harap kita dapat khatam kan kata Ustad tersebut. Kalau tak dapat khatam sekurangnya bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan berlebihan dari bulan² biasa sebab fadilatnya berlipat-lipat kali ganda.

Kemdian penceramah tersebut mencerita tentang keberkatan Al-Quran yg lain. Seorang guru disiplin di sekolah berasrama yang berusaha hendak mendisiplin kan murid² yg Masya Allah tersangat la buas dan gengstar nye. Pendekatan pertama guru tersebut buat dengan bertindak tegas dan garang. Suara dia hari² bertukar menjadi suara rock. Tapi tidak berhasil jugak. Kegiatan seludup rokok dan sebagainya terus berleluasa. Kemdian guru² mengadakan mistings tergempak mencari idea bagai mana nak menyelesaikan masalah disiplin di sekolah tersebut. Lepas meeting dapat la idea iaitu membaca Al-Quran setiap hari. Lepas solat Subuh berjemaah di asrama murid², guru, warden apa semua mengamalkan membaca Al-Quran berjemaah setiap hari. Setiap hari satu muka surat. Alhamdulillah hasil nya lumayan. Murid² tersebut tidak lagi gengster malahan bersopan santun dan menghormati guru.

Moral of the stori di sini, Al-Quran mempunyai pelbagai mukjizat dan hikmah jika di amalkan setiap hari.

Tetiba datang dalam fikiran ini mungkin boleh di apply pada mat-mat rempit yg semakin menjadi² sekarang ni. Cadangan hukuman tok mat rempit, tiap sorang suh baca Al-Quran sebelum depa di bebaskan. Suh tiap sorang baca Surah Yassin jantung Al-Quran ke. Majoriti mat rempit adalah orang Melayu. Apa la nak dengan jadi depa ni. Mungkin pendekatan seperti ini tidak nampak secara lahiriah tapi yakin la Insya Allah, Allah akan memberi hidayah pada mat-mat rempit mengarok ni. Aku dah ala² mcm Ana Hikmah plak cara cakap kan hehehe.

Kan dulu masa kecik² kalau kita sakit tak henti menangis ke, mak pak kita ada pegi jumpa bomoh jumpa ustad mintak air Yassin ke apa² air la yg dibacakan ayat Al-Quran ke dalam air tersebut. Kenapa tu u ols? Sebab mereka percaya air Al-Quran bisa menyembuhkan penyakit, ye tak? Yang sebenar nya yg sembuhkan penyakit kita ialah Allah s.w.t.

Kemdian Ustad citer lagi, masa zaman dahulu org kafir menghalang dan tak bagi orang Islam mendengar bacaan Al-Quran. Ini ada dalam Al-Quran surah Ar-Rahman kalau tak silap pendengaran saya semalam. Sebab dengan mendengar Al-Quran dapat menenangkan jiwa dan mendidik kita menjadi org baik. Cam tu la lebih kurang. Org kafir menggantikan dengar Al-Quran dengan nyanyian dan muzik² supaya org Islam leka dan lalai. Makanya u ols imbangkan la dengar bacaan Al-Quran dengan nyanyi-nyanyian. Sebab payah la kan nak suh henti dengar lagu² ni kan hehe. So kita imbangkan lah. Kalu kita tak sempat baca Al-Quran, mendengar bacaan Al-Quran pun pahala nya sama.

Dan satu lagi pasal bacaan Al-Quran yg saya belajar dalam kelas yg saya juga baru tahu.

'Haram bernafas semasa membaca Al-Quran'

Maknanya, haram mencuri nafas semasa membaca Al-Quran. Kita kena rancang kat mana kita nak berhenti baca atau 'wakaf'. 'Wakaf' maknanya tempat berhenti. Sebab ini penting. Bukan sesuka hati kita nak benti baca kat mana². Mungkin ada sikit lagi ayat nak abis tapi nafas kita tak cukup tapi kita nak abiskan gak baca, maka kita curik sket napas tanpa mau berhenti dan abiskan baca. Tak boleh ye u ols. Haram hukumnya. Ada wakaf yg dibolehkan dan ada wakaf yg tidak dibolehkan.

Rasulullah ada bersabda lebih kurang bermaksud 'Bacalah Al-Quran secara istiqamah setiap hari walaupun sepotong ayat. Itu lebih afdal dari membaca Al-Quran dengan banyak sekali gus tapi kaddang kaddang'

Kalau saya ada tersilap tulis betulkan saya. Yg baik itu datang dari Allah s.w.t. Sebagai umat Islam kita kena yakin dan kembali pada Al-Quran dan ajaran yg terkandung di dalam nya utk hidup lebih diredhai Allah. Kita lupakan Al-Quran, kita lupakan Allah, Allah akan lupakan kita. Maka timbullah memacam musibah satu persatu. Nauzubillah.

Waullahualam.

Selamat Hari Raya!!!

No comments:

Post a Comment