Monday, August 14, 2006

KDrama : Which Star Are You From (2006)



Synopsis

Sueng Hui (Kim Rae Won) is a director who was deeply in love with Hae Soo (Jung Ryu Won). Even though her family was opposed to Sueng Hui, Hae Soo still wanted to marry Sueng Hui. As he is proposing marriage to her in the car, they end up getting into a car accident resulting in Hae Soo's death.

The drama takes place 3 years after Hae Soo has passed away. Even after three years, Seung Hui's cannot seem to forget Hae Soo nor put his life back into order. Determined to forget Hae Soo, Sueng Hui takes a trip into the the rural areas of Korea. There, after declaring that he is going to move on with his life and forget about his girlfriend, he goes into town where he sees a girl (Bok Shil) that looks just like his past girlfriend. The resemblence is so startling that he can't help but stare at her and ends up following her. They eventually end up spending a few days together but after parting, end up meeting again when Bok Shil comes to Seoul and ends up working with Sueng Hui.It is later revealed that Bok Shil is actually Hae Rim, Hae Soo's youger sister that was lost in a fire.

Starring : Jung Ryu Won, Kim Rae Won

Total episode : 16

Credit : MBC, DramaWiki



Citer ni romance komedi mencuit ati ala² Sweet 18, Full House, My Lovely Samsoon, My Girl

Selagi tak abis tengok citer ni tak bole buat keje lain kan. Tak tenteram idop dibuatnya hahaha. Nasihat saya kalau nak fanatik drama, fanatik lah drama dari satu negara saja selain drama negara sendiri. Kalu tak idop anda tak tenang, huru hara keje tak siap sebab jenuh nak tengok cd drama seme negara hahaha Lagi satu koleksi aktor / aktress peberet jgn banyak. Cukup sekadar 2-3. Sebab bila tengok drama peberet aktor anda blakon, seboleh² anda akan habiskan tengok sekali jalan. Kalu ada 20 cd = 20 jam, merasalah berjaga 20 jam tak tido terus pi opis huhuhu

Ok dah abis tengok citer ni. Ini pertama kali saya menonton citer yang didonlod terus dari internet. Kat mana tah member saya donlod tak ingat. Tanya dia ada tak citer ni. Dia kata dah donlod. Yiehaaaa arebaaaa arebaaaa. Sebab member saya tu Ratu donlod citer Korea. Tapi kena menonton melalui KM Player. Korea Media Player rasanya. Try pasang kat tv tak bole.





Memang ditunggu-tunggu citer terbaru ini hero pojaan ati Kim Rae Won huhuhu. Taun 2005 tak de drama lakonan beliau. Last drama tengok 'Love Story in Harvard'. Pending tengok citer lakonan dia 'Say U Love Me' sebab baru episod pertama tengok dah bole feel macam cipan jalan citer dia ngn gandingan heroin² hahaha Nanti la sambung tengok.

Kalau anda suka hero ni dalam citer Attic Cat dan My Little Bride anda pasti suka ini drama sebab genre dia sama dan saya rasa dia sangat la seswai nye bawak seperti ini. Di kaca mata saya drama ini sangat la besttttttttttttttttnyeee huhuhu. Rasa cam cepat plak abis 16 episod. Kalu buat 100 episod pon tak pe muahahaha. Citer ni sangat direkemen menonton dan bole beli vcd/dvd original tok dibuat koleksi. Aaa kau bold lagik tu huhuhu Yang paling buat drama ni best, malatop, outstanding, standing ovation, standing in the eyes of the werll ialah heroin dia. Superb dia membawak watak ni. Plus gandingan berkimia biologi fizik matematik tambahan sama hero dia huhuhu *tu yang pakincik sukaaa tu* hehe

Heroin dia seken heroin citer My Lovely Samsoon. Dalam citer Sam Soon lakonan dia tak brape nak menonjol sangat. Dalam citer ni sangat menguji lakonan dia yang sebenar-benarnyeeee cewahhh hehe Lam citer ni dia pegang 2 watak. Pertama anak orang kaya kemdian mati. Kedua jadik pompuan yang asal dari kampung pendalaman di kaki gunung yang bekeje cocok tanam kemdian jual sayor kat pasar, bela kambing dan bercakap dengan kambing. Kalu takat terserempak ngn 2-3 ekor babi utan kat dalam utan dia no hal nye. Bas yang lalu nak pi umah dia hanya lalu sekali dalam sehari. Bayangkan betapa ulu yam nya umah dia.


Kemdian watak hero nye plak ehem ehem...seorang direktor pilem terkenal. Pilem dia penah menang best pilem kat pesta antarabangsa. Seorang direktor pilem yang berkaliber, suka membaca dan bersungguh dalam prefessionnya. Nak kata ensem tak bape ensem sangat tapi saya suka tengok dia ahakss. Dalam citer ni dia tangkap cintan sama heroin anak orang kaya. Bercinta tanpa restu mak heroin. Kemdian heroin maut dalam kemalangan di Australia bersama hero. Sejak dari itu hero trauma nak bawak keta, kuciwa bangat kerna chentar agung putus di tongah jalan raya dan tambah rasa bersalah sebab famili heroin menyalahkan nya atas kematian heroin.

3 tahun berlalu. Satu hari yang sepoi² bahse hero berjalan² membawa hati yang sedih ke luar bandar Seoul untuk mencari lokasi penggambaran baru. Kat situ dia menemui heroin yang iras muka mak we yang mati iteww. Lantas diekori nya heroin tersebut sampai la ke rumah heroin.

Dipendekkan citer mereka berkawan dan menjalin hubungan erat lagi mesra. 'Berendut' la kata org johor hehe. Dalam masa yang sama banyak halangan berpagar

Dipendekkan citer lagi heroin yang asal dari kampung tu adalah adik heroin yang mati iteww. Ooo patut la muka sama.

Antara kemuncak citer
*bek ground muzik saspen* :P
Bagaimanakah reaksi hero bila mendapat tahu heroin adalah adik makwe nye yang telah mati? Bermakna dia akan bersemuka famili yang sama skali lagi. Tak kosser dek non.

Adakah famili heroin boleh menerima hero setelah hero yang mengakibatkan kematian kakak heroin yang mana hampir membuat mak heroin masuk tanjung rambutan?

Bagaimanakah cara hero menyelesaikan masalah dan halangan cintanya tak direstui buat kali kedua?

Adakah depa kawin lari ke Siam atau makan racon tikos bunuh diri berjemaah? Ye la kan drpd tak dapat bersama bek mati je kan hehe

Kwang kwang kwang



Ok saya bagi spoil sket. Mereka mengambil keputusan menamatkan hubungan mereka di situ saja demi menjaga hati keluarga yang tak merestui hubungan mereka. Tengok gi mana ekpressi wajah heroin dalam pelbagai mood dan emosi. Excellent !!! Bila dia rasa sedih dan sebak kita pon rasa nak nangis sama hehe. Tang hero simply the best through out the drama huhuhu (matilaa menngoverrated hero katanya kang hiks)
Selanjutnya saksikan la sendiri yach hehe. Lagu² citer ni pon sedap. Sekali imbas dengar cam lagu tema Full House pon ada

Lepas habis menonton citer ni anda akan jelas akan tajuk drama ni 'Which star are u from?' Ala² nak sama ngn komen ni 'Aku tak boleh tak suka kau. Aku pun tatau dari planet mana ko datang' huhuhu. Yang pasti sambil tengok citer ni anda akan tersengih² syok sendiri cam kerang busuk melihat gelagat hero dan heroin nya muahahaha

Sekian

No comments:

Post a Comment