Sunday, May 21, 2006

Filem : Running Wild (2005)




Synopsis

JANG Do-young is a hot-blooded homicide detective who has lost faith in the law. OH Jin-woo is an elite prosecutor who stands in opposition to JANG in that there's nothing but the law in which he can believe. However, learning that they're running after the same target, the two men decide to team up. As they get deeper into the investigation, a huge conspiracy awaits them, in which YOO Kang-jin, boss of the Kuryong Family, is involved. Feeling threatened, YOO blackmails JANG's family and pulls strings to get OH off the case. Now an unavoidable battle begins between two men and the kingpin of the criminal world.

Starring : Kwon Sang Woo, Yoo Ji Tae

Kalau anda mau tengok ini hero Kwon Sang Woo (KSW) dalam 4 S, boleh la nonton ini citer. 4S serabai, selekeh, serabut dan samseng kampung dusun :B Hilang imej hero air mata dia hehe. Walaupun lagak nye cam samseng tapi dia sebenarnya polis ye u ols. Polis yang panas baran. Dalam citer dia juga dia dimekap untuk jadik orang berkulit hitam ala² sawo matang. Kemungkinan pengarah fikir tak macho samseng kalu kulit putih makanya dicoklatkan kulit hero satu badan. Tangan dan muka sama warna kulit.

Aksi² yang ditonjolkan dalam citer ni pon dahsat. Kete boleh kejar moto di tengah kesibukan bandar Seoul. Sebab dia polis maka berjaya la kejar itew penjahat yang naik moto. Itew penjahat pon sangat jujur dan lurus bendul tamau cilok² ke lorong sempit supaya gagal di kejar oleh polis tersebut. Ha ha ha.

KSW menjadik seorang didektif dan polis yg sangat dedikasi. Bila dah namanye polis tu musti keje tangkap org jahat. Satu hari adik dia mati ditikam secara sangat tragik. Sebelum adik dia ditikam dia telah bersembang dengan adik dia dulu di hadapan 7-11. Mungkin sebab kehausan (bak org kelantan kata dahaga air...ye la musti la dahaga air takkan dahaga nasik plak kan tehehehe jgn mara gurau jek) maka KSW pegi beli air sebentar. Dari cashier dia boleh nampak adik dia duduk di bangku dari cermin dalam 7-11. Tah mcm mana dia ternampak borang toto dan mahu mencuba nasib. Sewaktu dia sibuk dok tandakan nomo toto itu, adik dia telah ditikam. Aku suka scene ni. Bila dia keluar dari kedai, adik dia telah berlumpuran darah. Yang buat dia ralat ialah sebab dia gagal menyejar iteww pembunuh, maka dendam kesumat telah tersemadi di dada.

Sejak daripada kejadian adik nya dibunuh, dia menjadik seorang polis yang mempunyai emosi panas yang terlampau melangkaui batas di tambah ngn mak dia sakit tenat. Harus mak dia pendek nyawa kalu tau adek dia mati. Dia mahu mencarik dan membunuh pembunuh adik dia dengan sendirian.

Maka bermula la intermission. Adik dia dibunuh oleh seorang insan 'A' yg sangat berpengaruh, yg salu kaber line wat khidmat masyarakat kpd rakyat, salu hulur derma pada orang susah tapi sebenarnya dia adalah ular sawa bertopengkan cipan. Sapa yang bocorkan rahsia, tak lama idop la jawabnya.

KSW bagaimanapon digantung keje sebab terlalu agresif dan tak brape kemdian diambil menyertai satu misi polis dibahagian lain yang juga tengah siasat kes 'A'.

Bagaimanakah beliau mahu memusnahkan pembunuh adik nye? Orang besar biasa sukar nak ditumpaskan sebab kroni dia ramai.

Part nak akhir aku juga suka yang mana seorang hero yg hanya bersenjatakan sepucuk pestol dikepung oleh berpuluh polis SWAT. Kemdian iteww polis SWAT acukan beberapa bijik senapang ke badan hero dan banyak la kedapatan cahaya lazer merah di badan hero. Tunggu masa hero lepaskan satu tembak maka berpuluh das tembakan akan dilepaskan ke arah hero. Aku rasa adegan ni mcm la hero ada kuasa mejik yg boleh hilangkan diri pas tembak itu orang hehe.

Adakah hero mati atau terselamat? Kena la tonton sendiri ini citer. Aku rasa citer ni tak lepas tayangan kat tv sebab banyak perkataan 'chee-bai' dilafazkan. Sama cam citer Mr. Socrates iniew. Kurang seswai untuk tontonan kanak².

No comments:

Post a Comment