Thursday, September 14, 2006

KDrama : Save the Last Dance for Me (2004)



Synopsis
Eunsoo (Eugene) is a pure but unsophisticated woman who runs a small resort inn with her father. Eunsoo is just an ordinary girl, but her life changes when she meets a man (Ji Sung) who's completely lost his memory. She takes him in and cares for him, and even gives him a name: "Baek Changho". Love blossoms, and soon wedding bells can be heard. But on the night of their wedding ceremony, Eunsoo's father passes away. And soon after, Changho disappears too! In the blink of an eye, the two people Eunsoo loves most in the world have left her. But Changho had his reasons for disappearing: his real name is Kang Hyunwoo, and he's heir to a large conglomerate. Even more, someone is plotting to kill him...

Starring :
Ji Sung , Eugene , Lee Bo Young, Ryu Soo Young
Total episod : 20

Credit :
SBS , DramaWiki

Ending citer ni agak menyedihkan dan ada ala² citer industan citer 'Mann' sket hehe. Heroin berkerusi roda dan jumpe semula kerana sebuah potret gambar. Ku pikirkan ending nya bakal stret to the point rupanya tidak. Ada belok² naik turun bonggol hehe

Sabjek utama tersirat citer ni tentang membalas dendam. Sabjek yg jelas lagi nyata tentang hero 2 kali hilang ingatan. Brape banyak ilang ingatan daaa. Sebuah jalan citer yang tipikal.

Fokus utama yang merupakan kemuncak citer adalah macam mana 'rantai cinta' iteww akan dijumpai oleh hero. Aaa yg tu nak tau sangat cemana dia akan jumpa. Dan saya rasa iteww olahannya cantik dan tersusun. Mek suka.

Pertama kali menonton lakonan hero dan heroin. Boleh tahan kimia jugak la.

Mari kita lihat citer selanjutnya.

Babak 1
Hero yang sedang melanjutkan pelajaran di US dipanggil pulang oleh keluarga dengan alasan ayahandanya sedang sakit tenat. Tapi sebenarnya ayah nya tipu sebab kalu tak cakap cam tu dia tak akan balik sebab dok US lagi best dari Korea. Kat US tak de mak bapak nak berleter hehe. Ayahnya mahu dia mengambil alih pengurusan syarikat sebab ayah nya sudah mau pencen. Bagaimanapon hero tidak berminat dengan syarikat ayahnya sebab dia ada minat dan cita² sendiri iaitu menjadik jurugambar yang professional lantas bertekak dengan ayahnya. Maka hangin la ayahnya satu badan lantas dihempasnya kemra kesayangan anak nya itu hingga jahanam. Maka merajuk la si anak lantas keluar rumah hingga menemui kecelakaan eksiden jatuh gaung yang membuatkan dia hilang ingatan.

Moral of the story babak ni, melawan lagi cakap mak bapak kan dah eksiden.

Babak 2
Lepas dah jatuh gaung dia tak mati. Of kos la tak mati. Kalau hero mati abis citer hiks. Lepas tersedar dari pingsan hero berjalan² tak de arah tujuan sambil pegang perut yang ditikam bagi menahan darah terusan keluar. Hasrat dihati untuk minta bantuan sesapa yg dia jumpa di jalanan. Kemdian terserempak dengan heroin dan ayah nya ditengah jalan. Kemdian mereka membawa hero ke spital. Lepas mendapat rawatan, hero tak ingat nama dan asal usul dia bila dokter tanya. Maka dokter pon berkata pada heroin dan bapak nya supaya membawa hero pulang sebab depa yang jumpa hero dan jaga hero hingga pulih balik ingatan dia. Maka menetap la hero bersama keluarga heroin dalam jangka masa setahun di daerah luar Seoul.

Dalam masa yang sama upacara pengembumian hero telah dilakukan oleh keluarga nya sebab mayat hero telah dijumpai dalam keretanya yang telah terbakar hangus. Mak hero histeria sebab anak kesayangan tunggal mati. Tapi yang sebenarnya itu mayat orang lain sebab hero kena rompak sebelum kena tikam dan semua harta benda telah dirampas oleh perampok.

Babak 3
Dalam masa setahun hero dan heroin dah bleh ngam dan berkuch kuch hota hey sesama depa. Dan telah janji setia sehidup semati. Hero beli sepasang 'rantai' sebagai tanda chentar agung kekal abadi. Dalam loket ada nota ikrar cinta 'I lap u, u lap me. Sapa tanggalkan rantai akan dihukum...bla bla bla...' Dihukum 3 tahun kerja berat...eh bukan hehe. Kemdian mereka bertunang bagi memenuhi hasrat ayah heroin yang mengidap kenser hati. Kemdian lepas majlis pertunangan mati lah bapak itu.

