Friday, May 05, 2006

Filem : Man Laksa (2006)



Lepas kita diberatkan pala otak ngn Gubra, sila tonton ini citer tok bagi ringan sket kepala anda. Hahaha. Ketat perot sampai boleh sesak napas. Sib bek tak pecah perot. Citer dia tak lawak tapi anda akan gelak dari mula sampai akhir citer.

Citer dia mengisahkan Man Laksa (Yasin) terpaksa ambil alih tugas Fadil (Apek Saiful) selaku Ketua Biro Penerangan Malam Amal Kampung Talang. Belia 4B Kampung Talang nak buat malam amal sempena kutip derma bagi membantu Pak Maun yang umah dia 'terbakar' sewaktu 'banjir besar' yang melanda kampung tahun lepas.

Setengah jam sebelum malam amal bermula Fadil pingsan sebab seme artis lom datang, band boys pon tak sampai² lagi so Man Laksa volunteer ganti sebab nak jadi menantu tok ketua. Maka berlaku bermcm adegan kecoh sebab semua aturcara hanya Fadil yg tahu. Asisten Fadil, Lan Cicak plak tersangkut bersama penari² kat kampung sebelah.

Artis yg dijangka turut serta Ahmad Jais, 'Saloma', M. Daud Kilau (zaman tu lom dapat Dato' lagi) . Sapa yang minat lagu lama atau fanatik Ahmad Jais dan lagu 60an musti tonton ini citer *ketis abg pinkey* :P Lagu MGR ke Sivaji pon ada hahaha

Zahid jadik Ahmad Jais hahaha. Farah jadik Kartina Dahari haha. 'Saloma' nyanyi lagu Mengapa Dirindu. Best nye lagu ni.

Dato' M.Daud Kilau jadik superman tetiba muncul dari langit haha Bengong Mamat Kalid ni. Musti muncul dari Kerajaan Langit tu huhu. M.Daud Kilau ada power leh fire orang hahaha. Ada adegan termasuk lam tanah cam citer Isi Neraka.

Ada teater pendek judul 'Suami Ku Sudah Insaf' haha

Emcee malam amal tu tok ketua dalam video klip lagu cinta lagu jiwa.

Kesimpulannya pi la tengok lawak Mamat Kalid ni. Seme adegan yang berlaku ada benarnya bila kita menganjurkan sesuatu malam amal.

No comments:

Post a Comment