Thursday, September 21, 2006

Filem : Ghost Game (2006)



Synopsis

In "Ghost Game", 11 participants are locked up inside a former-prison-turned-museum for a 24 hours reality TV show. The concept of the game is that the contestants must provoke the wrath of all the vengeful spirits inhabiting the faded walls of the former prison where thousands suffered and perished years before. The contestant who manages to endure the nerve-rattling atmosphere the longest walks away with Bt5 million.

Filem ini telah menimbulkan kontroversi di Cambodia ropanya. Cek² internet baru tau. Negara jiran sebelah menyebelah tidak sensitif dengan sejarah silam yang tragis negara jiran nya. Lagi mau dipermainkan buat pilem. Kita kat sini yang tengok mcm tak rasa pape pon. Cuma sekadar sebuah pilem yang seram yang 'giler'. Mau tak giler jika disuruh bermain dengan hantu. Kontroversi tersebut mungkin akan membawa pada pergaduhan atau tumpah darah atau dendam antara 2 negara tersebut. Bak org salu kata tak de pasal ko carik pasal. Siam dulu pon ada marah gak orang nak buat pilem kisah negara depa dalam citer Anna and the King kan.

Moral of the stori kita kena la peka dengan keadaan jiran sekeliling kita untuk menjaga tali persahabatan berkekalan selamanya. Memana peristiwa atau sejarah silam yg rasanya akan membuat jiran kita tersinggung tak payah la nak buat. Bak kata org tua² 'jiran sepakat membawa berkat'. Hehe. Banyak lagi citer negara sendiri boleh dipilemkan. Lepas ni mungkin boleh buat citer Taks*n's Game plak ahakss


hantu nak berkenalan dengan peserta

Pergi menonton semalam di GSC Midveli bersama peserta² realiti trip ke Hatyai yg lepas sebagai tanda ingatan terhadap Hatyai yg dibom pada hari Sabtu lepas dan mungkin tak akan dapat pegi lagi ke sana untuk bershopping henbeg 'mornin mornin cheap cheap' hehe. Hatyai dibom seminggu lepas kami pulang dan tempat² yg bom seme kami pegi. Tak dapat nak imajin kalu bom dilepaskan sewaktu kami berada di sana. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kami semua selamat pergi dan balik dan Insya Allah masih berkesempatan menyambut Ramadhan yang akan datang tak lama lagi.

Ajal maut jodoh pertemuan Allah yang menentukan. Kalu kita terselamat dari sesuatu musibah, Alhamdulillah. Diberi peluang hidup dan perbaiki apa yg patut. Kalau kita tak selamat, harus lah pasrah dan redha dengan qadak dan qadar Allah sebab diri kita milik Allah. Dia yang menentukan ke mana hala tujuan kehidupan kita seterusnya.


papan tanda tersebut mungkin dah musnah dibom

Ok berbalik pada citer ni. Walaupun seram tapi saya tak menjerit dalam panggung seperti orang di kiri kanan saya yach muahahaha.

Citer ni mengambil konsep Akademi Fantasia. AF versi hantu tapi tak de afundi bagai. Katanya semua pelakon² merupakan peserta AF Thailand. Yg jantannya tak de yg taste plak tengok hahaha. Ada sorang muka cam Yazer. Sorang lagi cam muka Jeff. Yg taste sket nama Kemtid. Dengar bebetol nama dia Kemtid yach bukan K*lenti* :D

11 orang peserta ditempatkan di sebuah penjara lama yg ramai orang mati diseksa dengan kijam. Mereka duduk sana bersama 'hantu' dan sapa yg terlebih penakut akan tersingkir keluar. Juara bakal menerima wang tunai 5 juta Bhat. Setiap bilik ada kemra dan ditonton oleh orang ramai seluruh Thailand. Ada beberapa aktiviti mereka kena buat. Salah satu aktivinya ialah mencabar dan menyeru kemunculan hantu. Giler tak giler ni. Tempat tu dah la memang berhantu lagi kau ada hati nak invite hantu. Seronok lah hantu² itu semua apabila ada orang undang mereka hehe. Ada yang penah terserempak dengan hantu dan ada yg tak percaya ada hantu. Dia ingat tu hanya props yg krew² nak takutkan depa.

Kemdian terbongkar la satu kisah pembunuhan kejam ke atas seorang tawanan perempuan yg tak bersalah bernama Pailin. Roh Pailin ni berlegar² disegenap sudut ruang. Hingga suatu ketika Pailin bagi isyarat suruh mereka semua lari sebelum mereka semua dibunuh secara berjemaah oleh seorang Komrad Jin apabila tiba 9hb.

Adakah mereka semua berjaya melarikan diri dan selamat balik umah memasing?

Sepoiler

Jawapan nya tidak. Semua peserta mati termasuk pengetua, guru vocal hantu, guru seni persembahan hantu, guru senam hantu, residen hostel, semua krew² hantu juga pengkritik tetap. Yg tak mati ialah para penonton. Muahahaha. 

No comments:

Post a Comment