Kemdian satu hari seken hero dapat tahu hero belom mati cuma hilang ingatan. Lantas dia menghantar kunconya untuk menyulik hero. Sebab kalau hero kembali ke syarikat maka itu seken hero tidak akan dapat kuasa syarikat. Seken hero telah dianggap seperti keluarga sendiri oleh keluarga hero. Tapi dalam hati seken hero ada menyimpan dendam membara dan ada sebab mengapa dia mendekati keluarga hero.

Masa hero diculik, heroin tak de kat umah. So tunggu la heroin akan hero. Tunggu tunggu tok kelik gak hero. Heroin sangat berduka cita dan mengganggap hero telah pulih ingatan dan berjumpa dengan ahli keluarga dia dan pulang ke rumahnya lantas melupai dia.

Babak 4
Masa hero diculik berlaku pergaduhan hingga menyebabkan hero terhantuk dan dapat balik ingatan dia. Kemdian dia tahan teksi dan balik ke umahnya di Seoul dalam keadaan cedera. Lagi sekali mak hero pengsan buat kali kedua melihat anaknya yg telah disangka mati telah pulang. Kemdian hero dibawa ke spital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Masa kat spital 'rantai cinta' kena bukak dan diberi pada teman wanita hero (merangkap heroin ke dua) yg hanya bertepok sebelah tangan. Ini wanita telah sembunyikan 'rantai' tersebut dari pengetahuan hero dan dia telah mulai mensyaki sesuatu. Maka nnti dia pergi edisi siasat apa sebenar telah berlaku pada hero sewaktu hilang setahun yg lepas.

Babak 5
Heroin secara tak sengaja pegi ke Seoul dan dengan tak sengaja juga terserempak dengan hero. Tapi hero tak kenal dia. Maka berlaku la intermisi heroin berusaha sin chan mau kembalikan ingatan hero pada dia dengan memasuki syarikat hero sebagai pekerja. Dan berlaku la berebutan cinta 4 segi.

Eh brape banyak babak daa haha. Penat citer. Ok u ols saksikan lah babak babak seterusnya dalam ini drama yach bagi yg belom nonton. Ok la citer dia. Rasa nya cite ni dah penah main kat ntv7.


2nd hero sebab dia jadi jahat maka kelihatan tidak ensem berbanding citer 18 vs 29 hehe
2nd heroin pula lead heroin dalam citer Mr. Goodbye yg kebetolan saya sedang nonton.

Adegan saya suka bila mana kawan kepada 2nd hero tidak sanggup nak melakukan last job jahat yg 2nd hero suruh sebab dia sayangkan sahabat dia dan tak sanggup lihat sahabat dia musnah. Tinggi nilai bersabahatan dia. Bak kata orang berhati-hati dalam memilih kawan. Silap langkah kerna kawan juga kita boleh binasa. Fren eat fren bak kata omputeh.




SPOILER



Episod 20. Seken hero telah dengan tidak sengaja melanggar heroin hingga cedera kakinya dan tak boleh jalan. Sebenarnya dia nak langgar hero tapi yg datang heroin sebab nak halang dia membunuh hero. Kemdian heroin membawa diri sebab dah cacat. Seken hero cakap bitau la hero kat mana dia berada tapi heroin refuse sebab dia tak mahu bebankan hero. Dia pun sedih sebab telah melanggar chentar hatinya. Dia akhirnya ketahui bahawa bukan bapak hero yg membunuh bapak dia. Ada saspek lain. Sebab tu dia nak balas dendam pada syarikat bapak hero. Dia akhirnya masuk penjara sebab ada salah guna beli saham syarikat.

Kemdian setahun berlalu. Heroin menetap di sebuah umah anak² yatim dan mengasuh budak² kat situ. Kemdian sertai pameran untuk mencari sumbangan. Heroin telah melukis gambar rumah kenangan dia bersama hero. Kendian hero datang ke pameran tersebut dan lihat gambar tersebut sangat familiar dan dari situ dia dapat bertemu kembali chentar hatinya yang telah lama menghilang. Kan ada iras citer Mann bagi sapa yg ada tgk itu citer industan. Hehe.

No comments:

Post a Comment