Friday, April 21, 2006

Filem : Gubra (2006)




Ok sket citer pasal Gubra. Ekceli aku nak tengok skali lagi citer ni tapi tak berkesempatan tengok lagik. Aku cuma nak citer apa yang aku rasa pasal citer ni dan juga citer Yasmin Ahmad.

Ahad ni plak kat TV1 9.30 malam rancangan yg dihoskan Rosyam Nor bertajuk 'Sepet Gubra Pencemar Budaya'? Ye ke? Lain orang lain interpretasi nye. So nak citer sket pasal Gubra. Dan bebaru ni aku ada dengar ceramah pasal Keruntuhan Kerajaan Andalus kat radio.

Gubra citer ke-3 Yasmin Ahmad aku tengok pas Rabun dan Sepet.

Kali ke-3 tengok pilem Yasmin Ahmad aku dapat baca dan rasakan pilem² Yasmin Ahmad ni bukan 'pilem' tapi 'luahan hati' pengarah. Kena nonton.

Ada 2 benda je aku nak citer pasal Gubra.

Pertama, adegan bilal pegang anjing.

Kita memang dituntut berbuat baik pada binatang. Adegan ni mengingatkan aku pada citer di zaman Nabi antara pelacur ngn anjing. Pelacur ni masuk syurga sebab bagi anjing tu minum air.

Cuma aku tak rasa bulu anjing yang bilal tu pegang kering sebab waktu tu Subuh, embun menitik. Waktu Subuh keadaan sekeliling sejuk dan lembab.

Kedua, aku tertarik ngn dialog yg diucapkan oleh Oked lebih kurang cam ni

'Kalau tanah air ni semua Melayu dah lama saya cabut'

Tak tau la bila dengar line tu aku tertarik.

Pada aku kalau la....aku bilang KALAU yach. Kalau tanah air ni semua Melayu beragama Islam lebih mudah ajaran Islam dan As-Sunah dapat dipraktikkan tanpa banyak songeh.

Runtuh nya Kerajaan Andalus yang telah bertapak selama 800 tahun kerana engkar akan segala perintah Allah. Segala hukum, peraturan dan larangan Allah buat adalah valid untuk semua zaman.

Itu saja rasa saya. Dan masa di ambil begitu lama untuk luahkan rasa yg ada. Looking forward citer seterusnya :)

No comments:

Post a Comment